Assalammualaikum,Irda ada kelapangan waktu untuk menaip sejenak selepas sesi appointment di MRCB Shah Alam hari ini.Hari ini bangun pagi pukul 4.30am,alhamdulilah sempat melakukan solat taubat,tahajud dan sunat sebelum baca dua lembar surah .Terasa begitu mendamaikan sekali jika berpeluang bangun pagi boleh habiskan waktu untuk 1-2 jam untukberdua-duaan dengan Allah terlebih dahulu sebelum bergerak ke luar mencari rezeki.

Disclaimer:Tidaklah irda menceritakan semua ini sebab nak tunjuk baik,sebenarnya irda juga pendosa ,cuma irda terfikir,

 "aku banyak memohon pada Tuhan,nak itu nak ini,jadi dalam 24 jam yang Tuhan bagi aku,kenapa tidak aku habiskan 1 jam atau dua jam masa sebelum memulakan aktiviti harian dengan melakukan yang disunatkanNYA.Aku hanyalah manusia biasa yang tak lari mohon simpati dari ALLAH swt.Moga dengan memulakan hari dengan baik-baik,ALLAH permudahkan urusan harianku."

Ternyata benar,lain macam rasanya badan bila berpagi-pagi,sebenarnya BERTUAH lah kita diwajibkan dengan solat 5 waktu,juga ada solat-solat sunat..  macam orang lain yang bukan beragama islam,mereka berpagi-pagi bermeditasi dengan alam.Joging atau beryoga,sebab bagi mereka ada sesuatu yang dirasakan sungguh nyaman selepas melakukan aktiviti tersebut.Ia bagaikan ketenangan sebuah jiwa dan kesihatan tubuh badan.

Jadi bila kita orang islam,rukuk dan sujud di waktu pagi itu juga bukan sahaja bersenam tapi memang ibadah yang baik untuk kita.Mulakanlah,dan rasailah perubahan pada diri.

Sebab itu dikatakan"dua rakaat solat sunat sebelum subuh itu lebih baik dari dunia dan isinya"


Baiklah pembaca,kembali pada tajuk entry ini,ada email dari pembaca yang ingin irda kongsikan untuk maklumat bersama tentang "Loan ASB2 & EPF ".

Email

 Sebenarnya ambil masa juga irda nak faham email diatas,terus irda reply minta tuan pengirim email wassap irda terus,senang irda nak jawab dan tanya terus.Jika email ambil masa irda nak reply.

Loan ASB2.

Tuan ini berminat nak maximumkan LOAN di ASB2 bila dia dah ada 100,000 loan ASB.

Jawapan:Sekarang,July 2018 semua Loan untuk ASB2 sudah freeze.Kuota dah penuh.Boleh apply lagi bila nanti PNB dah announce untuk boleh buat LOAN ASB2.Jadi nasihat irda maximumkan dulu ASB,kalau ada kemampuan.Lagipun satu orang boleh buat up to RM200,000 sijil atau 200,000 loan.Apalagi kalau masih berumur bawah 35 tahun,jadi boleh maximumkan tenure up 30 years,jadi installment lebih murah.

TAPI saya dah ada 100k ,dah 5 tahun dengan bank XXX?

Jawapan:Owh kalau dah ada di bank XXX 100K,Boleh buat penambahan lagi dengan mana-mana ejen bank lain yang bagi good offer,tak kisah pun nak ambil di bank mana asalkan tak lebih 200k,total loan atau total sijil.

Apa Offer yang sis ada sekarang?

Ada offer 4.9% interest rate sampai September 2018.Kalau 100k,lebih kurang dalam 500++ dah masuk takaful.

Perlu ke saya batalkan dan buat dengan sis terus 200k?

 Mana-mana bank sekarang tiada penalti,kalau dah lebih 5 tahun jika loan dibatalkan dan dapat amotization amoun/cash value.Ikut pada tuan/puan.Kalau rasa nak maintain dengan satu sijil sahaja dan satu bank sahaja,boleh sahaja batalkan .Tapi kalau ok terus kan pun boleh dan hanya buat penambahan.

Boleh ke bayar loan ASB2 dengan EPF?

EPF untuk ASB2 BUKANLAH bermaksud apply loan 200k dan bayar menggunakan EPF.Tidak.

Maksud EPF adalah pelaburan di ASB2.

[Stop sekejap untuk solat dan makan ya]

sambungan 6:53pm

EPF fund dari akaun 1 boleh dikeluarkan 20% untuk dilaburkan di unit amanah berharga tetap di Permodalan Nasional Berhad,PNB (Seperti ASB2,AS1M ataupun ASW 2020).Ia sama seperti  kita invest dalam public mutual atau cimb principal melalui Akaun EPF.

Bezanya ,di PNB harga tetap,jadi risiko kurang sikit dari unit amanah yang biasa di pasaran.Jika hari ini beli harga RM1,harganya tetap sama RM1 .EPF juga membenarkan pencarum untuk invest fund dari akaun 1 dari mana-mana unit amanah di Malaysia ini untuk beri peluang kepada pencarum menerima pulangan yang lebih tinggi.Tetapi,ia tertakluk pada pengiraan kelayakan juga.Yang ni tuan/puan boleh pergi ke mana-mana cawangan ejen PNB untuk buat pengiraan,sebab irda tak buat untuk pengeluaran EPF yang dilaburkan di ASB2.

Jadi maksud tuan penanya ini untuk pembayaran loan tidaklah sama sekali,ia tidak boleh dikeluarkan untuk bayar loan ASB tapi boleh dilaburkan SAHAJA.

OK pembaca semua,jom mulakan melabur dalam ASB sekarang.Contact irda untuk special promo ya..






Appreciate your time reading this entry.

1 Comments

Thank you,come again :)

  1. xfaham..
    adei sush nye bila otak da xbole time matematik...hihu

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post