Tips Pidato(beza debat dan pidato) dan pengalaman irda jadi Johan

18:58:00

As salam & Salam sejahtera..

Walaupun dah dua tahun berlalu,sweet memori bila menjuarai pertandingan di peringkat gabenor bank negara masih  ada,masih menjadi sebutan management,alhamdulilah mereka masih mencari irda untuk apa-apa.


with operation bos,luv u kak! Innocent je aku pakai baju kurung ni.Ni baju in law yang bagi.bunga-bunga gitu,jarang i pergi office berbunga-bunga macam ni.Tudung pun ala-ala budak sekolah je..hehe..


with winner 2014.Sebelah kiri Irda tu naib Johan,dari MAA takaful  kalau tak salah,yang sebelah kanan tempat ke-3 dari BSN takaful.Dua-dua ni hebat dan penuh dengan idea yang bagus,tapi rezeki berpihak pada irda masa tu.Syukur Alhamdulilah.

public speaking/pengucapan awam atau pun pidato adalah berbentuk pengucapan berseorangan di depan orang ramai.

Readers tahu tak apa beza pidato dengan debat?Walaupun Irda dari dulu memang active dalam dua bende ni,tak sangka bila masuk bidang pekerjaan terpilih sekali lagi dan selepas 3 tahun masuk ke final pidato piala gabenor bank negara ,tahun 2014 baru irda jadi johan.

Debat adalah satu pengucapan berkumpulan,ada pihak pencadang dan juga pembangkang,ada speaker dewan,ada isi,ada pembidasan dan ada penggulungan.Yang bestnya debat kita taklah neves sangat,sebab ada rakan sepasukan dalam pertandingan.Dan syok dalam debat tengah pihak lawan berucap kita boleh bangun sebagai pembankang atau pencadang untuk membantah usul pihak lawan.

(dulu suka sikit-sikit bangun cakap,izin laluan yang berhormat,izin laluan,sebenarnya takde nak tanya apa sangat soalan,saja kacau konsentrasi pihak lawan..hehehe,nakal gak aku ni)

Dalam debat kepakaran dan kepantasan orang yang berucap untuk menjawab soalan secara spontan diuji.Disitu juga kredibiliti dan kematangan orang yang tengah berucap dilihat  dalam  menjawab atau menekan isi nya walaupun ada gangguan dari pihak lawan.Dalam debat,jika ada soalan  ,ATAU ingin membidas pihak lawan,hendaklah bertanya dengan polite dan terpulang pada  yang berucap untuk membenarkan soalan dikemukan atau hanya menyuruh sang ingin bertanya duduk sahaja.

Bahasa kesat atau pertikaman lidah dilarang sama sekali.Hanya membidas penuh ilmiah,lengkapkan dengan fakta dan bukti yang kukuh jika ada sesuatu isu yang tidak berpuas hati atau tidak bersetuju.

Disitu kemahiran kita sebagai orang yang menyampaikan ilmu dan wajib berpengetahuan luas supaya jika ada isu-isu yang dibangkitkan,kita pula sudah ada isi yang mampan untuk membidas dengan secara terpelajar.Kerana kita tidak boleh berfikir lama untuk menjawab,sebaliknya idea harus lebih padat dan ringkas dan juga pantas.



Sweet memory bila menang all bosses sayang!ceh ... HR pun announced to all nationwide email users in banking,penuh dengan congratulation wish.Kembang jugaklah kejap...biasalah kan manusia,mana tak kembang kalau orang puji.Lagipun banyak email masuk ada dari mana-mana department i pun tak tahu.Dari investment,CSD,HQ,GIOD dll..most ucapan mereka" ,Congrat proud of u!"Dan of course BM branch I LERrrr paling suka bila branch pun kena tempiasnya.Alhamdulilah tu je i boleh ucap,syukur pada ALLAH



Untuk pidato 

Isi sudah dihafal siap-siap,tiada sebarang kejutan semasa kita berucap,kita hanya menyampaikan apa yang sudah kita prepared dan hafal.Text kita juga tidak akan ada yang tidak setuju atau membangkang.

Kadang-kadang berpidato macam kita syok sendiri bercakap depan orang.Samaada orang faham dan terpesona dengan apa ucapan kita bergantung pada kita yang menyampaikannya.GAYA,BAHASA,NADA SUARA juga memainkan peranan.

Hari ini Irda nak share pengalaman supaya kalau ada yang ingin bertanding nanti bolehlah juga dijadikan tips,tak semestinya betul,dan tidak jugak salahkan.Irda just berkongsi...

DARI SEGI ISI

Pecahkan isi Pidato kepada 5

1)Pembukaan atau kata-kata aluan-Jadikan pembukaan kita lebih simple,jangan terlalu meleret-leret sebab kita ambik masa seminit untuk kata-kata aluan.



Boleh mulakan dengan memberi salam ,pantun atau kata-kata tokoh yang kita cedok.Selalunya irda punya kata-kata aluan

"Terima kasih tuan pengerusi majlis,yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksan,dif-dif kehormat yang disanjungi,seterusnya sidang hadirin dan hadirat yang dekat dihati.Assalammualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulilah bersyukur kita kehadrat ilahi kerana limpah dan kurnianya dapat kita berkumpul pada hari ini dan untuk saya menyampaikan sebuah tajuk pidato yang berbunyi........"

CUKUP macam tu,irda jarang sebut penjaga masa yang setia pada randiknya..dan blabla..sebab nak jimat masa kan..tapi terpulang lah pada keselesaan anda.

2)Then terus masuk definisi tajuk.Definisi yang menarik,disertakan kajian atau laporan lebih membuat orang akan focus pada kita.Permulaan yang baik untuk mengajak orang mendengar ucapan kita seterusnya adalah cara kita menyampaiakn definisi,Walaupun kadang-kadang kita main bantai je definisi,tapi itu lah permulaan untuk orang lain tertunggu-tunggu isi kita selanjutnya.Tarik penonton dari awal lagi..dengan gaya penyampaian dari awal yang menarik.

3)Pembahagian isi

Pecahkan isi kepada 3

isi pertama-Lebih detail,contohnya kenapa ia terjadi,berikan fakta dan juga statistik.

isi kedua-lebih mendatar sebab orang yang mendengar masih teringat akan isi yang pertama

isi ke 3-lebih serius,ajak penonton berfikir,beli hati dan jiwa penonton dengan ayat yang lebih menyentuh hati.Kalau boleh ada nada sedih pun tak apa,bergantung pada kesesuaian tajuk

4)Kesimpulan

Selepas menyampaikan 3 isi,sampailah untuk kita membuat kesimpulan.Kalau boleh sebut dengan jelas sekali lagi apa 3 isi kita itu dan simpulkan/Contohnya

"Jelas lah disini..simpanan hari tua tidak akan mencukupi jika kita .pertama...,kedua..,ketiga.....".sebut isi tadi satu-satu,dan cuba simpulkan apa yang patut kita buat untuk mengelakkan ia terjadi

Penutup

Untuk penutup boleh mohon maaf secara berseloroh atau pantun jika ada salah silap kita dalam menyampai kan isi.

CONTOH penutup irda dalam pertandingan hari tu

sebenarnya ni idea spontan masa nak tutup.Takde lah irda cakap irda hebat,tapi ALLAH yang bagi idea time tu

"Sebelum saya mengakhiri pidato saya pada hari ini,terimalah serangkap pantun yang baru saya cipta"

Masa ni irda tak terfikir pun nak  buat lawak,tak sangka ayat akhir tu buat satu dewan gelak.Memang pantun datang tetiba sebab tengok peserta bank lain hebat betul berpantun-pantun,nak jugak pantun kan..boleh pulak tercakap macam tu..tapi ia menjadi bahan seloroh untuk dewan.Oklah kan.ALHAMDULILAH.Nampak persembahan irda menarik sikit

Pantun penutup irda"Harum bau nya si bunga melati,hidup subur di lamanan orang,sri kandi___(nama bank) :) mengundur diri,salah dan silap tolong maafkan"..terus irda bagi salam dan tutup pidato.

Itu tips penting dalam pembahagian isi,sekarang irda nak kongsi cerita tentang sehari sebelum pertandingan dan semasa pertandingan berlangsung pula.

Apapun pertandingan macam mana well prepared pun kita,percayalah hanya ALLAH yang menentukan kita menang atau pun tidak.

Malam sebelum pertandingan cuba lakukan solat sunat hajat,minta apa yang kita nak masa bertanding.Jangan kita nak menang sebab ganjaran je,tipulah kalau irda cakap irda tak nak duit tu tapi niat dalam hati untuk lakukan yang terbaik.

Dulu masa hanya layak ke final,irda tak menang sebab irda hanya fikir nak hadiah je.Lepas tu rasa macam irda lah paling bagus dalam ramai-ramai tu,rasa macam persembahan irda yang terbaik.over confident,ALLAH tak suka kita sombong,sebab tu bila rasa lagi bagus sebab tu tak menang.

Masa tu irda bukan main lagi guna bahasa bombastik,statistik nombor yang berjela-jela,konon bujet irda sudah hadamlah tajuk tu,tapi sebenarnya apabila kita berucap depan orang,biar orang tu rasa dalam hati.

Bila kita sekedar berucap dan menghafal fakta tapi kita sendiri berucap  tanpa kita dalami dan hayati dalam hati isinya,sudahnya persembahan kita hambar dan tawar. Kita hanya bagaikan menyampaikan berita tapi tidak menghibur penonton.Ingat dalam pidato perlu ada sedikit penegasan,sedikit humor dan juga membawa orang ramai berfikir jauh dengan kata-kata kita.

Ingat kita menyampaikan ilmu pada orang,untuk buat orang dengar  dan rasa feel apa yang kita sampaikan,kita sendiri dulu harus menjiwai isi itu.bukan setakat cedok isi di google atau refence,tempek dalam isi kita tanpa kita sendiri feel isi tu.

 Selain solat hajat mohon Allah permudahkan kita diatas pentas,kalau boleh subuh tu cuba baca yasin.Sebelum pergi bertanding pagi tu irda baca yasin dan stanby sebotol air zam zam dalam botol.Gunanya air tu masa menunggu giliran untuk naik ke pentas,irda akan minum untuk hilangkan neves (walaupun irda selalu berucap,tapi neves mesti ada)  dan minta ALLAH jaga lidah jangan tergagap.Actually sebelum ni tak pernah buat macam tu pun,tapi masa final hari tu je tergerak hati nak buat,sebab pernah terbaca khasiat air yang dibacakan surah-surah al Quran padanya dalam memberi aura pada kita.

Sebelum pergi ke dewan bertanding,irda jumpa mak dulu,cium mak minta doa mak.Lepas tu masa tu hubby follow irda,sebab sebelum masuk final,masa saringan irda hampir collapsed.Masa tu ingat tak pergi final dah..kenapa collapsed eh?entah!neves sangat kot...malu je

Sebenarnya bila orang-orang yang dekat dengan kita bagi doa,kita pun mohon restu mereka,masa bertanding tu smooth je persembahan I.

Tips semasa bertanding semasa menunggu giliran

1.Bila kita telah mohon dalam solat,minta doa pada orang-orang yang terdekat kita redha lah lepas tu apajua yang terjadi masa pertandingan.

2.Elakkan berbual kosong dengan sesiapun semasa menunggu giliran.Elakkan berbual di wassap atau membaca newsfeed FB.Sebab bagi irda semua ini akan mengganggu tumpuan.Sebab dalam group wassap kadang-kadang kita ada yang gila-gila,dalam fb kadang-kadang kita tertengok bende tak patut tengok,terbaca isu tak perlu kita baca,jadi elakkan agar minda kita ni lapang dan focus topik bicara kita sahaja.

3.Make sure sebelum bertanding isi perut sedikit.

4.Berzikir dan selawat di tempat duduk kita,jangan pandang sangat orang lain .Duduk diam-diam dan kalau boleh selawat dan minum air yasin yang kita bawak tadi sampai habis(Tapi jangan sampai nak terkucil pulak)

5.Bila turn orang lain dah siap,kita tepuk tangan dan rasakan mereka semua buat yang terbaik jadi kita pun kena buat terbaik.JANGAN SESEKALI dalam hati berkata"ARHH..takdelah best mana pun dia tu"Sebab tu mengkeruhkan hati tu.




suasana masa irda bertanding,cuba cari mana hubby irda..hehe soryyy hubby irda ni anti media sosial,pantang tul kalau pic dia masuk fb ke,IG KE atau blog..tak suka tak suka katanya...tak nak perasan glamer macam I..irda kan pantang nampak camera suka je selfie

Masa bertanding atas pentas kalau boleh sesekali bila bercakap,lirik mata pada hakim jika ada penekanan satu-satu isu,kemudian pandang orang dalam dewan.Jangan pandang pada satu arah je.

Masa bertanding hari tu irda perasan hubby dari jauh buat-buat muka duck face saja melawak pastu siap bagi flying kiss...amboiii...pastu bila irda dah makin serius dalam menyampaikan isi baru dia nak focus dan dengar irda berpidato dengan khusyuk..haaa baru tahu wife dia ni terror..kuikui..takdelah sebenarnya first time hubby dengar irda berpidato secara live!first time....ternganga dia...

Ingat lagi statement hubby masa habis pidato"Tak sangka mama ada suara yang sedap berpidato,dalam ramai-ramai papa rasa mama yang terbaik.Im proud of u"

kembangggg jugak bila hubby puji.Sebab hubby i kalau puji bende-bende yang betul je..
  Ye lah mula-mula tu dia senyum-senyum dan siap main main bagi flying kiss dari jauh,pastuuu haaa baru diam...katanya first time dengar orang berpidato dengan baik pastu wife sendiri pulak tu,tu terdiam....Ok LUPAKAN story laki bini ni..hehe..

Oklah tu je sedikit tips dari Irda,lepas ni Irda tak nak dah masuk pertandingan ni,biar Alya pula yang mewarisinya.Alhamdulilah syukur finally Irda juara ...

Dan satu lagi rahsia buat irda menang,mungkin sebab ada niat untuk infakkan sedikit dari wang kemenangan tu.

So anda yang ingin menang dalam apa jua pertandingan,sila jangan ambil semua wang kemenangan ok...:) 


with committee.

You Might Also Like

1 comments

  1. hebatnya u . I ni buat presentation pun menggigil dah -__- nervous lah tengok orang ramai ramai. kalau one to one boleh la or dalam small grp. tapi kalau depan orang ramai ramai tu memang kelaut dah

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+