c
break the egg" inception alkaline water" 

salam u all...ya ALLAH penat nya badan ni,my super weekend im working 10am till 10pm saturday n sunday non stop!.Ni baru sampai rumah,lepas mandi,dan menemankan alya yang nak tengok tv sekejap dan dia tengah makan coklat yang seplastik banyaknya..terima kasih ..pada sahabat yang datang hantar coklat tadi..terharu pulak rasanya..sanggup datang cari tempat booth just nak hantar ole-ole dari langkawi,murahkanlah rezeki sahabat saya ya ALLAH.nikmat betul alya mkn coklat...seperti janji pada diri at least satu entry di hujung minggu,saya terus on laptop dan buka irda garmin.Malam ni XNAK TULIS panjang2,,sebab kepala agak berat.Dua hari saya berkampung di perkarangan masjid puncak alam!berpanas..ya ALLAH panasnya matahari di puncak alam.Bila berpanas dan saya tidak pakai sunblock..kerisauan saya adalah pada kulit wajah saya yang sensitif,tapi lama2 jadi biasa dan tak peduli dah..hati saya begitu kuat untuk tidak mempedulikan panas atau berhujan.Panas di perkarangan masjid buat kepala saya berdenyut,dan petang hari pula hujan selebat2nya sedikitpun tidak melunturkan semangat saya.Disaat bahang mentari menggigit kulit saya seakan ingin mendepangnya,disaat ia singgah menyinar,saya seperti ingin menentangnya..disaat ia tegak diaras kepala,saya bagaikan membiarkan saja agar titisan peluh mampu memberikan sedikit rembesan pada hati yang membahang ..dan disaat hujan lebat pula ia bagaikan deruan yang berombak melingkar dan setiap titisan hujan,saya hanya memandang dari sebalik cermin kereta sahabat saya,  melihat setiap titisan membasahi bumi.Ingin rasanya saya berada ditengah2 hujan lebat,biar basah seluruh tubuh,kalau ia mampu menyejukkan seluruh sendi2 saya,,saya hanya membiarkan..tapi apakandaya saya bukan anak kecil yang boleh bermain hujan...dan saya lemparkan jauh sejauh2nya pandangan kerana titisan hujan walaupun ingin saya pegang,tapi tidak terpegang,kerana daya graviti tetap membawa air itu jatuh ke bumi...itu hanya perumpamaan yang saya sendiri tahu apakah ertinya,,ibarat ingin memegang air hujan yang akhirnya tercurah ke bumi jua!  ,entahlah ada sesuatu yang membuat saya begitu....risau wajah yang berbelang..hehe ..edit je mcm pic kat bawah ni..  .xnampaklah muka yang berbahang di bawah terik mentari kan!....Ni esok kalau masuk office awat muka berbelang,cakap je lah gi laut kan..lautlah sangat..kelaut adalah...aduii...
aku hanya ingin wajah yang tenang ya ALLAH..
MASJID puncak alam


Masjid ni beberapa tahun lepas saya datang masih dalam pembangunan.hari ini sudah siap sepenuhnya.cantik dan tersergam indah...tapi saya teringat satu buku pernah terbaca,tanda akhir zaman adalah masjid akan semakin indah,besar dan cantik bangunanya tapi orang yang ke masjid akan makin berkurangan.ermmm...entahlah..saya cuma teringat satu kata2 tu je..........ternyata dua hari berkampung bersama seorang rakan seperjuangan bukanlah sesuatu yang tidak mendatangkan hasil..saya positif..hati saya tekad at least satu hari satu sales..walaupun booth kami di bahagian hujung,orang hanya ramai di bahagian jualan buku,dan malam sabtu ada adam corie,inteam yang datang di malam cinta rasul..booth saya yang ke dalam tiada pengunjung..tapi betul kata dr azizan,yang diulang2...apa yang kamu fikir itu adalah doa,the power of doa,hari pertama saya dapat satu sales,terus kredit ke akaun saya untuk registration,dan hari kedua iaitu hari ini saya dapat dua sales..,pagi2 lagi saya harap at least saya nak pecahkan rekod inception alkaline water.sejak dua bulan ia keluar di pasaran,masih belum ramai dalam team saya yang close inception alkaline coway..jadi saya tekad hari ni saya nak close inception...kawan saya cakap..mustahil..agak mahal.susah nak close deal..entah mengapa saya tetap positif.kuasa hati dan minda itu ibarat doa.saya tetap positif  dan optimis mesti close inception alkaline! ..Bila saya sendirian di booth sebab kawan saya ntah pergi mana dating agakya..hehe hari mulai hujan..masa tue saya dah capai kertas untuk berkarya..ya saya kalau tiada sesiapa disebelah untuk diajak bersembang,saya suka menulis...tetiba one family datang berteduh dari hujan.lebat...saya orang singgah apalagi kan..masa nilah cuba close sales...mula2 kak dan abang ni mcm xberminat,bila saya cuba gunakan sepenuh skill anugerah tuhan,keluarkan segala fakta dan info yang di ajar masa training tempoh hari,inception alkaline water saya perkenalkan...dan alhamdulilah..Allah yang hantar keluarga ini,dan terus jemput daya datang ke rumahnya untuk penerangan lebih lanjut.saya yang tidak mensia2kan peluang..terus call kawan saya tolong drivekan ke sana..dan finally terubat kerja keras saya seminggu ni,saya break the egg for inception alkaline water...!.alhamdulilah..doa saya pagi tadi dan optimisnya saya pada rezeki sales adalah percaturan oleh Dia yang maha Pemberi rezeki..dan baru hari jumaat tu saya tukarkan duit gaji saya yang sama nilainya dengan comm inception ni di money changer utk mak yang akan holiday isnin ni..dan hari ini ALLAH telah gantinya cash advance!dengan menghantar family ini untuk register coway alkaline inception dan equal dengan duit yang saya keluarkan jumaat lepas..masa saya di money changer jumaat lepas saya masih berkira2 untuk beri pada mak untuk belanja holiday berapa dan untuk diinfakkan di rumah anak yatim berapa..agak berat ketika itu untuk saya keluarkan dari machine atm..sebab komitment saya bulan ini agak tinggi..tapi kerana terfikir apa yang saya baca di buku "mudahnya menjemput rezeki"saya ikhlaskan saja..ALLAH...the power of doa ..!Allah balasnya cash!saya close deal hari ni bukan kerana skill sahaja,bukan kerana fikir positif saja..kalau tidak kerana gerakkan hati oleh Dia pada keluarga ini,saya tidak mampu close apa2..dan esok saya kan submit sales untuk dua hari ini..dan esok saya terpaksa berkejaran di office untuk submit sales dan esok saya juga ada meeting di HQ..ADA DUA meeting esok.bank&coway..dan saya serahkan aturan jalan hidup saya esok hari pada DIA...ok  all..banyak lagi nak cerita pada anda..tapi kepala saya sudah cukup berat...nak tido dulu...gud night...dan saya tido dengan senyuman...Alhamdulilah atas rezeki ALLAH...dan sesuatu untuk dipelajari hari ini..bersangka baiklah pada percaturan ALLAH,kerana dia maha mengetahui dan fikirlah yang baik2 kerana apa yang anda fikir,apa yang ada cakap itu adalah doa!
 
..  





  

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post