catatan santai...sebuah catatan buat anaknda alya...jika mama sudah tiada jadikan ia sebuah renungan buat mu anak...
 

"Harta terindah hanya kamu wahai anak..."


Hadir mu bagaikan titipan hadiah dari ALLAH,membesarkanmu adalah moment terindah,semakin kamu besar semakin kamu pandai berkata-kata,hati mama semakin diulit rasa.Setiap hari dalam doa dan sujud,mama sebut nama mu wahai anak agar menjadi manusia berguna,anak yang solehah.



Jika jalan ini bagaikan ada duri yang menikam,mama mahu kamu menjadi insan yang menghampar permaidani.Andai kudrat mama tidak lagi kuat,kamu bagaikan tembok untuk bersandar,Andainya mama sudah terketar-ketar,pimpinlah tangan tua mama suatu hari nanti.Jangan biarkan mama meniti usia tua,memandang disebalik pintu jendela dan bertanya kepada mereka"mana anak yang ku timang-timang,mana anak yang ku sayang-sayang."jangan jadikan alasan sibuk mu ..hingga kamu lupa syurga mu dibawah tapak kaki ibu..


sebesar ibu jari mama tapak kaki mu...hari ini mama pandang wajahmu yang lelap disebelah mama..kamu semakin membesar dan tidak lama lagi remaja dan dewasa..Doa mama..andai ada mama melakukan kebaikan...jadikanlah kebaikan mama sebuah azimat kehidupan untuk kamu..andai ada dosa mama ,jangan jadikan ia bahana kehidupan  mu.

Renungan buat mu anak
alya & bear pucu sentiasa bersama :)


Dalam sibuknya mama kamu berkata"kasihan mama,asyik work aja"
Sesungguhnya kata2 mu bagaikan usapan lembut di bahu mama yang menahan lelahnya bekerja

Disaat malam mama hampir terlena bersama buku tak tertutup
Kamu ambil buku mama,simpan di rak,kamu selimutkan mama,kamu cium pipi mama dan kamu tutup lampu.Mama membiarkan dan berpura2 lena,mama senyum dalam2..
Mama merasakan anak mama sudah cukup matang dan dewasa.walaupun usia mu baru beranjak satu angka .

 
Percayalah sayang...andai dunia dan isinya ini mampu beri padamu,seluruhnya akan mama beri.Tapi ada perkara yang perlu kamu tahu,TAK semua yang kita hendak itu perlu,tak semua yang kita mahu itu harus ada.Bertenanglah...dan belajarlah menerima apa jua pemberian orang tuamu.Dan belajar lah untuk mendapatkan sesuatu,kamu harus beri memberi sesuatu dulu.Dalam dunia ini tiada yang percuma,setiap sesuatu ada timbal baliknya.itu yang mama mahu kamu belajar ...

Kamu minta ipad,mama cakap nanti dulu.Dapat nombor satu mama belikan.Kamu minta jalan2,mama cakap belajar basuh pinggan dulu.Kamu minta tengok tv,mama cakap buat kerja sekolah dulu,kamu minta bermain diluar,mama cakap kamu harus susun kasut yang bersepah dulu. 

Kamu merungut dan bersungut...mama usap kepala..mama selawat ke atas ubun2..doa mama...lembutkan hatimu sayang...Kerana kamu satu2nya anak mama.Sekarang tiada dua tiada tiga,dan mama sedang belajar untuk membentuk peribadimu.Agar kamu dewasa kelak menjadi wanita yang mandiri,dan berdikari dan tahu nilai jati diri.Yang penting pandai jaga diri.

Biar kamu menjadi benih yang walau dicampak ke laut menjadi pulau,dicampak ke darat mecetuskan tunas,walau digembar gembur binatang buas,biar dihempas badai dan panas,tapi kamu tetap menjadi benih yang berkembang luas.Dan inilah sekolah kehidupan buatmu anak!

Belajarlah kamu setinggi manapun,tapi universiti kehidupan harus kamu adaptasi mulai dari sekarang
.
pandainya awak alya...:)
Disaat kamu inginkan sesuatu,dan mama tidak memberinya,kamu menulis dalam diari dan meluahkan rasa tidak puas hati,mama merasakan kamu mewarisi sifatnya mama.
Mama tersenyum dalam gelinya hati membaca setiap apa yang kamu tulis.Tapi kadang2 berasa bimbang,andainya suatu masa kamu menyimpan semuanya dalam diari yang tidak bersuara.

Luahkanlah kepada mama sayang,andai ada hati yang berbekam,ada rasa tak kesampaian,jadikan mama kawanmu untuk meluahkan,jangan disimpan,kelak kamu menjadi orang pendendam tapi bersuaralah pada mama .kerana aliran darahmu,denyutan nadimu,cantuman setiap saluran jantungmu..adalah sebahagian dari mama,setiap kali kamu berkalih,,mama dapat rasakan getarannya.


Ya ALLAH tuhan yang memberi kurnia..
Jadikan anak ini anak yang cukup matang untuk hari dewasanya,cukup bijak menjaga dirinya,cukup berakhlak didepan orang tuanya...dan jadikan dia penyambung cita-cita mamanya.Berjaya dunia akhirat dan terjaga agamanya...aamin
Malam yang damai ini,disaat mama tutup telefon dari client,kita meluangkan membaca buku bersama-sama.Walaupun kamu pernah menyuarakan"mama tak boring ke,asyik buku-buku,tebal pula tu".Tapi mama hendak kamu tahu,pergilah mana2 kem motivasi pun seratus kalipun,pergilah training apa2pun,ia tak sama dengan membaca.Mama ingin kamu mencintai buku..dan mama akan sanggup berhabisan duit gaji jika hobi ini ada padamu.

Mama sanggup belikan apa saja buku yang kamu minta ..asalkan kamu menghargainya.Dan malam ini ternyata kamu mengeluarkan buku mu bilamana melihat mama membaca di atas katil.Kita membaca bersama2,dan menjawab soalan sama-sama.Mungkin masa kualiti kita bukan bercuti di luar negara,makan ditempat2 mewah atau cuci mata di mall,tapi masa kualiti kita adalah saat kita menikmati hobi kita bersama,itu sesungguhnya amat bermakna buat mama sayang!

..indah sungguh rasa hati mama alya...kamu anak yang baik walaupun kadang2 suka memberontak.

Dalam sibuknya mama wahai anak,mama masih cuba mencari ruang untuk semak kamu mengaji..mama masih berpesan padamu..sehari walau selembar.Kamu bertanya "mama kalau tak solat berdosa ke?"

Berdosa sayang...dan hari ini mama ingin berpesan..jika kamu dewasa kelak..jangan sesekali tinggalkan solat dan walau sibuk macam manapun dirimu..solat jangan tinggal dan.sehari biar selembar AL-Quran
Kenapa sayang?sebab perjalanan hidup ini penuh kisah,penuh penat lelah,penuh dengan kekalutan dan kesibukan...dan percayalah ini akan membuat mu tenang...

Pesan mama lagi buatmu anak...seiring usia mu..bangunlah awal pagi..bukan diwaktu kamu ada tugas yang menanti kerja/belajar..tapi diwaktu cuti juga..berpagi2lah..kerana sinaran ultra pagi itu membuat kamu cergas dan cerdas.

Berpagi-pagilah wahai anak..kerana disitu ada ruang rezeki.disaat subuh menjelma,bukalah tingkap dan hiruplah udara dan laksanakanlah tugas rutin mu.dan disitu kamu merasakan sebenarnya 24 jam anugerah Tuhan untuk kita manfaatkan bukan hanya untuk tidur dan makan.atau hanya melaksanakan rutinitas harian...tapi ada sesuatu yang harus kamu fikirkan...

Renungan ini akan mama sambung lagi seiring usia mu sayang...

1 Comments

Thank you,come again :)

  1. :'( perasaan semua Mak dalam dunia ni sama kan. I pun letak harapan yang tinggi kat my kids. and ye I nak dorang suka buku.salah satu sebabnya risau I tengok anak anak melayu yang tak reti cakap Melayu yang tatabahasa tunggang langgang. nak guna English sbg daily language takde hal, tapi malu lah kalau tak reti ber bahasa melayu dengan betul.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post