Supir terbaik di Padang Bukit Tinggi-Feedback Shahrul dari Sabah

21:42:00




Shahrul dan Jaylyster adalah dua orang sahabat yang telah menggunakan khidmat supir dari blog irda pada 7 april hingga 10 april.Mengambil package sepenuhnya dari travel agency seperti hotel,makan,transport dan tiket masuk tempat lawatan.




Alhamdulilah,komen beliau pakej irda paling murah compare dengan travel agency yang lain di sana.Di bukit mereka stay di  Mersi Hotel dan di Padang stay di Bunda hotel.Walaupun hotel 2 star,berbaloi juga dengan budget mereka.Lagipun hotel biliknya bersih dan dekat dengan town.

Kelebihan bila ambil package FULL ni,boleh budget berapa perbelanjaan disana.Yelah,semua sudah  dibayar dalam package,tinggal nak stanby duit untuk shopping sahaja.Lagipun dua jejaka ni tak minat sangat nak shopping katanya,diorang lebih suka untuk menikmati masakan Padang.




Mungkin kerjaya mereka sebagai chef di hotel terkemuka,mereka ke Padang untuk merasakan kelainan masakan dan makanan Padang.Bagi penggemar makanan minang asli seperti rendang,gulai tunjang,sambal lado hijau ,daging dendeng dan pelbagai lagi menu pasti apabila rasa sekali hendak makan lagi.






Irda memang penggemar masakan minang,Yelah anak jati keturunan minangkan.Walaupun selalu je makan di hotel mewah,tetap masakan bunda jadi pilihan.Jika anda juga ingin merasa masakan Padang yang asli bolehlah jalan-jalan kesana.Moga anda bertemu dengan masakan yang benar-benar enak.



Kadang-kadang banyak tempat di Indonesia ada juga restoran meletakkan nama restoran”Masakan PADANG’.takkira di Jogja,Jakarta.Bandung,Medan dan tempat-tempat lain di Indonesia pasti anda akan nampak restoran dengan nama masakan Padang.Jolokan nama masakan Padang tu untuk menjamin makanan halal dan masakan minang.Tetapi bagi Irda yang lidah dah biasa dengan masakan Padang,tetap merasakan ada kelainannya dan ada kekurangannya.




Jadi jika anda bernasib baik,memang akan dapat rasa masakan yang sangat enak apabila datang ke Padang-Bukit Tinggi.



Di sebuah daerah namanya Pariaman,iaitu kota kecil di Padang,Irda kalau kesana paling suka makan ikan bakar dengan sambal lado hijau yang ditumbuk.Walaupun ikan tak berapa besar,ya ALLAH dia punya daging sangat manis.Almaklum ikan tu segar,baru je dijala, disiang dan terus dibakar.Apalagi kalau dibakar menggunakan arang .Fuhh cukup satu lauk tu dengan nasi panas,nasi pula jenis  yang berderai-derai tidak lembik,akan menambah 2-3 kali.Tempat ini tidak termasuk dalam package ya,irda kalau kesana pun dengan family,dan tak tahu apa nama kedai makan tu,tahu sebut kedai ikan bakar yang sedap jer.

Kadang-kadang kalau mak pergi ke Padang,pasti mak beli beberapa ekor bawa balik KL.



Bayangkan pukul 1.30pm naik flight di Bandara MinangKabau,sampai KL dalam pukul 4pm  macam tu,terus bersantap lauk ikan bakar dan sambal lado dari gerai terpencil di daerah Pariaman.Kalau ada sepuluh ekor,rasa taknak bagi orang lain.Makan sorang-sorang sampai kenyang,dah kenyang tinggalkan tulang ikan sahaja untuk orang lain.

Kalau ditanya mana pergi semua ikan tadi,bohong sunat je kucing buntal yang  telan.heh!


Seronok jadi sang ikan, dimasak di Padang,dimakan di KL,tanpa ada pasport ikan lepas dari kastam,haha,amboii,terus sampai di KL jadi santapan.Dapat juga ikan tu melancong kejap kan?

Kalau ditanya apa ole-ole,tak nak dah buah salak,buah tu kat Malaysia pun dah ada,walaupun agak jarang jumpa,pergi je pasar Chow Kit ada je orang jual,jadi suka ikan bakar dengan nasi yang dibungkus menggunakan daun pisang,sambal hijau ditumbuk dengan ikan masin,dia punya minyak mungkin menggunakan minyak dari pati santan kelapa,perghh! sambal tu memang lain macam aura dia.

Walaupun ada je kedai makan "sambal lado" di area Penchala sana,sumpah jauh benar rasanya.Hemm,kalau cerita bab makan ni sampai esok tak habis ni.



Apapun,Alhamdulilah Shahrul dan kawannya sangat puas hati dengan servis supir Ad Janu.Supirnya ramah dan servis tip top.Kalau tak kerana keramahanya,tidak lah irda menjalin kolaborasi dengannya untuk pembaca di Malaysia ni kan.

Terima kasih daun keladi,esok-esok datang lah lagi,hari ini bawa kawan,esok bawa family,pergi sana rasailah nikmatnya makanan,sekali makan pasti nak lagi.:)

 ps:All photo sebagai hiasan.Credit to Shahrul dan sahabatnya.

Kepada yang mencari supir terbaik di Padang Bukit Tinggi,apa kata gunakan khidmat supir dari Irda ni.InsyaALLAH dijamin puas hati.

Ok uols,9.30pm now,jom kejut alya solat isyak dan siap-siap mahu bobok dulu ya.daaa,jumpa lagi.

Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

0 comments

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

COWAY PROMO

COWAY PROMO