Monolog jiwa:Dua ribu lapan belas (2018)

17:10:00

 1 Jan 2018,


Google image


Hari ini,lembar baru dalam diari kubuka,
Ku tulis satu-satu.Kucoba untuk tidak menoleh kebelakang.
Setiap senyum dan tangis menjadi benang-benang.
Halus  menjadi jaringan kudus yang menyelam dalam jiwa.

Kucoba lagi padam setiap memori duka,biar yang tertulis hanya
riang dan tawa.Ternyata membohongi diri itu adalah
satu pekerjaan sia-sia.

Biasa cuma,hidup anak adam itu kan penuh warna.Usah dihapus setiap cermin bayang-bayang yang mengekori perjalanan.
Kerana disitu berbuah sebuah kematangan apabila pantulan bayang-bayang mengingatkan :disitu ada sakit,disitu juga ada senyum yang melirik.

Berterima kasihlah pada setiap memori 
 yang tidak pernah padam dalam ingatan.
Itulah petanda hidup ini berTUHAN.Yang bermula pasti ada akhirnya.Yang datang akan pergi jua.Yang rumit tidak lama,yang senang takkan bertahan jua.Semuanya sementara
Bukankah"Disebalik kesusahan akan datang kemudahan"Surah Insyirah ayat 5-6

 Dua ribu lapan belas,
Aku sudah penat menjadi sang juara,
Penat mendengar pujian manusia.Penat naik ke pentas,menyatakan wah hebatnya dia.
Penat menjadi yang pertama.Penat dijulang,hakikatnya ia hanya ukuran manusia
yang tak pasti ikhlas atau sekedar mengambil muka
Hakikatnya manusia,mana mungkin dia mahu orang lain melebihinya.

Dua ribu lapan belas
Aku juga penat kesana ke mari,
Menggunakan kudrat tenaga bagaikan tiada esok lagi.Sedangkan aku sedar semuanya sudah mencukupi.Dan aku bukan sri kandi,bukan pula iron lady.Aku hanya seorang wanita yang kreatif memasang angan-angan,walaupun banyak angan-angan masih tinggal angan-angan.

Jika aku tahu mengucap syukur dengan apa yang diberi
Jadi usahaku takkan melebihi kemampuanku,aku harus sedar usia berbaki untuk aku nikmati.

AKU bertanya pada diri.Nikmat Tuhan mana lagi yang cuba aku dustakan?
Apalagi yang  aku inginkan?

 Santai sahajalah,berusaha sekedarnya sahaja.Bukan kerana lemah...tapi kerana janji ALLAH.Kalau ia rezeki kita,tiada siapa yang bisa menggangugugah.

Aku harus sedar,usia saban tahun makin mekar.
Jadi nikmatilah jerih payah,tanpa hati yang gelisah.

Impian dua ribu lapan belas,
cukup sekedar aku memenangi hati-hati manusia yang hadir dalam hidup ini.

Menjaga mereka yang sakit bagaikan jururawat
Memberi mereka kesenangan bagaikan aku tokoh konglomerat
Memanjakan mereka bagaikan layan seorang putri
Mendengar keluh kesah mereka walaupun aku bukan lulusan psychology
Dan biar aku lebih memberi dari menerima dengan penuh rasa hamba.

AKU tidak mahu membenci sesiapa,jauh lagi berprasangka,cukup semakin bertambahnya usia,aku ingin menjadi sebaik-baiknya manusia,sesabar-sabarnya makhluk ciptaaNYA.

 Ia tidak akan terjadi dengan sebait tulisan ini sebagai azam diri.Tapi ia memerlukan masa dan MENDIDIK diri dengan berterusan.
Agar aku menjadi insan lebih baik dari tahun yang telah kutinggalkan.

Ah! ..perpisahan dengan december selalu buat aku rasa kehilangan,kehilangan satu tahun lagi usia remaja,mendekati yang namanya usia remang,malaikat juga sudah hampir menyediakan,sedar,,pasca kematian akan datang.Walau tahun baru tak pernah kuundang.

Mana mungkin aku bisa menahan,sedangkan hari ini 1 januari sudahpun singgah ,december pergi tanpa mohon permisi,kasihan jika tahun yang berlalu tidak aku jadikan pengajaran untuk tahun sekarang.
Kasihan..jika hari ini masih sama macam semalam.
Berazamlah aku untuk jadi sebaik-baiknya insan.

Usah ukur lagi kejayaan aku dengan kejayaan orang ,kerana definisi berjaya berbeza setiap orang.Berhentilah bicara tentang orang,banyakkan bicara tentang masa depan.

Dan aku mohon tahun dua ribu lapan belas,untuk aku mendidik jiwa bersifat sederhana dalam banyak perkara.

Aminn...








Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

14 comments

  1. salam 2018 irda... semoga terus melakar kejayaan di tahun baharu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SELAMAT TAHUN BARU juga dear,semoga tahun 218 sama-sama kita melakar kejayaan juga ya

      Delete
  2. Selamat tahun 2018 Irda...moga kita lebih fokus pada hal-hal yang memberi impak luar biasa di pandangan DIA...aminn..

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru. Semoga tahun baru membawa lebih banyak kebahagian dan kebaikan :D

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru 2018.
    Mudah2an segala impian akanterlaksana

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun baru 2018..

    amiin..semoga segala impian dicapai dgn jayanya..

    ReplyDelete
  6. Selamat tahun baru Irda. Semoga semuanya dipermudahkan untuk Irda tahun ini. Siqah nak follow Irda dalam “mendidik jiwa bersifat sederhana dalam banyak perkara”. Semoga dapat kawal nafsu shopping *terutamanya* tahun ni. Ameen.

    ReplyDelete
  7. Selamat Tahun Baru babe. semoga dipermudahkan semua urusan.

    ReplyDelete
  8. Selamat Tahun Baru Irda..
    Semoga azam dan impian Irda tahun ini tercapai dan segala urusan berjalan dengan lancar, amin..

    ReplyDelete
  9. Insyaallah , Ameen . Irda.

    Nadia suka gambar tue ... hihihi... sebab cantik

    ReplyDelete
  10. Selamat tahun baru Irda.
    Bersederhana dalam banyak hal adalah pilihan yang baik.

    ReplyDelete
  11. Selamat tahun baru kak Irda, Semoga apa yg kita inginkan akan tercapai suatu hari nanti. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

COWAY PROMO

COWAY PROMO