Bengkel kereta Bumiputra yang terbaik di Kuala Lumpur

15:36:00

 Apajua perkhidmatan yang kita terima,kadang-kadang kita tak kisah bayar lebih asalkan servis bagus,barang digunakan berkualiti dan mendapat layanan yang memuaskan dari owner.Sama juga kalau kita makan di kedai,kadang-kadang muka ketat dan kelat tukang ambil order boleh buat kita kenyang dengan cepat,berbanding jika berwajah manis,makanan pula sedap,mahal sedikit pun kita masih ingin datang lagi ke kedai tu.

image credit google

Berbalik pada perkhidmatan workshop pula,bengkel cat kereta yang irda maksudkan.Harganya berpatutan,barangnya bagus,kerjanya ikhlas dan sangat mengutamakan pelanggan itu pula jadi pilihan kita.Senang cerita,konsep berniaga yang berkonsepkan islamic itulah yang kita cari.

Rupanya masih ada bengkel yang betul-betul memenuhi kehendak pengguna.Terletak di Kuala Lumpur,memiliki dua bengkel,satu untuk claim insurance dan satu lagi untuk kereta walkin.Jadi kalau ada kereta yang nak tukar colour,atau cat satu body,tak nak claim insurance,bolehlah gunakan perkhidmatan workshop ni,pasti dijamin puas hati.

Bayangkan,kawan irda ada satu kereta kancilnya terletak lama di luar rumah.Kawan ni tinggal di rumah flat,sejak kematian suaminya kereta tu terbiar sebab dia ada kereta lain.Kereta itu digunakan oleh arwah suami untuk melakukan kerja-kerja harian.Bayangkan hujan panas buat kereta tersadai memang nampak buruk dan dah macam besi buruk dah.
Kereta ini dikikis menggunakan asid

Kereta ini diambil dari rumah,tukar bateri baru sebab kereta tak boleh hidup dah dan dibawa ke bengkel tanpa minta sebarang bayaran dulu.Kereta yang dah macam besi buruk tu bukan terus dicat begitu sahaja,sesetangah bengkel,main tenyeh je,ada lagi kes berlaku penipuan dengan menggunakan barang yang tidak berkualiti,sudahnya selepas cat,setahun dua merekah kembali.

sesi pembersihan kereta menggunakan asid,kikis sampai,sebab kereta tersadai lama di luar rumah.

Walaupun kereta ini sangat teruk keadaannya.Bayaran deposit pun minima je diminta.Itu pun dikira macam cost beli barang sahaja.
Bila tengok proses kerja di bengkel ni,aduhai susah payahnya untuk siapkan satu kereta,macam-macam kena buat dan macam-macam step kena follow.Sebab tu sesetengah akan caj ribuan untuk satu kereta.

Tapi kita sebagai pengguna apalagi yang sayangkan kereta kita yang lama berkhidmat,sanggup menabung untuk kembalikan kereta ke wajah yang cantik.Tapi ada tak bengkel yang kita boleh runding harga ?Kadang-kadang kita tak boleh nak minta kurang banyak sangat pun.Yang tak best,kalau kereta lepas accident nak tak nak kita terpaksa juga terima apajua harga sebab kita perlukan kereta untuk digunakan dengan segera.

Berbalik kepada bengkel ni,dia boleh buat ansuran bayaran.mungkin boleh buat 2x bayar atau 3x bayar,contohnya kereta siap dalam 30 hari,dalam 30 hari kita bayarlah sikit-sikit sampai kereta tu siap .Jadi taklah kita kena bayar terus .Ada masa simpan duit lagi.

Tetapi ada juga customer ni macam-macam perangai yang tak best ,ada orang tu janji nak bayar,dan minta kereta disiapkan cepat-cepat,kita cakap kereta siap dalam 7hari contohnya,dia nak pakai dalam 5 hari,jadi bertungkus lumus lah diorang kerja sampai malam untuk puaskan hati pelanggan.

Sudahnya bila hari dijanjikan,owner kereta tak jadi datang sebab tak cukup budjet nak ambil kereta.Tak salah irda sampai sekarang masih ada lagi kereta tu di bengkel.Amboii...fikirlah orang yang sudah bercengkang mata siapkan kereta awak,ni nak cepat-cepat,lepas tu tak boleh bayar pula.Tak baik tau buat orang macam tu,mentang-mentanglah workshop tu tak kisah,tapi orang tu pun nak hidup dan berniaga.

wahhh bila dah siap


Kereta yang sudah siap keluar dari oven.Kemudian akan di polish jadi berkilat macam ni.

Apapun kawan irda memang puas hati dengan bengkel ni.Dalam kereta ni radio semua pun rosak,kusyen pun dah buruk,semuanya bengkel ni buatkan,belikan radio baru dan pasangkan kembali tanpa caj tambahan,hanya tunjuk bil harag radio untuk claim dengan owner.Baikkan?Ikhlas betul..

Sebab kawan irda pun tak sempat  nak buat semua tu,nak datang bengkel ambil kereta pun tak sempat,jadinya selepas kereta ni siap,servis hantar ke rumah pun ada tanpa ada caj tambahan lagi.Kagum sungguh dengan servis.

Lepas kereta kancil arwah suami dia ni siap,terus hantar kereta ke dua dia,kereta lama juga.Siap dia cakap "Akak bawa kereta ni ke kedai spare part,ada satu uncle cina tu cakap,amboii kereta sudah cantik mana bikin?ini orang keje manyak halus oo,bagus..:hehe"

Senyum-senyum kawan Irda.Lepas je siap kereta tu,kawan irda hantar satu lagi kereta lama dia.Dulu kereta dia ni pernah hilang.Lepas beli  kereta baru,jumpa balik kereta ni.

sebelum

selepas dicat

lepas siap semua

Kawan irda ni happy sangat-sangat,dengan servis,hasil kerja yang ikhlas dari bengkel ni.Lagipun sebelum kereta dicat,owner akan dapat pendedahan dulu beberapa harga dan jenis cat yang digunakan.Jadi barang akan digunakan bergantung pada budget pelanggan.

Untuk 2 kereta yang kawan irda hantar,dia dapat harga yang amat berpatutan dan berpuas hati.

Jadi jika anda juga mencari tukang cat di kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya,bolehlah contact Irda untuk dapatkan info ya.

Thats all for today..daaa


Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

5 comments

  1. salam kak irda...
    wah bgus nye bengkel kereta tu..
    awat xmention nama tmpt tu je kat sini kak irda?huhu
    mmg sush nk cri tmpt/kedai mcm ni skrng..bnyknye nk untung lebih.amik ksmpatan.hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. atas permintaan org di bengkel ini yaya,katanya kalau ada client biar melalui irda sahaja,mungkin mereka belum biasa online client

      Delete
  2. Wow terbaik hasilnya..kan bagus kalau ada services mcm ni di sabah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe,kan bagus sabah dan kl itu dekat sahaja..huhu

      Delete
  3. Salam.. Boleh sy dptkan maklumat bengkel tersebut utk tujuan claim insurans? TQ in advanced

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

COWAY PROMO

COWAY PROMO