Anak anda dah sekolah?berapa wang bekalan untuk dia di sekolah?..selalunya budak-budak bawah umur 10 tahun kadang-kadang tak tahu sangat nilai wang dan masih belum pandai sangat nak membeli makanan di sekolah.

Alya kadang-kadang bawak makanan dari rumah,kadang-kadang bawak air kotak atau roti,kadang-kadang saya suruh dia bawak air,kadang-kadang saya blendkan juice,,tengok time saya sempat atau tidak..tapi yang pastinya saya memang akan suruh alya berjimat...kalau dia suka bawak bekal lagi saya suka masakkan dulu,,tapi alya ni tak suka bawak bekal,bawak botol air pun kadang-kadang sampai dua botol,satu air putih satu lagi air manis...

Anak sorang kan,kalau boleh semua kehendak kita nak penuhkan,tapi saya memang tak manjakan sangatkan Alya,bukan berkira,tapi bab membazir memang tidak lah..kalau dia beli untuk makanan saya tak kisah sangat..tapi kalau dah tiap minggu gam hilanglah,pemadam baru beli esok atau minggu depan hilang lagi..dia pergi makan agaknya pemadam tu,geramm je...,sudahnya asyik membeli je...tue kadang saya suka membebel,colour kalau dibeli ada je yang hilang warnanya...

Kami as parents hanya bekalkan belanja RM2 untuk sekolah pagi..dan sekolah petang RM2,setiap bulan ada 20 hari contohnya sekolah,saya akan tukarkan note RM1 untuk sebundle macam dalam gambar,saya akan letak dalam laci almari.Saya akan suruh dia ambil sendiri untuk belanja sekolah..Sebundle tu ada  RM100 boleh dapatkan dimana-mana kaunter bank..

satu sesi hanya RM2.Kat sini saya nak tengok integriti dan ajar dia berjimat,saya cakap sebelum hujung bulan duit sebundle ni tak boleh habis mesti kena ada balance untuk dimasukkan dalam tabung.Jadi alya kena ambil sendiri dan kira sendiri...dia pun tak berani ambil lebih kalau tak minta izin dulu..Alhamdulilah saya nampak kejujuran alya disitu...

ALYA ada 4 akaun saving yang telah saya buatkan untuknya,ASD,TABUNG HAJI,MBB dan Bank Islam..semua tu untuk masa depan alya...Saya cakap ngan alya,nanti masuk universiti no PTPTN dan biasakan hidup tanpa meminjam atau subsidi...

subsidi tu apa mama",,,hehe one day alya akan tahu

Kalau alya nak lebih dari RM2 untuk satu sesi sekolah dia kena buat keje dulu:

1.Angkat kain di jemuran
2.susun kasut di rak kasut
3.Kemas katil
4.Basuh pinggan lepas makan..
5.Bangun pagi tanpa dikejutkan
6.Mandi sendiri tanpa dimandikan..

Alya anak manja,kadang-kadang kalau dia  nak duit lebih dalam satu hari tu dia akn buat.Saya suka bila ada bibik kecik ni..hahaha,,bila dia kemas katil mamanya,siap pasang cadar,walau taklah sekemas saya buat,al maklum budak umur 8 tahun ni apalah tahu sangat,tapi saya suka je sebab dia ada keinginan untuk buat semua tu...

Kadang-kadang bagi lebih pun dia bukan tahu beli apa,kalau beli bende makan macam nasi lemak ke atau mee goreng ke oklah,kadang-kadang ntah apa2 aje dibelinya di kedai buku sekolah..sebab tu saya lebih suka bagi cukup-cukup..saya cakap nasi lemak kan rm1 je ,lagi rm1 tu alya beli kuih..dan minum air yang dibawa dari rumah...tapi kesian jugak kadang-kadang dia nak beli milo tabur lah horlick taburlah,saya cakap kalau makan takpe,ni beli je rajin,makan nya susah...

Jadi saya dah buat rule once a week alya boleh ambik lebih RM1 dari bundle ni,tapi hujung bulan mesti kena ada balance hokey?Dia ok je..siap suka sampai pandai urut-urut kepala kita.

Kalau ada duit balance yang alya tak nak beli apa-apa,masuk dalam tabung merah dia,dah berat tabung tu mama akan bawak pergi bank ok?dia suka,,bila tunjuk duit dia berat...


Bila balik kampung atau jumpa nenek dengan makcik pakcik dia,selalu je alya ni dapat duit poket,saya cakap guna duit tu kalau alya nak apa-apa,one thing yang saya notice alya ni memang pandai kira-kira,semua bende dia akan kira,contohnya kalau dia nak beli apa-apa kalau itu kehendak dia,dia akan akan rela hati guna duit tu,tapi kalau bukan kehendak dia dia akan cakap"Ini duit alya,alya tak nak beli itu,alya nak simpan dalam tabung alya"..OK mama mengalah..maknanya dia pandai berkira-kira,so mama pun kena pandai demand,nak duit lebih?buat keje dulu lah kan....

ALYA...mama sedang mendidik kamu erti wang,bukan mama tak mampu,,tapi mama nak kamu hidup bersederhana,nak sesuatu kamu harus lakukan sesuatu dulu..Moga anak mama jadi orang berguna dan bijak dalam kehidupan kelak...amin

Kerana kamu anak mama sorang..mama tak nak kamu leka dengan kesenangan..mama nak kamu merasakan susahnya mendapatkan sesuatu agar kamu lebih menghargai sesuatu itu...kamu tempat mama bergantung harap,kamulah tongkat mama bila tua kelak...moga kamu terdidik menjadi insan yang berguna dan anak yang membalas jasa...amin

1 Comments

Thank you,come again :)

  1. wah soon. I nak ajar Lihin jugak bab buat kerja dan dapat duit tu babe. at least terdididk lah dia tau buat kerja rumah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post