azam 2016....

20:37:00

as salam...

welcome tahun 2016...!!

orang kata..blogger ni selalu perasan n memperasankan diri..hehe..ini blog saya dan ini adalah tulisan dari hati saya..sila jangan baca wishlist saya kalau hanya ingin mencebik...

bila menjadi penulis dalam blog..tidak dapat tidak dia akan berkongsi mungkin pendapat peribadi,cerita sendiri,atau cerita orang lain,ia adalah satu terapi untuk penulis dalam meluahkan setiap apa yang diifikirannya melalui tulisan...sebab itu dia menyimpan dalam blog andai ada yang baik jadikan contoh teladan dan mana yang tidak abaikan...

baiklah saya ingin senaraikan pencapaian 2015 yang bagi saya tidak seberapa dan perlu diperbaiki lagi

YANG DICAPAI
1.Berat saya naik ...dan akhirnya register zumba pada tahun 2015.tapi itu pun on off.Dapat kawan2 baru di zumba.luv them

2.Masih maintain ranking top 1 dalam asb financing dan top Personal consultant 2015 dlm Region with 20 million asb disbursed,less than last year 25 million.

3.Register coway secara fulltime pada bulan october.Dapat kawan2 baru di group one team,training dan belajar banyak perkara baru

4.Sponsor mom pergi holiday.

5.Deposit tanah di Gombak selesai

6.Berkongsi rezeki dengan adik beradik,sepupu sepapat,makcik pakcik,in law family dan anak2 yatim di .Terima kasih ALLAH

Sebenarnya setiap hari adalah hari yang penuh dengan azam untuk saya.Bukan di awal tahun sahaja,tapi bila bangun tidur aje,mata terbukak,saya sudah merangka apakah yang saya perlu lakukan hari itu.Dan bagi saya jika saya melakukan perkara yang sama sahaja dari hari semalam,maknanya saya menanggung kerugian!


2016  adalah tahun yang lebih mencabar untuk saya sebab saya semakin banyak perkara ingin dicapai dan semakin hari saya semakin kesuntukkan masa.

2016
1.urusan tanah di Gombak settle,dan dapat siapkan rumah untuk disewakan sebelum hujung tahun .amin

2.sponsor mom g umrah.kalau tidak kemana mak nak pergi,insyaALLAH im ready

3.success dalam coway dan banking!saya tak tahu adakah ini tahun terakhir saya sebagai consultant!penat lah hai..target saya semakin naik...man jadda wa jadda,man sobaro zafiro!..2016 saya perlu pengurusan masa yang lebih baik sebab saya ingin success dua2.dan oleh kerana target naik,ALLAH permudahkan perjalanan kerja saya setiap hari.amin

4.Lebih sihat dan lebih kuat semangat.Fokus pada perkara utama dan sentiasa beringat akan apa yang perlu dan tahu membezakan mana yang tidak perlu.

5.ingin selalu tersenyum,happy,dalam serius ada gila-gila,dalam fokus ada masa untuk kawan2,keluarga dan orang2 tersayang!saya ingin berbuat baik dengan semua orang.kerana doa2 orang yang anda berbuat baik kadang2 lebih makbul.dan jadikan saya lebih ikhlas dengan semua perkara

6.Murah kan lagi rezeki saya ya ALLAH supaya saya dapat berkongsi dengan lebih ramai orang2 tersayang.AMIN.Dan bukan murah rezeki wang ringgit saja,rezeki anak juga mungkin.heheh..:)aminn


Saya masih teringat kata2 seorang ahli dalam team saya,

"Sis Irda,tahun depan boleh kuar BMW dah"//SAYA tersenyum dan membalas

Saya tahu tahun ni dah dua orang kuar kereta baru dalam team saya,sorang kuar HRV dan ada yang mcm2 lagi kereta yang hebat2..

Saya balas dengan simple..kalau saya ada rezeki banyak seperti anda semua sekarang,saya tidak akan beli kereta,tapi saya hendak banyakkan property untuk saya rentalkan.andai suatu masa saya tidak lagi bertenaga untuk mencari sales,saya ada pasif income,lagipun saya sudah lama tidak pandai drive!cukuplah kereta yang saya ada..

Dan saya berbangga dengan anda semua,..bukan cemburu,rezeki anda berkereta baru.dan saya proud dengan pencapaian itu.Tapi lain orang lain fikirannya,dan saya tidak terfikir untuk kereta buat masa ini walaupun jika  saya cecah 5 figure seperti anda!

Saya masih dalam merangkak untuk menggapai impian!masih mengemudi kapal untuk berlabuh,masih berenang untuk ketepian,masih berusaha untuk mencapai sesuatu...dan benar jalan saya masih berliku,impian itu masih dalam rangka belum jadi nyata.

dan semoga 2016..semuanya terlaksana...

Jika semuanya terlaksana baru saya fikirkan untuk diri sendiri dan saat ini saya ingin berbakti untuk keluarga selagi usia masih berbaki,selagi tenaga masih kuat,ibubapa adalah yang diutamakan..dan sesukar mana pun jalan...andai ada usaha,andai ada doa,saya yakin impian itu terlaksana! 

yang penting ikut resmi padi,semakin berisi semakin tunduk.

yang penting berbuat baik dan saling menyayangi org sekeliling.kerana apaguna kaya harta kalau miskin kasih sayang.sayangi sahabat anda,keluarga anda,ibubapa anda,kerana hidup ini terlalu singkat.jauhkan aura negatif!

JANGAN  dalam mengejar impian,kita kadang2 terlupa ada hati yang perlu dijaga,ada orang2 yang perlukan perhatian,kerana hakikatnya kehidupan,bila anda sudah berpenat lelah...akhirnya percayalah tiada yang lebih indah dalam hidup ini selain wang ringgit dan lagha dunia akhirnya kita hanya inginkan sebuah senyuman dari hati yang lapang dan jiwa yang tenang!


 




You Might Also Like

0 comments

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+