Berjinak-jinak dengan dunia pelaburan.

18:57:00

 Skim cepat kaya,skim MLM,modus operandi yang sudah lama kita dengar.Dari zaman kita kecil sampailah kita besar,ada sahaja kita dengar kes penipuan macam ini.Tapi yang peliknya ia menjadi satu fenomena,yang biasa,bagaikan yang tumbuh,hilang berganti.

Buka satu,tutup satu.Buka lagi,tutup lagi.Yang berdaftar atau yang tidak,menjadikan yang membaca rasa haru,yang terlibat lagi sendu apabila duit dilabur jadi lebur,angan-angan menggapai bintang akhirnya kaki yang tersembam memikirkan hutang keliling pinggang.

Kenapa kita?Orang Melayu jadi mangsanya?Apakah kerana orang melayu itu sering bersikap "tidak apa"?Kalau dah hilang katanya bukan rezeki namanya.Rasa redha dengan apa jua yang ditentukan,sedangkan kalau kita berfikir panjang dan bijak pula membuat semakan,pasti kita bukan mangsa sang petualang.

image credit to Berita Harian

Oleh sebab itu,sekarang ini diri ini dalam dilema,Oleh kerana takut menjadi tipah tertipu,peluang yang datang masih jadi fikiran.Walaupun dalam kondisi 75%:25%,masih ada sangsi.

Bila search banyak yang ceritanya tentang scam.Namun bukti juga ada statement di depan mata.
10 kata benar,1 kata jangan.Apa dan mengapa lah...

Walaupun officenya di London,ada pula cawangan Singapore dan Malaysia dan invest dalam 18 syariah stock di US trader,diri ini masih ada sangsi.Mungkin kerana takut sejarah orang lain menjadi mimpi ngeri diri sendiri.


Arghh,ia cukup menggangu hujung minggu ku,kerana semalaman dan saat ini ditulis ia masih mengganggu.Teruskan sahaja dan cuba-cuba atau usah mencuba kalau tak pandai dalam permainannya.

Sebelum entry ini berakhir,biar berita ini menjadi perkongsian.Supaya ia menjadi panduan.Duit kan susah dicari,biarlah nilainya dihargai.Moga ALLAH beri petunjuknya.

Bukan berniat nak cepat kaya,tapi sebenarnya ingin membahagiakan semua orang yang dekat dalam hidup iniJadi diri ini harus terpaksa berusaha kaya.Kalau pelaburan ini bukan jalanya,Allah tutuplah hati dari memikirkannya dan ingin terlibat dengannya.Kalau ia adalah jalan terbaik,maka tuntunlah pilihannya agar bijaksana.

Allah yang mengawal hati,tuntunlah hati,minda dan jari kepada pilihan yang tidak menganiaya diri sendiri.Kau yang maha mengetahui...


PDRM dedah 30 syarikat tipu pelabur

INFO
Syarikat yang sedang diambil tindakan oleh JSJK:


1.MGSB
2.CAPITAL FOSTER ADVISOR
3.PELABURAN EMAS ROYAL GOLD
4.KONGSI MAKAN
5.RICHWAY
6.MONSPACE
7.MFACE/MBI
8.SAHAM - CENTURY DINASTY
9.BOOKCOIN
10.BIT COIN - AL MUBIN AGARWOOD
11.BIT COIN - BIT KINGDOM
12.MI1 GLOBAL SDN BHD
13.ZG SPACE CITY (M) SDN BHD
14.FARBEL HIGH VENTURES/FARBEL RICH
15.ROOPERS BURGER
16.PRO VENDING MACHINE
17.SAHAM 500 PLUS
18.KOPI PAK BELALANG
19.NHA STRATEGIC HOLDING BHD
20.DANA KESULTANAN RAJA-RAJA DAN PELABURAN FOOD TRUCK
21.YAYASAN PBI 9PBI WORLD (BERHAD)
22.PELABURAN SAHAM MYZIA COIN
23.PELABURAN AGR HOLDING
24.FOREX - FXUNITED
25.FOREX - TRIGERFX
26.PELABURAN BITCLUB
27.PELABURAN FEENRA GOLD & RESOURCES
28.PELABURAN PTM4U
29.PELABURAN JIHAD FARISHA VENTURES
30.PELABURAN MINES AND METALS

info credit to Berita Harian,19 December 2017

Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

11 comments

  1. PILIH MELABUR DUIT YG SUSAH DICARI DLM SAHAM YG NYATA DIYAKINI

    ReplyDelete
  2. berhati-hati dalam pelaburan tindakan bijak..

    ReplyDelete
  3. Mesti berhati-hati sentiasa...anak-anak mesti ingatkan ibu ayah dan keluarga juga....

    ReplyDelete
  4. Bila nilai matawang semakin kecil, penipuan semakin berleluasa.

    ReplyDelete
  5. melabur dalam syarikat ape tu irda?

    betul tu org melayu tak pernah serik nak join skim cepat kaya ni, yg peliknya sanggup give a lot of money to this skim instead of keep that money on ASB or TH akaun or convert to physical valuable items like gold or silver item.. It's so wierd kan irda..

    ReplyDelete
  6. Kena berhati-hati.. Dalam dol viral ni masih ada yg terkena juga

    ReplyDelete
  7. ambik kesempatan..aishh.Moga semua alert dgn penyamun2 nie

    ReplyDelete
  8. kite kena sentiasa berwaspada dengan isu pelaburan.. hummmm...

    ReplyDelete
  9. in shaa Allah semoga dijauhkan drpd penipu2 tu

    ReplyDelete
  10. Minat nak tau lah pasal asb2.

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

COWAY PROMO

COWAY PROMO