owh wanita episod 2...

21:57:00

Enry ini saya sambung selepas terjaga dari tido.jam baru menunjukkan 6.30 am dan di luar masih gelap.ada embun hujan semalam masih turun,nak sidai kain pun nantilah tunggu cerah sikit,sejuk benar di luar apalagi rumah saya ini masih banyak daun-daun menghijau di sekeliling bangunan rumah 17 tingkat ini.:)nyaman,sunyi dan mendamaikan.tak perlu saya bercuti ke cameron highland lagi,di rumah sudah cukup dingin di waktu pagi.

Semalam saya menulis tentang topik wanita,mungkin kerana saya baru menghabiskan bacaan buku dr tuah yang bertajuk"membina rasa cinta".Dr Tuah adalah kolumnis di MW,penulis,motivator dan juruam yang amat saya minati.buku2nya banyak berisi motivasi berunsur pengajaran yang diadaptasi dari forum dan kisah2 benar wanita yang selalu mencarinya.saya teringin nak berjumpa dr tuah.walaupun saya tidak tahu bila.semua buku-buku dr Tuah apabila saya baca sudah cukup meransang segala bendalir badan saya lebih positif.banyak pahala sebenarnya seorang penulis ini,jika ia menulis mampu mengubah sang pembaca kepada kebaikan,maka tulisan itu adalah dakwah!

Sebenarnya saya ingin menjadi seorang penulis dan saya juga ingin jadi motivator ataupun kaunselor,cuma rezeki saya masih belum disitu.walaupun saya belum sampai ke tahap itu,cita2 itu tidak pernah padam dalam jiwa saya,saya masih menyimpan keinginan untuk mencari ilmu sampai ke pringkat yang tertinggi kerana untuk menyampaikan ilmu pada orang lain,ia bukanlah menulis ikut perasaan tapi lebih kepada pengalaman dan ada nilai-nilai ilmu untuk diterjemahkan.maka untuk menjadi penulis yang berisi dan berivisi,saya harus melengkapkan diri dengan ilmu ukhrawi dan duniawi.Doakan lah ya..supaya suatu hari tercapai hendaknya.amin

saya ingin menyambung topik wanita.oleh kerana saya wanita,wanita yang akan meningkat umurnya pada bulan november ini,hati saya tergerak untuk menulis tentang diri wanita,mungkin ia berkisar tentang diri sendiri,kawan-kawan,pembacaan mahupun pemerhatian saya setiap hari.sesungguhnya dari semua itulah saya mampu merungkai seribu ayat untuk dijadikan topik bicara.

wanita,lembutnya kerana kata-kata dan kasarnya juga kerana kata-kata.berapa ramai di dunia ini yang lentok dan terpesona dengan lembutnya seorang wanita,buktinya pemimpin dunia  america pun pernah terjatuh dan terduduk kerana seorang wanita!dan berapa ramai di dunia ini yang sakit hati dan berdarah hati dengan kasarnya seorang wanita.kita ini diciptakan tuhan dengan penuh kelembutan,suara yang lebih mendayu,namun kadang-kadang kita juga terlupa ada kata-kata kasar yang tanpa kita sedari keluar dari mulut kita yang menyakitkan hati orang lain.sebab itu paling ramai penghuni neraka kerana jahatnya mulut seorang wanita.bagaimana untuk kita sentiasa beramah tamah dan berlembut dalam berbicara,bak kata orang walaupun hati harimau di dalam,di luar biarlah senyum juga,biar lembut bibir dan manis bicara kerana kita wanita.

Untuk menjadikan kita ini sentiasa berlemah lembut ia perlukan hati yang bersih,apaguna wajah cantik,bernampilan menarik tapi kita gagal mempesona dalam bicara,dan pesona bicara itu bukan boleh dibuat2,seminit kita berubah dan seminit lagi berubah yang lain,tidak!.ia perlu latihan yang konsisten,dan berterusan,jangan hipokrit,jangan cuba jadi orang lain bersesuaian dengan siapa kita berbicara.tapi jadikan ia satu rutin dan tabiat,kerana dalam hidup ini rupa paras saja tidak boleh diubah2,tapi  sifat dan perangai kita boleh berubah2,demi kebaikan sentiasalah memperbaiki diri kita agar mudah disenangi orang lain.

Berbalik pada sambungan tajuk diatas,saya terpanggil untuk mengolah topik ini kerana banyak sekali yang saya jumpa dalam aktiviti harian wanita2 yang mengadu pada saya.saya tidak faham,kebanyakan wanita yang bertemu dan menjadi kawan,akhirnya menjadikan saya tempat mencurahkan perasaan,saya bukanlah kaunselor,tapi sedikit sebanyak saya akhirnya menjadi pendengar setia.

wanita itu benar kata orang sifatnya lemah,kadang-kadang ia kelihatan kuat namun sesetengah hal  kalah pada percaturan perasaan,jika kurang pengalaman dan cetek ilmu kehidupan ramai wanita yang gagal mengawal perasaan,maka lahirlah rasa kemurungan yang berpanjangan,dan akhirnya merasakan diri tak berguna.salah satu contohnya lambat jodoh.

Saya mempunyai beberapa orang kawan wanita yang belum sampai jodohnya walaupun ada yang berusia lebih tua dari saya,ada yang mencecah lebih dari 35 tahun,dan ada yang saya panggil kakak.bagi saya soal jodoh dan pertemuan adalah kehendak Tuhan.ya memang benar,tapi xsalah kiranya kalau kita cuba mencari.kebanyakan wanita yang lambat jodoh ini kadang-kadang lebih berkerjaya,ada yang cantik ada juga yang biasa-biasa sahaja.saya pernah terdengar juga rungutan kerana jodoh belum sampai,ada juga kenalan saya seorang peguam yang bercinta lebih 7 tahun akhirnya putus di tengah jalan.sudahnya sampai sekarang belum bertemu jodoh.

Ironinya ini adalah masalah seluruh dunia mungkin,dan stastitik yang menunjukkan bilangan wanita itu lebih ramai dari lelaki menyebabkan ada sahaja persaingan.Dan menyebabkan mereka yang tergolong dalam andartu ini menjadi hilang punca dan ada juga yang hilang selera apabila tidak menemui lelaki yang terbaik untuk mereka.

kadang2 saya mempersoalkan bagaimana kah definisi lelaki yang terbaik bagi mereka?adakah mereka mencari lelaki yang bekerja bagus sahaja untuk jodoh mereka atau yang berwajah tampan ala2 aaron atau artis pujaan?bagi saya pendapat sayalah,seorang wanita itu hanya perlukan seorang lelaki yang memahami,dan wanita yang berdikari takkan pandang semua yang diluaran,apa guna wajah tampan,jika hatinya sentiasa di reservekan untuk orang lain,bukankah kita akan makan hati?apa jua kerjanya asalkan halal apa salahnya,kalau anda berjawatan bagus mungkin yang nak anda itu hanya seorang pekerja pasar raya apa salahnya kan?asalkan dia tahu tanggungjawabnya.. 

bahagia itu bukan pada material semata-mata,cukup makan,cukup pakai itu sudah bahagia.dan bahagia itu adalah dengan kita menghargai apa yang kita ada bukan cuba mengada-adakan sesuatu yang kita tiada.

bayangkan betapa saidina ali sangat susah hidupnya,dan fatimah masih setia dan bahagia bersamanya.bagi saya biarlah lelaki yang mula2 anda kenali itu tiada apa2,apabila dia berjaya ketika sudah bersama anda,maka andalah wanita yang sentiasa jadi tulang belakangnya dan percayalah anda akan dihargainya seumur hidup,berbanding kalau anda menjumpai lelaki yang sudah berjaya,mungkin itu rezeki anda,

Melalui pemerhatian saya,wanita yang lambat jodoh ini kadang2 lebih mudah dan cepat tersentuh perasaanya.tipulah saya kata,kalau tak terdetik di hati mereka untuk mempunyai pasangan,bekeluarga dan mempunyai anak-anak.Jika yang baik agamanya,mungkin merasakan jodoh belum datang dan terus bersabar,mana yang cetek agama dan terlebih sosialnya,beranggapan tak semua perkahwinan itu harus ada dlm kehidupan mereka.mungkin pernah dikecewakan sehingga mereka merasa tiada lagi rasa untuk mencari pasangan hidup.bagi mereka ada kerjaya yang bagus,dan cukup segalanya apalagi.ya terlalu banyak kawan saya yang sudah ada hartanah,sudah memiliki rumah sendiri,tinggal bersendirian di condo mewah,kereta mewah dan kerjaya bagus,sehingga mereka tak terfikir langsung untuk berkahwin.mereka cantik.tapi saya sendiri kadang2 tak tahu di mana silapnya.

Pada pemerhatian saya,wanita yang lambat berkahwin,kadang2 lebih cepat moody,kadang2 ego yang lebih tinggi,dan kadang2 saya juga terasa hati bila ada saja yang dimarah-marahnya,mungkin tidak semua,tapi saya dapat rasakan hormon kurang stabil barang kali menyebabkan kadang-kadang karakter mereka sukar dibaca.tapi walau mcm manapun,saya sayang kawan-kawan saya.cuma saya kadang2 tersenyum sendiri memikirkannya.

Saya pernah menasihati seorang kawan yang pernah mengadu pada saya,dia lebih tua dari saya dan sampai sekarang belum bertemu jodoh.saya katakan solat jangan tinggal.itu saja nasihat simple je pada pendengaran orang.kawan saya ini tinggal bersendirian di sebuah rumah yang ada 3 bilik,rutinnya kerja dan study,usia melebihi 35 tahun.orangnya nampak kecil mungkin sebab itu belum nampak berusia.

Dan sampai sekarang nasihat simple ini masih belum saya nampak dia buat.Saya yang tidak berapa baik ni pun sudah malas untuk menegur,bagi saya untuk mendapatkan jodoh yang baik,bukan tugas kita menentukannya tapi kuasa ALLAH kan.?Kadang-kadang mungkin kita nampak orang yang bersama kita itu cukup baik,dan mungkin kita rasakan dia seorang lelaki yang bertanggungjawab,sudahnya 7 tahun menjalin hubungan akhirnya putus tanpa kesudahan,bagi saya jika benar lelaki itu serius dengan anda,dia akan cepat2 untuk menikahi anda,bukan disorong ketepi ketengah,akhirnya anda dibiarkan begitu sahaja.ingat anda bukan troli di pasar raya!anda wanita yang ada kredibiliti dan sensitiviti...

nasihat saya pada kawan-kawan saya yang belum sampai jodohnya,biar terlambat sedikit dapat jodoh kerana Tuhan janjikan yang terbaik untuk anda.yang terbaik itu hanya untuk yang baik,dan berusahalah untuk menjadikan diri baik.usah berasa terlalu kagum dengan orang yang cepat lakunya,kerana yang cepat lakunya kalau tidak menemukan yang terbaik akan menjadi barang yang pudar dan kusam dengan cepatnya.ada orang yang sebelum kahwin happy dan ceria,bila sudah kahwin kusut dan masai penuh masalah sahaja mukanya,jadi untuk apa berkahwin kalau begitu.

Dalam mendambakan jodoh yang baik dan agar anda dipertemukan dengan orang-orang yang tulus ikhlas, anda semua sudah lengkap,jika anda berkahwin pun,lelaki yang jadi suami anda hanya tinggal cuci kaki sahaja.jadi untuk bertemu dengan orang2 yang ikhlas anda tidak dapat tidak lari dari pergantungan pada Ilahi.kerana hanya Tuhan yang tahu keseluruhan hati manusia.

Ibarat ingin memancing,anda harus tahu apa yang harus ada untuk memancing,mata kailnya,umpannya dan minat untuk memancing,dan ibarat hendak bertani anda harus tahu bajanya,benihnya jenis tanahnya,begitu jua hendak mempunyai pasangan hidup,usah nilai pada rupanya,usah nilai pada hartanya sahaja tapi pastikan antara anda ada jiwa yang sama,cinta dan minat dan adakah dia mampu membimbing anda ke arah yang lebih baik,untuk menghasilkan tanaman yang baik memerlukan baja yang dan benih yang baik dan umpamakan diri anda dan bakal pasangan anda begitu.usah terlalu terdesak untuk memiliki dan dimiliki sampai anda tangkap muat sahaja,tapi buatlah sedikit rujukan dan sebab itu saya acapkali nasihat kawan,solat jangan ditinggalkan,kerana dalam solat sahaja untuk anda meminta jodoh yang sempurna dan memohon petunjuk tentang seseorang,siapa lagi tempat merujuk,kecuali DIA,kerana pandangan manusia kadang2 ada tertipu dengan sandiwara manusia.tak malukah anda meminta dan berdoa pada Allah tapi solat anda entah kemana.
 
wanita juga bukanlah golongan yang bagus menyembunyikan perasaan.kadang2 dia terlalu sensitif dan terlalu prihatin.wanita yang dikatakan mempunyai six sense pun memang benar.itu yang tiada pada lelaki.tapi anda jangan silap,lelaki juga mudah terasa walaupun nampak selamba,namun lelaki lebih bijak mengendalikannya berbanding wanita yang kadang2 mudah menterjemahkannya dalam bentuk air mata.sebab itu bila hati wanita mula menjerit,air mata lah kesudahnnya.

Jadi lebih baik anda menangis sekarang jika jodoh belum datang,daripada anda menangis kelak kerana mempersoalkan kenapa dia dijodohkan dengan anda.

Benar,perkahwinan itu adalah indah dan nikmat bagi mereka -mereka yang mengerti akan tuntutan-tuntutan dalam perkahwinan.Dengan perkahwinan itu adalah ladang pahala penghalang dosa,gelanggang mengukuhkan iman dan penyalur cinta tuhan.Bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya,ia adalah lambang kesempurnaan diantara dua insan yang saling menyempurnakan.berkahwinlah demi TUHAN dan umat nabi,bukan kerana hanya perasaan dan rasa ingin mengikut keterbiasaan orang lain.Jodoh usah dirisaukan,kun fa ya kun akan berlaku asalkan anda pandai mengolah langkah dan membuka jalan,usah sempitkan perasaan jika pernah di kecewakan,kerana anda masih layak menerima cinta dari orang lain.usah berdiri dan terlalu kaku lama pada kenangan lama..orak langkah..

kerana anda adalah wanita yang hebat,dan hanya orang yang hebat mampu memiliki wanita sehebat anda,letakkan harga diri anda setanding dengan posisi anda sekarang.

 
 



You Might Also Like

0 comments

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+