Terima kasih di ucapkan kepada tuan pengerusi majlis..yang di hormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,dif dif kehormat yg disegani seterusnya sidang hadirin dan hadirat yang dekat di hati.Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Alhamdulilalh bersyukur sy kehadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya dapat saya berdiri di hadapan anda pada hari ini untuk menyampaikan sebuah mauduk bicara yang berbunyi iaitu'Simpanan Hari Tua habis sekelip mata,mengapa?'

Sidang hadirin dan hadirat,
Sebelum saya meneruskan 3 intipati utama eloklah kiranya saya mendefinisikan bahawa simpanan hari tua bermaksud menyimpan sedikit atau sebahagian pendapatan bulanan kita untuk digunakan di masa akan datang.Di Malaysia sejak tahun1965 telah wujudnya akaun simpanan untuk para pekerja swasta iaitu KWSP selain skim JPA.Namun malangnya laporan akhbar tanggal 21 may 2014 menyatakan bahawa simpanan kwsp hanya mampu bertahan 3- 5 tahun selepas ia dikeluarkan sedangkan jangka hayat kehidupan seorang lelaki Malaysia adalah hingga 70thaun manakala wanitanya pula 75 tahun.perlukah golongan ini kembali kepada ke bidang pekerjaan sedangkan kudrat tidak lagi mampu bertahan?



faktor utama
kerana kurangnya perancangan kewangan
Bank negara Malaysia yang bijaksana telah mewujudkan agensi kaunseling dan pengurusan kredit(AKPK)untuk membantu org ramai menguruskan hutang,memberikan khidmat nasihat dan juga membantu org ramai bagi menguruskan hutang dan perbelanjaan seisi rumah.Ini membuktikan betapa masyarakat kita hari ini masih cetek ilmu pengetahuan kewangan dan masih memerlukan dukungan dan sokongan dlm menguruskan kewangan mereka.Namun malangnya org kita ini jua bersifat alpa dan leka,apabila mengeluarkan wang kwsp mulah merasa 'kaya'dengan segera gaya hidup mula berubah.jika zaman berjimat cermat minum kopi hanya di kedai pak ali,apabila wang kwsp banyak pilihan hanya di sturback klcc mahupun pv,jika berjimat cermat bercuti pun hanyalah di dalam negeri dan hanya setahun sekali,apabila wang kwsp banyak pilihan di negara2 bersalji kononnya itulah lambang kemegahan dan yang paling dahsyat Tuan2 dan puan2 ada yang ada hati nak tambah isteri:).Benar kata sang pujangga,yang tua itu hanya usia MANUSIA namun nafsu manusia tak pernah tua.

faktor kedua
tidak mempelbagaikan aset simpanan 
Saya ingin membawa anda merenung sejenak,jika zaman dahulu RM1 kita mampu menikmati sekeping roti canai yang enak bersama secawan teh,namun tidak hari ini.Hari ini nilai wang kita sentiasa mengalami nilai susutnya.Ada diantara kita melakukan pelbagai bidang kerja hanya untuk menampung kos sara hidup yg semakin meningkat.Ada diantara kita yg berkerja lebih masa,berniaga dalam talian atau pasar lewat malam hanya untuk menuntut kemahuan untuk mencari duit tambahan..tapi percayalah semuanya hanya sia2 jika dptnya secupak belanjanya segantang,dan jika ada jualan murah kita pula org pertama di barisan  hadapan,buktinya lihat sahaja kalau ada promosi jualan dimana2 shopping kompleks,siapakah yang rajin untuk beratur disana kalau bukan kita yg berpendapaatn pertengahan...dan percayalah semuanya kita TIDAK boleh hanya bergantung pd simpanan kwsp sahaja yang mana pendapatan asasnya hanya lah 2.5% UNTUK kehidupan di usia tua kelak. tp anda harus bijaksana untuk mempelbagaikan aset simpanan seperti tabung haji,unit amanah,asb,hartanah dan yang terbaru private retirement scheme.

faktor ketiga
tidak beringat2 sebelum terkena 
Ramai yang beranggapan apabila bersara atau mengjangkau usia tua kita tidak perlu lagi sebarang simapanan.Beranggapan apabila bersara kita hanya mahu meluangkan masa bersama keluarga atau beribadah dengan sempurna.Natijahnya kesemua sumber simpanan kita digunakan untuk keperluan anak2 atau membantu saudara mara,namun kadang2 kita lupa,langit tidak selalunya cerah,hidup tidak selalunya indah.percaturan hidup kadang2 tidak selalunya berpihak kepada kita,kalau dpt anak yang membalas jasa alhamdulilah,namun jika dapat anak derhaka kita menyesal xsudah.kdg2 kasihnya saudara hanya ketika kita berada,kasihnya anak tidak sepanjang usia,apabila tenaga kita sudah tiada,wang simpanan sudah tiada kita dibuang begitu sahaja,Buktinya,Laporan jabatan kebajikan masyarakat menyatakan saban hari saban tahun saban saat ada sahaja org tua yg ditinggalkan di rumah org tua2,kemana hilangnya kasih syg?kdg2 kasihnya org tua hingga ke syurga,kadang2 kasih nya anak sejengkal cuma,apabila tenaga sudah tiada mata rabun suara terketar2 kita hanya mampu memandang ke luar jendela tanpa ada yang mahu menemani kita berbual bicara..itulah kita tidak beringat2 sebelum terkena..

 Konklusinya,saya ingin mengingatkan diri sendiri dan anda semua,kadang2 kita ini bersaudara tp dlm hidup ini duit tak pernah bersaudara dengan kita,dengan duit kita mampu menambah lebih ramai saudara dan kerana duit juga kita akan dibuang saudara,jadi bijak2lah mengaturnya dan laksanakanlah tiga konsep diatas.

akhir bicara

harum baunya si bunga matahari
malangnya subur di lamanan org
sri kandi cimb mengundur diri
salah dan silap harap di maafkan

sekian,terima kasih.wassalammualaikum..

03.08.2015
21:31pm 

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post