7-11 August 2018,Sis Farhana dari Kuala Lumpur telah booking kenderaan dan supir dengan Irda untuk percutian mereka di Padang dan Bukit Tinggi.Muatan meraka 4 dewasa dan 2 orang kanak-kanak,jadi sebaiknya irda cadangkan jenis transport adalah INNOVA sebab lebih selesa dan luas,jadi anak-anak tak sempit sangat.

Ada juga orang nak booking dengan  muatan 6 orang dewasa masih nak booking AVANZA,bila dicadangkan INNOVA,ingat sebab kita nak untung besar agaknya,katanya di Malaysia kami naik avanza je muat.Memang muat,tapi ingat di Malaysia perjalanan adalah lebuh raya tetapi disana banyak simpang siurnya dan berbukit,berdasarkan pengalaman supir ada passenger tak tahan bersesak macam tu apalagi kadang-kadang dari satu tempat ke tempat lain agak jauh.

Tetapi sis Farhana amat sporting,sebab apa yang irda cadangkan untuk keselesaan keluarganya diterima sahaja.Sis Farhana stay di Novotel hotel,Bukit Tinggi dan Ibis hotel,di Padang.Hotel ni sis Farhana booking sendiri melalui online.

Walaupun sis Farhana hanya ambil package supir dan transport dengan kami,tetap kami ingin memberikan servis terbaik untuk sis Farhana dan family.Paling best bulan August adalah bulan kelahiran sis Farhana dan juga cousin nya,jadi pak supir berpakat untuk celebrate birthday sis Farhana.Kami sediakan simple celebration di hotel dengan ada nya kek,banner dan simple menu.Memang sis Farhana happy sangat sebab tak dijangka kan,pak supir sambut ulang tahun guest..



Alhamdulilah,ini adalah servis ikhlas kami dari hati tanpa bayaran tambahan.Kegembiraan pelanggan memang keutamaan kami.

Lihat sahaja apa yang sis Farhana kata tentang pak supir kami
"Selalu punctual walaupun kami selalu lambat."

"Memang supir terbaik,boleh dapat award ni"

Irda happy sangat kalau orang happy menggunakan servis kita.Ia bukan sahaja jalinan perniagaan tetapi ia juga sebuah jalinan ukhuwah.

Dalam perniagaan tak salah kita memberi lebih sebenarnya,tak semua perkara keuntungan kita ukur dengan wang ringgit,sentiasa dapat customer /pelanggan walaupun untuk sedikit tapi konsisten itu lebih baik sebenarnya.Daripada kita caj berlebihan,servis kita teruk,orang terima pun tak redha ,jadi orang akan doakan kita macam-macam.


Irda hanya harap satu,biar sedikit tapi sentiasa ada.Dan yang penting keselamatan dan keselesaan tetamu yang menggunakan khidmat pak supir di Padang berpuas hati.Walaupun ada kekurangan sedikit di dimana-mana ,adatlah kita namanya manusia kan,tetapi  seboleh-bolehnya irda ingin memberikan servis yang terbaik buat semua.

itu sahaja untuk hari ini,lain kali ketemu lagi,dah 6.30 petang,irda nak ke dapur dulu,alya bukan main seronok main basikal di luar rumah tu.




Appreciate your time reading this entry.

1 Comments

Thank you,come again :)

  1. rasanya bila ke tempat2 macam ni kena ada tour guide untuk memastikan perjalanan kita smooth kan.. lagi2 kalau bawak mokcik2 hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post