As salam & Good evening..

Evening dress?Long dress...apa saja istilah I tak kisah..Tapi ini adalah baju feveret Irda.Dress ini ala-ala jubah dan  kain dia meleret-leret sikit..berapa Irda beli?Murah-murah je..Tak ada sampai RM400 pun.Dipadankan shawl peace berhargaRM 15 hengget tu.Kan irda cakap..I tak beli jenama,,Saya akan beli ikut citarasa..

Saya beli dress ini tahun lepas rasanya..masa ada event di double tree.Kebetulan beli ni kat kedai sedara mak.Walaupun sedara mak,owner kedai tak kenal I ponn..Sebab i jarang join aktiviti mum and family,event ke,majlis makan-makan duit kutu ke,majlis kenduri pun kalau ada majlis yang rapat-rapat gitu je..I Follow...sebab? irda lagi banyak event tempat kerja..dan ajet-ajet busy gitu!

Kat mana kedai?Dulu kedai ni ada 2-3 cawangan di Jalan TAR tu,sekarang Ada satu kedai je dia sewa dan agak besar sikit masih di jalan TAR tapi betul-betul berhadapan dengan sogo sebelum lampu isyarat ke houz depot tu.Cari je SINU FASHION...Sinu tu nama owner kedai..my mum dan makcik sinu ni kenallah each other coz sekampung kan..orang padang owner dia...I kalau datang..haremmm sorang pun tak kenal..tapi takpelah..memang taknak dikenali pun...I beli macam customer biasa..cuma boleh baca cara diorang berniaga..i tawar menawar sampai lebam..oklah kan..baju macam butik tapi harga tepi jalan....neghngeh *SENYUM PUAS*

Kebanyakan baju di kedai tu ada yang diambil dari vietnam,Jakarta dan dalam Malaysia juga.Tahulah juga owner kedai tu selalu je turun jakarta ambik stok kan..

with sales team
First time I pakai dress ni masa event di double tree hilton tahun lepas..saja nak melawo sikit..tapi i rasa cam baik-baik jugak sebab baju ni ala-ala longgar gitu..selalu pakai kemeja siap tuck in je..sekali bila pakai dress...orang tegur lah jugak..mak jemah mula perasan tau..ala-ala princess i jalan...duduk pun bujet comel je..ni kalau member rapat nampak mesti kena bahan..ko dah kenapa irda?perasan cinderella ke?..mesti punyalah...


Kali ke dua i pakai masa jadi emcee di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Bukit kiara,KGPA..Masa ni i padankan dengan shawl warna merah pekat..harga shawl ni RM SEPULOH HENGGET,...saja besarkan word tu.ngee--i rasa bangga kalau beli murah tapi nampak cam mahal..i rasa bo**h giler kalau beli barang mahal tapi kualiti sama je cam kedai biasa...sob sob ada gak irda ni tertipu beli barang ntah apa-apa harrganya dalam cerewet memilih...

Tengok i duduk bujet bersimpuh je..sayang dress tu sebab labuh macam nak sapu lantai dah..Masa ni makeup ni by siapa tah kawan saya yang arrange..rasa pipiku macam ada telur dua-dua...macam kena gigit lebah pun ada..bengkak ke atas semacam...Tapi nak gak senyum tu...konon comel..aHH biarlah...Tapi senyum macam nak nanges pun ada rasanya



As usual ini partner saya merangkap kawan baik saya,kawan dari zaman sekolah,selalu jeles menjelesi zaman sekolah dulu dalam banyak aktiviti sekolah..,sekarang business partner gitu..Nasib wife dia memang paham kerja kitaorang..if not adoii.mesti statement wife dia:(.apehal dok bergambar ngan laki aku je si irda ni...)kahkah...

Jangan tak tahu ni kamceng gak ngan bff I si ochien..ada satu group tu dia create kat wassap nama group tu nama group*PEMALU*aku tak paham kenapa dia bubuh group tu PEMALU..SUDAHnya dua-dua bukan PEMALU pun.. keje asyik membahan je..farhan  iqbal & osyin kira bff i lah jugak,dua-dua duduk satu taman,dekat-dekat,membesar sama-sama, bila osyin nak pergi keje naik kereta,yang farhan naik motor,masing-masing nak merempit area keramat tu..semak aku tengok korang berdua lah hai..meh sini laga pala dua-dua ni baru tahu.....Dulu kawan i berperwatakan lembut..dah besar dah kahwin dah kerje bagus-bagus agak sadolah juga..ye ke ko sado beb?

Ke saja buat ko perasan sebab aku dengar ko selalu sangat pergi gim sekarang?..ini dialog utk paan...




 Tapi yang bagus dia ni memang professional,selain suara dia agak sedap ,(tapi sedap lagi suara Irda) ..heeh tak nak kalahkan..dia memang teliti,and sentiasa ada idea fresh.I pemalas sikit nak detail sangat,tapi dia sangat bertanggungjawab dengan apa jua event,bagi dia event orang maruah dia..so oklah i suka bekerjasama dengan orang cam ni..senang sikit kerja I.

Majlis perkahwinan ni adalah majlis perkahwinan anak kepada 

Family:Professor Emeritus Datuk Dr.Zuhdi Mahmood(UIA) &Datin Dr.Pazilah


Student-student UIA mesti kenal Siapa Prof Emeritus Datuk Zuhdi Mahmood ni kan...

One thing yang saya puji cendekiawan,hartawan dan dermawan prof Datuk Zuhdi adalah sifat humble Prof & wife,walaupun disegani dan dihormati,dia seorang yang tak banyak karenah,sangat saya suka bekerja dengan beliau.

Keluarganya sangat humble...takde nak demand apa,dan semua perjalanan majlis diserahkan sepenuh kepercayaan kepada kami dua orang dan kawan saya shahrazit sebagai wedding planner.Jangan tak tahu IRDA memang banyak bekerjasama dengan kawan-kawan sekolah,shahrazit adalah wedding planner untuk majlis ini.

Anak prof dan menantu prof:

Dr.wafi&Dr.Rhonira,sama cantik dan sama padan.Persamaan mereka juga adalah sangat mudah bekerjasama dan tak sombong.Sangat merendah diri dan baik .Didikan prof ..Saya salute dan respect pada keluarga ini..



Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek adalah salah seorang tetamu VIP yang saya kenal...selebihnya saya tidak kenal,kebanyakan mereka adalah profesor-profesor dari UIA mungkin.

Kelab Golf Perkhidmatan Awam memang sesuai untuk majlis sebegini,selain pemandangan hijau yang indah,tempat parking yang selesa dan banyak kemudahan lain disediakan untuk keperluan majlis dan keluarga.





Majlis pada hari itu adalah tanggungjawab kami bertiga untuk memastikannya berjalan lancar,shahrazit sebagai wedding planner,I dengan Paan sebagai emcee(Paan adalah panggil zaman kanak-kanak untuk partner emcee saya)

Alhamdulilah selesai emcee..Prof memuji kami berdua.Katanya macam "PROFESIONAL EMCEE yang mendapat bayaran 5k sejam"

ALHAMDULILAH..apalagi yang penting selain kepuasan pelanggan kan?Hope one day saya dapat jumpa prof dan keluarga lagi DAN menjalin ukhuwah dengan family prof.Sampai sekarang kenangan bekerja dengan prof & family adalah memori buat saya...

ANDA YANG inginkan emcee untuk apa-apa majlis boleh direct contact saya..InsyaALLAH JIKA tarikh ada kelapangan saya akan memenuhkan jemputan.Bayaran?Ini sebagai hobi..bayaran masih ikut budi bicara,,

1 Comments

Thank you,come again :)

  1. Pakaian murah tak semestinya tak cantik..kalau pandai match kan lawa aje...=)

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post