Best sangatke product MARY KAY:Skinvigorate Brush

07:30:00

 Best sangatke product Mary Kay?

Sebenarnya lama dah tahu tentang produk Mary Kay ni,tetapi bila orang sebut mahal,product Mary Kay mahal,teruslah diri ini tak pernah mencuba pun.

Dulu masa diawal zaman pekerjaan,ada seorang kakak yang bekerja di bangunan Wisma Genting tu,selalu jumpa kat surau,dia juga adalah ejen Mary Kay,siap bagi I sample untuk try bagi lembutkan kulit wajah yang memang masa tu jerawat bersemi bagaikan padi di sawah.Al maklum zaman anak dara banyak berangan dan malas jaga kulit wajah.Masa kak tu promote,tak terfikir pun nak beli.


Terjebak dengan Mary Kay


Tetapi bila sahabat sendiri yang jual ,irda tergerak hati lah juga nak cuba.Mula niat nak support kawan tu meniaga ,kebetulan ada pula rezeki lebih nak reward diri,jadi daripada selalu beli brand biasa sesekali cubalah product Mary Kay.Nanti kalau orang tanya,at least kita cakap dah pernah cuba produk Mary Kay.Irda beli lipstik dan skinvigorate brush masa tu.



Best ke skinvigorate brush?


Sebenarnya masa beli tu,tujuannya macam nak buat microdermabration ala-ala di wellness spa clinic yang irda pernah buat di DEMC Shah Alam.Ia kan macam machine roll yang di uli pada pipi untuk lembutkan pipi dan membentuk wajah jadi lebih bujur.Almaklum muka irda ni bulat macam loyang,huhu,orang cakap nak sedapkan hati chubby,sebenarnya tembam dagu berlapis.(yang ni orang tak sampai hati nak habaq kat cheq kot).

Rupanya,lepas guna machine skinvigorate brush ni memang best.Sebut betul-betul,s-kin-vi-gorate!
Ia bukan sahaja menggantikan tangan ketika mencuci wajah,ia juga boleh menanggalkan mekap dengan lebih bersih,membuang pori-pori hitam,dan kalau rajin tenyeh rasanya boleh menipiskan sikit bekas jerawat,dan ikhlas irda cakap lepas pakai tu rasa pipi lembut dan anjal je rasanya.Rasa segar sebab rasa kulit wajah bagaikan diurut-urut.Paling best irda roll machine tu bawah dagu berlapis ni,biar dia lumat-lumat lemak degil bawah dagu ni,hope berkesanlah hendaknya.hehe...

Cara Guna skinvigorate brush


Kawan irda tanya juga,rajin pakai tak?Honestly ,tak lah rajin mana.Kalau boleh pakai dua kali sehari,setiap bahagian wajah atleast roll 15 saat,machine ni menggunakan kuasa bateri AA.

Caranya,ambil sabun pencuci muka ,letak kat pipi,then on kan machine,ada slow mode dan fast mode,pilih mana yang rasanya sesuai,blend pencuci muka tu pada wajah dengan menggunakan skinvigorate brush ni dan pusing-pusing sampai terasa bersih.Kemudian bilas,lepas tu korang lap dengan tuala,cuba rasa,,best sangat lepas cuci muka tu.

Kalau boleh bahagian hidung tu brush lama sikit,biar boleh bersihkan bintik hitam.Irda kalau seminggu tak cuci muka dengan skinvigorate brush ni,rasa kulit muka kasar-kasar,maybe sebab ada kulit mati kot,bila pakai skinvigorate cleansing brush ni rasa lembut dan seronok sentuh pipi sendiri.Walaupun kulit taklah segebu dato siti,tapi still puas hati dan bersyukur dengan rasa kulit sendiri.



Jadi if uols nak juga feeling yang sama dengan irda waktu mencuci muka.Bolehlah start gunakan produk Mary Kay sekarang.Ini salah satu produk dari Mary Kay yang irda dah cuba dan puas hati.Hampir setahun dah guna dan tak menyesal membelinya.

Uols yang nak order,boleh call kawan irda Norlaila di talian:012-2665721,dia adalah perunding Mary Kay yang bertauliah.Boleh juga dapatkan consult percuma darinya tentang produk Mary Kay yang lain.Sis Laila ni dulu adalah banker tau,sekarang fulltime Mary Kay beauty consultant.Servis memang tip top..



Norlaila (012-2665721)

Ok daa..jumpa lagi,selamat berpuasa semua.





Kuala Lumpur
02june2018



Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

2 comments

  1. Betul. Sebut Mary Kay orang akan cakap mahal. Dan yang menggunakan pun yang have2 bak kata budak jaman now. Tapi kualitinya standing harganya .InsyaAllah satu masa nak cuba juga.

    ReplyDelete
  2. mcm best pula brush dia tu

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

COWAY PROMO

COWAY PROMO