Punca LOAN ASB anda tidak lulus

09:02:00


 Bulan May adalah bulan puasa,walaupun bulan puasa selalunya orang akan lebih rileks buat kerja,tetapi tidak Irda,semangat berkobar-kobar dan sales pun tak putus-putus.Mungkin ada promosi interest rate yang rendah hanya 4.9% untuk sebulan tu berbanding institusi lain 5.05%,jadi sebagai Financial Planner,senang nak jual sebab kapasiti untuk client memilih interest rendah itu lebih tinggi.



Tetapi satu jadi masalah,kadang-kadang bila customer beriya dan bersungguh nak mohon ASB LOAN,untuk simpanan paksa rela ni,ada pula masalah lain.Iaitu Loan ASB tak approve.

 

Apa penyebab ASB LOAN tidak lulus?


Walaupun ASB LOAN adalah secured financing,tidak seperti Personal Loan,Car Loan,Housing Loan atau Business Loan,tetap prosesnya dan prosedurnya sama seperti loan lain.Semuanya tertakluk pada bank negara dan compliance.

Salah satu punca ASB LOAN tak approved kerana DSR dan CCRIS.

Bayangkan di Bulan May sahaja,
Irda ada 3 orang client dari Shah Alam yang apply 150K,100k, dan 150k,yang approved baru 50k.Semuanya gagal lulus dan masih dalam appeal proses kerana DSR tak lepas.


Apa itu DSR?

Debt Service Ratio-senang nak faham jumlah pendapatan vs komitmen.Maknanya komitmenbulanan sudah tinggi bila dikira dengan peratus pendapatan.Ia ada cara dan peratus pengiraannya.Lain institusi lain cara kiranya.

Contohnya bank A

Gaji  <5000 =70% maximum
Gaji  >5000=90% maximum

Contohnya jika gaji RM2000,dah ada loan kereta,ada pula loan rumah,belum masuk personal loan lagi,nak ambil pula ASB 100K,memang susah nak approved mungkin akan reject terus walaupun pembayaran loan lain tidak pernah lewat.

Example:
Gaji bersih:RM2000

Loan kereta:RM600
Loan rumah: RM800
Personal Loan:RM450

DSR: total commitment /Net pay
DSR:>90%

Jadi loan rejected bila dah lebih 90% belum lagi masuk future commitment iaitu ASB LOAN.

Ada client irda cakap"Ala kereta tu abang saya yang pakai,jadi dia yang bayar"

Walaupun siapapun yang pakai kereta dan bayar kereta,once ia dibawah nama kita,ia adalah komitmen kita.Bank tak nak tahu pun siapa yang bayar,bila ia nama kita ia kan include dalam komitment kita.

APA Solusi Bila Loan ASB tak approved sebab DSR?

1.Selalunya irda akan tanya jika ada pendapatan lain.Kadang-kadang ada client melakukan 2-3 kerja untuk survive,Ada 2 income.Jadi kalau ada 2 income bolehlah beri kedua-dua payslip dari company berbeza tu.

2.Kadang-kadang ada client ada 2-3 bijik rumah yang masih dalam loan bank,tetapi rumah tersebut disewakan.Disini irda pesan,jika rumah disewakan,pastikan buat tenancy agreement dan kalau boleh stamp kan terus untuk tenancy tu valid.

Minta penyewa bayar sewa melalui bank akaun.Sewa rumah juga boleh dikira sebagai "other income" untuk membantu anda apply apa-apa loan lain.Selalunya bank akan minta  6 bulan bank statement dan tenancy agreement sebagai documentation.

3.Sesetengah institusi perbankan juga membenarkan guarantor atau second applicant untuk joint application support income main applicant.Apa beza guarantor dan joint applicant?

-Kalau boleh cari institusi yang hanya perlukan guarantor,sebab guarantor takkan dikira sebagai komitmennya apabila apply loan bersama,dia hanya membantu kukuhkan DSR main applicant dan bukan dikira komitment asb under guarantor.

-kalau joint applicant-komitment ASB Loan akan masuk dalam pengiraan DSR joint applicant,jadi bila joint applicant nak apply loan lain,DSRnya sudah include ASB Loan milik main applicant.

Siapa selalunya boleh jadi Guarantor/joint applicant untuk ASB LOAN?

1.Ibubapa
2.Adik beradik
3.Suami/isteri

4.Jika ada simpanan tabung haji atau ASB juga amatlah baik membantu DSR anda.

Selain DSR ,CCRIS juga kenalah jaga ya.Apa yang buat ccris buruk ialah bila selalu bayar loan  lewat.Bila lewat sebulan akan ada tanda 1 dalam ccris record anda.Kalau setakat 1,boleh cuba mitigate lagi,mungkin overlook due date ke apa,tetapi bila ada 2 bulan lewat,ia consistent 2 bulan,selama beberapa bulan,yang ni anda kena bayar dulu tunggakan dua bulan tu,baru boleh apply ASB LOAN.

Caranya pergi bank yang anda buat pinjaman,bayar 2 bulan terus,amik resit bayaran dan kemukakan pada financial planner anda.Kadang-kadang ada institusi yang cerewet,walaupun anda dah langsaikan tunggakan dua bulan,anda akan dilabel culas dalam bab pembayaran loan ,mungkin kalau apply asb loan100k,approved 50k sahaja sebab keyakinan pihak bank pada disiplin pembayaran anda sudah berkurang.

Yang paling tak boleh diterima,jika ada tanda 3 dan keatas dalam ccris anda.Terus loan itu akan reject.Selalunya yang paling banyak irda jumpa ASB LOAN tak approved ni,Ccris sangkut PTPTN.

Pada adik-adik yang sangkut PTPTN,boleh pergi kaunter PTPTN untuk clearkan sedikit tunggakan,jika nasib baik boleh guna KWSP untuk bayar sikit dulu.Nanti bila dah ada pembayaranPTPTN akan keluarkan surat release untuk membolehkan anda apply apa-apa loan.Jika anda ada masalah tak lulus loan sebab PTPTN dan agak kesempitan waktu untuk berurusan di PTPTN,boleh wassap sis Irda untuk tolong arrangekan dengan PTPTN tapi dengan syarat apply LOAN ASB dengan sis IRDA ya.hehe :)

Ok thats all for today,dari subuh tadi belum rehat lagi.Sambil mendobi sambil menaip sesuatu,now lapar sudah.

Ok jumpa lagi...daaa





Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

7 comments

  1. nice sharing irda... byk yg akak mula tahu ni... tak pernah apply ASB loan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI SIS..tq...jom apply asb loan dengan irda..heheh

      Delete
  2. ingatkan ASB tu macam tempat simpanan je.. boleh buat loan jugak =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dear,buat loan ni untuk menyimpan dengan jumlah yang lebih banyak

      Delete
  3. PERKONGSIAN BERMNFAAT..DULU2 ADA JUGA BUAT LOAN ASB

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sis,sekarang masih ada asb loan?wahh kalau dah buat lama mesti dah banyak simpanan ni..tahniah sis

      Delete
  4. lama busyra tak singgah sini. rindu! hehe. btw nice sharing akak <3

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

COWAY PROMO

COWAY PROMO