Assalammualaikum,

8 November 2018
Khamis,hari ke 56 kelahiran Rayyan Mikhael.

Seperti mengandungkan Alya,alhamdulilah kandungan ke 2 ni juga tiada alahan langsung.Tiada morning sickness atau apa-apa sickness,segala puji bagi ALLAH yang mempermudah urusan mama mengandungkan ke dua-dua anak mama.

Yang paling menariknya,kandungan kali ni cuba jadi umat nabi Muhammad dan hamba ALLAH yang lebih baik kerana fikiran semakin matang agaknya.Jika dulu mengandungkan Alya,pemikiran masih kebudak-budakan.hehe,sebabnya masih muda dan agresif usia dalam 20++an gitu,bila mengandungkan mikhael semangat keibuan dan kewanitaan itu lebih lagi.


AL-Qura juzuk ni sangat mudah untuk pembacaan




Mengandungkan mikhael,surah maryam dan surah yusuf bagaikan lagu harian.Alhamdulilah,Al Quran juga khatam 30 juzuk.Fuhh tak sangka juga mama gigih untuk khatam.Mama akan baca lepas subuh,kadang-kadang lepas magrib,sikit demi sikit akhirnya niat khatam sebelum melahirkan jadi kenyataan.Betul,if u want something,do it,do it dont just sit and plan,ia nampak sukar tapi terbukti mudah bila kita sudah memulakan langkah.

Kadang-kadang bila baca tu mengantuk dan malas juga rasanya,tapi rasa ingin mendendangkan anak dengan bacaan ayat suci tu timbul bila terasa gerakan dalam perut,sekurang-kurangnya jika mak nya tak berapa baik biarlah anak ini lahir jadi insan yang baik,itulah doa ketika membaca dengan maknanya sekali.

Tak sia-sia pernah beli Al-Quran jenis juzuk by juzuk ni,sangat mudah dipraktikkan dan ditanda aras bacaan.Memahami maknanya juga membuat kita seperti membaca sebuah cerita.Sejujurnya,inilah pertama kali mama baca dengan memahami maknanya,jika sebelum ni baca Al-Quran besar tu,baca tapi tidak ada maknanya untuk difahami,hanya sekedar baca untuk dapatkan pahala.Sedar diri,kadang-kadang tajwid juga entah kemana.Bila adanya Al-Quran jenis juzuk by juzuk,ia bagaikan "sekolah"mengajar mama membacanya dan bila faham pula ertinya,rasa ingin baca lagi DAN lagi untuk tahu lebih lanjut lagi.Benar,kadang-kadang ada kisah yang diulang-ulang dalam setiap juzuk,ilmu mama agak cetek,moga berpeluang untuk belajar lagi kalam ALLAH ini suatu masa nanti.Terima kasih ALLAH,kehadiran anak ini membuat mama rajin membuka kalamMu.

Masa mengandung pun mama suka dengar youtube ceramah ustad hanan attaki,ustad abdul somad dan  ustad.Adi Hidayat Lc.(Best dan setiap ceramah ada kelainanya apalagi mama yang cetek ilmu ni banyak belajar dan cuba ambil tahu)maklum mama dah tukar line yang free internet sabtu dan ahad,jadi tengok youtube 24 jam pun free.Berbaloi rasanya...Dekat-dekat bersalin,mama juga ada dengar ceramah dari Dato'Dr Danial Zainal Abidin kelebihan buah kurma ketika hendak bersalin buat mama semangat membeli dan makan at least  5 biji sehari.Selalu makan buah kurma nabi,ajwa dan mariam.Paling selalu beli di Pasar Keramat dan pasar malam kurma safawi,tak lembik dan tak manis sangat.


Sebenarnya tajuk diatas tentang berpuasa penuh ketika mengandung kan.Back to main topic.Mengandungkan mikhael,pagi-pagi mama dah lapar sangat.Selalunya akan minum susu lazz dan kadang-kadang makan kurma.Mama consume daily kurma setiap hari hanya di trimester 3,sebelum tu on off.Paling suka pagi-pagi mesti minum teh tarik ,nasi lemak tu macam 3-4x seminggu.Sebab tu berat mama dari 59 ke 79..Huhu..

Jadi bila nak masuk trimester ke dua ,adalah bulan ramadhan.Mama dah terfikir dalam hati,bestnya tak puasa bila orang lain sedang berpuasa,boleh makan sedap-sedap.Beli air bermacam jenis dan kuih bermacam jenis di bazar.Sebab nikmat makan ketika orang lain berpuasa tu lain macam je rasanya,hehe..sebab tu bila ada orang tak puasa ketika bulan ramadhan(tanpa sebab yang tidak membolehkan puasa)sanggup makan sorok-sorok.Paling best bila kita beli makanan orang lain hanya pandang.huhu,selalunya MacDonald jadi pilihan.

Kemudian neknda larang mama,katanya apa salahnya berpuasa?Neknda dulu masa mengandungkan mama berpuasa penuh.Inang (makcik)pun kata anak ke duanya berpuasa penuh dan itulah pula yang senang nak beranak.Lagi satu dalam adik beradik,mama lah yang paling bijak hehe walaupun mama lahir tak cukup bulan.Orang kata budak lahir tak cukup bulan ni memang bijak..haaa jadi mama pun nak mikhael bijak macam mama,walaupun bunyinya macam masuk bakul angkat sendiri,tapi mama yakin mama nak mikhael jadi lelaki jiwa besar,bijak,soleh dan sentiasa disenangi masyarakat,boleh ke depan menjadi contoh teladan...Jadi mama memang tekad nak berpuasa penuh juga.

Walaupun ada terbaca di FB posting ibu mengandung yang berpuasa,ada cerita yang menyedihkan hingga kehilangan anaknya dalam kandungan kerana kekurangan zat.Baca pula fb wardina safiyyah,yang tidak berpuasa ketika mengandung kerana dia suka makan.Lagipun agama tidak melarang orang mengandung untuk tidak berpuasa.Ikut kemampuan dan boleh diganti kemudian hari.Hati mama jadi berbelah bahagi.

Tetapi tiba-tiba semangat datang dan  dalam fikiran mama"Anak ini ALLAH yang bagi,dan sesungguhnya aku berpuasa untuk mengharapkan kebaikan dan hikmah berpuasa ini untuk anak ku,jadikan anak ku sebaik-baik khalifah di muka bumi ini dengan pahala ku berpuasa ini.Tidaklah aku khuatirkan apa jua yang berlaku kerana ku yakin anak ini dalam lindunganMU.Allah yang bagi dan ALLAH jugalah yang akan jaga di dalam perutku."

Alhamdulilah,kerana berkat keyakinan itu,mama berjaya puasa penuh 30 hari yang mana tidak pernah mama dapat sebelum ini sejak mama baligh.Sempat juga ke surau untuk tarawih walaupun hanya 8 rakaat.Walaupun tidaklah setiap hari.Syukur sangat..kamu cukup baik dalam perut mama.

Jika sebelum ini,pagi-pagi mama dah lapar,berkat tanpa mengabaikan sahur,mama tidak pernah merasa lapar atau dahaga sepanjang berpuasa ketika mengandung.Jika sebelum ini,walaupun pagi-pagi dah makan roti canai 2 keping,nasi lemak berlaukkan sotong tetap pukul 11-12 akan lapar  lagi.Ajaibnya berpuasa mama langsung tidak begitu.Masih juga aktif kesana kesini bawa perut jumpa client.

Benar,ukuran keajaiban niat berpuasa dan bersahur itu ALLAH yang maha mengetahuinya.

Jadi bagi mama,mengandung jika terasa tiada apa-apa atau sihat dan kuat,insyaALLAH mama rasa berpuasa bukanlah sesuatu yang sukar ketika mengandung. Bergantung kepada individu itu sendiri.

 Beberapa tips berpuasa penuh ketika mengandung.

1.Sahur jangan tinggal.Makan nasi ketika sahur.Mama memang tak skip makan nasi.

2.Lambatkan waktu bersahur.Sahur dalam pukul 5am macam tu,selalunya neknda dah siapkan semuanya.Mama tinggal hidang sahaja.Memang dah lama mama tak masak sebab neknda bersama mama sentiasa.

3.Waktu berbuka makan sahaja apa kita nak.Neknda larang mama minum ais.Mama minum semahunya sahaja,paling best selalunya minum jus tembikai.Rupanya jus tembikai ni boleh bagi bacaan hb cantik tau.

4.Jika letih ke apa,doa je dalam hati"moga Allah beri pahala ini buat anak ku dan mudahkan ku bersalin.

5.Jangan negatif,jangan baca posting-posting yang menakutkan tentang ibu mengandung berpuasa.Nasib kita tak sama,serahkan semuanya pada ALLAH.Allah yang bagi,minta ALLAH yang jaga.Anak adalah pemberiannya.Niatlah berpuasa kerana mensyukuri pemberiannya.walaupun kita tak wajib berpuasa,

Mengandung kan mikhael mama sempat menikmati makanan enak di hari raya aidilfitri dan juga raya aidiladha,timing deliver tu ALLAH dah atur selepas dua perayaan besar ni dulu dan alhamdulilah berpuasa penuh ketika mengandungkan mikhael tiada sebarang kesukaran buat mama.Pengalaman indah untuk diabadikan..lepas ni tak tahu bila boleh puasa penuh lagi.

Saat ini mama terfikir,mungkin untuk puasa isnin khamis mama akan buat lepas fully breastfeed dua tahun nanti.


Appreciate your time reading this entry.

4 Comments

Thank you,come again :)

  1. Alhamdulillah..sabar 10 tahun..Allah hadiahkan pelbagai nikmat.Benarlah sabar itu pahit tapi sebenarnya manis setelah kita terima hikmahnya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Salah satu yang best masa mengandung - boleh puasa penuh sebab takde darah haid kan? Good job Irda. Bukan semua ibu mengandung boleh berjaya puasa penuh sebulan.

    ReplyDelete
  3. Mrs. A pun time mengandungkan anak kedua Aryssa dulu puasa penuh genap 29 hari mungkin sebab tu jugak kot Aryssa sejenis yang rajin puasa sejak dari tadika.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. pengalaman yang indah irda. tqq for the tips. hope dpt buat yg sama juga nanti. amin

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post