motivasi bagi menaikkan semangat menulis.

20:43:00

Assalammualaikum,salam hujung minggu..

Hari ni terlajak rajin,bangun subuh tadi irda buat nasi lemak uols,masak nasi lemak seperiuk,tak sangka habis.Next time irda share resipi yang irda cedok dari Google  juga. Huhu.

Hari ni irda nak taip tentang motivasi.Motivasi ni banyak tajuk boleh kita rungkai.Salah satu sebagai blogger mahupun penulis,mesti kita juga perlukan motivasi macam mana nak jadi penulis tegar.Betul tak?
 

image credit to Google.

Sapa kat sini ada je masa nak menulis,tapi pemalas ya Robbi,nak on laptop pun rasanya macam nak angkat pintu gua,punya malas kan..Atau pun kat sini selalu kering idea dalam menulis.Haa actually kita sama je,sebab tu boleh tanya,sebab apa yang uols rasa tu den pun raso samo..

Tahu tak bila kita focus satu-satu perkara,apa je pun perkara pasti hujungnya sukses.Jadi bila kita jadi blogger,jangan sekedar melepas batuk ditangga.Kita harus semangat untuk sentiasa mencari idea dalam menulis dan sekaligus memperolehi pendapatan pasif.ecewahh====>ini nasihat untuk diri sendiri.

Oklah hari ini irda nak share satu story ,ini kisah benar.Mengisahkan penulis juga boleh jadi multi jutawan.Kisah ini irda ambil dari sebuah buku yang irda baca masa event di karang kraft tempoh hari.
 
image credit to google

Buku bertajuk "Formula Luas Rezeki"Karya MOHD ZULFADHLI ABD NASIR.Banyak topik menarik dalam buku tu,tapi irda sempat rekod beberapa topik yang penting.Ye lah ,dah lah pinjam buku tu dari orang sebelah yang baru kenal masa tu.Sebab tajuknya menarik,selamba je tegur akaks tu sebab nak pinjam buku dia kejap.Sempatlah baca-baca mana yang penting dalam masa sejam dua masa tu.Next time kalau ada peluang nak belilah buku tu.

KISAH PERTAMA:Jack Canfield:Daripada seorang guru menjadi multi Jutawan

Beliau dalah seorang guru dan sentiasa sibuk dengan aktiviti sekolah dan seminar.
Beliau gigih mempelajari berkaitan motivasi diri bagi membantu pelajarnya untuk bersemangat dalam pelajaran.Sejak  itu beliau memulakan idea untuk mengumpulkan cerita-cerita motivasi dan berusaha untuk menerbitkan buku dengan judul"Chicken Soup for the Soul".

Pada awalnya buku itu ditolak oleh 144 penerbit.Akhirnya ia berjaya dicetak dan dijual jutaan naskah di seleuruh dunia!

Rahsia bagaimana dia bermula?

1.menulis dua cerita setiap minggu
2.Memperuntukkan masa malamnya beberapa jam bermula 10 malam,selepas semua ahli keluarga nya tidur hingga 1 pagi untuk menulis.
3.Dalam setahun beliau dapat menyiapkan bukunya.
4.Beliau menyarankan menulis 1 muka sehari dalam setahun ada 365 muka surat
5.Tipnya mulakan sekarang,kerja keras dan mindset kena betul.

Jadi kita harus berani korbankan masa senang-senang kita,at least 1 jam sehari,untuk menulis.Jadi begitu juga dengan blogger kan,Persoalannya sanggup atau tidak kah kita?mampukah kita ada komitmen seperti beliau?

KISAH KEDUA:John Grisham-Daripada peguam kepada penulis best seller.


Beliau adalahs seorang peguam yang bekerja kuat.60 hingga 70 jam seminggu.Namun pendapatannya tidak mencukupi untuk keperluan keluarganya.Beliau tidak gembira dengan pekerjannya.

Hobi beliau adalah menulis.Jadi diawal pagi beliau akan bangun awal pagi sekitar jam 5 pagi dan memanfaatkan beberapa jam untuk menulis.Novel pertamanya "A time to kill"mengambil masa beberapa tahun untuk siap dan pernah ditolak oleh 28 buah penerbit.Apabila ia berjaya dicetak,walaupun jualannya sederhana sahaja,beliau terus menghasilkan novel ke dua bertajuk "The firm"yang menjadi best seller dan turut diadaptasi dalam filem.

Semua kejayaan beliau bermula dengan hanya mengorbankan waktu paginya sahaja.Sanggup kah kita?atau adakah kita punya keingingan namun tiada kesanggupan?Bayangkan kalau beliau tidak bermula sejak dahulu,pasti beliau terus terbelenggu dengan kerja yang tidak disukainya.

KISAH KETIGA:Jutawan Blog Smart Passive income

Bekas arkitek yang diberhentikan kerja kerana kegawatan ekonomi.Semasa menggangur beliau aktif dalam dunia blogging dan beliau berkongsi kaedah pengajian juga nota-nota berkaitan peperiksaan yang diambilnya.

Beliau dapati ramai yang singgah dan mengambil nota-nota penting dari blog beliau.Jadi beliau mencuba untuk mendapatkan pendapatan sampingan.Percubaan beliau berjaya apabila mendapat commission iklan pertama dalam 600 dolar.

Kemudian beliau buat perniagaan online dengan menghasilkan ebook,dan bulan pertama dapat 7000 dolar.

Beliau juga mewujudkan blog perniagaan internet iaitu smartpassiveincome dan memperolehi pendapatan puluhan ribu dolar sebulan.

Komitmen beliau:

1.Setiap malam apabila anaknya sudah tidur beliau peruntukkan masa 10pm hingga 1 pagi dan kadangkala 2 pagi untuk menulis di blog dan menguruskan perniagaan internetnya.

2.Matlamat beliau adalah menambah nilai orang lain dengan informasinya di internet,duit bukanlah matlamat utama,tapi beliau ingin berkongsi ilmu di internet.Perkongsian yang berterusan dan usaha yang tidak jemu,menjadikan beliau jutawan internet.

Amacam sahabat penulis semua?Rasa berkobar-kobar tak menulis dan terus berkongsi info menarik lepas ni?Haa kalau ada semangat tu teruskan ya,dah alang-alang masuk dalam dunia blogging,jangan putus asa teruskan berkarya ya.

Pada masa yang sama rajin-rajin mencari peluang rezeki.

Percaya satu perkara,jika kita ikhlas berkongsi ilmu bermanfaat,pasti jalannya ALLAH akan buka.Di dunia ni terlalu banyak pintu rezeki,asalkan kita gigih dan tidak putus asa dalam mencari.

Ok uols,salam hujung minggu...irda pun bukan rajin sangat menaip,dengan banyaknya kerja yang lain.Tapi syukur pada Allah,blog adalah jalan-jalan rezeki buat irda.Dan begitu jua hendaknya buat anda.Aamin...

Ok daa...jumpa lagi



Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

1 comments

  1. Tahniah kepada yang ada bakat menulis sehingga boleh menjana pendapatan.

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

COWAY PROMO JULY 2018

COWAY PROMO JULY 2018