MY LOOKS:Dating with CEO ?

08:59:00





my simple outfit for that day
 
Assalammualaikum...hai..& good morning sunday!Irda nak share..hari tu kan ada cakap irda dapat invitation dari deputy ceo untuk teh tarik session..sajalah gurau-gurau cakap dating with ceo.. lagipun dalam kamus dewan makna dating tu luas...so jangan salah faham ye...ngeh ngeh
 
By the way,CEO ni baru berkhidmat di Malaysia just 2 months, Dia originally dari India dan berkhidmat sebelum ni di cawangan indonesia dan singapore,now turn dia di Malaysia.Tak salah irda,dia dulu banyak negara juga dia jaga dan telah di banking more than 23 years...pengalaman dengan barclays bank,citibank dan so on...
 
so dia pun invite untuk berkenalan dan discuss any issue berbangkit dengan top-top performers setiap region..so i pun mewakili all sales person region i laa... (ko top ke irda...erkk)
 
Sampai 2-3 kali orang HQ call for confirmation untuk datang sesi ni.I ok je...salah satu sebab i nak lari kejap dari sibuk kat branch I tu so bila orang suh datang laju je lah i datang...
 
 
Pagi tu tetap masuk ofis cam biasa,sebab sebelum melepek je di HQ nanti,for sure walaupun session tu hanya sejam,confirm-confirm i akan buang masa jugak kat sana,so masuk ofis dulu cari sales dulu...Alhamdulilah pagi-pagi i dah dapat borang dah berisi ni..so taklah susah hati sangat kan...
 
Walaupun community yang arrange untuk session hari tu minta i datang early discuss first apa soalan dan isu yang ingin kami tanyakan,tapi I TAHU mesti kalau cakap kena datang pukul 3 tu mesti start 3.30...i dengan selamber rogerlah kawan-kawan ditingkat lain untuk sesi minum dan makan dulu..
 



 
 
 
Walaupun tea session i boleh rasa mesti ada kuih dan air je..I yang lapar rasa nak makan lembu sekor rasanya ajaklah kawan-kawan lepak kat bawah bangunan dulu..Lagipun I tak nak kawan-kawan kat hq  ingat I sombong..ye lah datang tak roger depa kan...
 
Time ni mana ada orang sangat dah..dah lepas lunch hour kan...so memang best lah makan dengan nikmatnya tanpa bising-bising atau asap-asap berkepul-kepul...
 
Habis makan
 
 
Bila i naik tingkat 7 untuk jumpa sales team yang lain,semua dah naik ke tingkat 36 meeting room ceo.Wah agak cuak jugak lah tu(padan muka ko irda..napa tak datang awal kan..)
 
Tapi i rileks je,walaupun agak tak best kalau ceo yang masuk meeting room dulu I baru nak terhegeh-hegeh nak ketuk bilik kan..owh agak memalukan disitu,tapi i yakin...im not too late...
 
I pun cari RSM i kat level 7,alamak takde,i nak call alamak batery kong...sudahnya i nampak satu staff chinese  ni,i memang tahu dia pun jaga kitaorang ni..
 
"u please callkan kak hasma,.i dah ada kat bawah ..batery i kong."..Walaupun i tak kenal siapa dia,tapi i selalu nampak muka dia ni..nasib dia dapat call...
 
"Kak...sory im bit late...so still boleh masuk ke."..i tanya,time tu baru pukul 3.10pm
 
Kak hasma pun suruh i naik lif ke tingkat 19 dulu,jumpa dia untuk guide i pergi lif lain.Sampai level 19,kak hasma agak muka ketat disitu..i je senyum-senyum,mungkin dia tak nak i lambat cause i bawa imej region i kot..tapi i tahu i tak lambat..i yakin sesangat...
 
 
 
Bila masuk je,semua sales staff dari region lain-lain dah stanby duduk...(yerlah irda ko lambat)Tapi ok je sebab ceo belum pun masuk,so ok lah kan..takde lah nampak i ni tak menepati waktu,i tahu dalam invitation tu tulis 3.30pm.dan selalunya orang-orang besar ni setiap masa dia amat berharga,dia akan mula tepat pada waktu dan akan habis tepat pada waktu ikut timetable...(prasangka irda tak pernah meleset tau..:)..)
 
Dan i senyum je tengok kuih dan air mineral atas meja,teh tarik di bahagian meja tepi,confirm-confirm habis meeting baru boleh amik..nasib i dah melantak kat bawah sebelum naik ofice..IF not for sure perut i joget dangdut nanti..senyum puas hati...
 
 
 
 
Discussion start tepat pukul 3.30 pm,dan I masa ni tak banyak bercakap,just listen dan senyum,i tengok CEO ni memang concern dan walaupun muka dia agak serius tapi nampak peramah lah,dan humble...setiap issue yang staff komentarkan dia catit dalam diari.
 
Irda yang duduk hujung sekali hanya diam..eeh tetiba mulutku terkunci ni apehal..sebab pertama makanan depan mata tak membuka nafsu makan kut.sebab ke dua,broken english aku buat aku rendah diri sikit ni...huhu(walaupun irda kadang-kadang selamber je pakai grammar tunggang langgang tetiba dengan orang-orang disini i jadi pemalu pulaks..mungkin sebab dalam ni semua bagus-bagus kot,kalau cakap ngan customer tak jumpa dah,kalau dalam ni,esok-esok jumpa lagi dan i tak pernah malu guna broken english dengan orang-orang i jumpa masa bekerja(kalau diorang xpaham,ada aku kisah...arghh like a boss..huhu),dalam bilik ni je i kaku dan beku..apehal irda?)adeh..
 
  • salary increament
  • request sales clerk to handle housekeeping
  • incentive to give everymonth
  • career progression & KPI 
  •  
  •  
Itu antara isu yang diorang bangkitkan...I ni fikir dalam hati,kalaulah CEO aku ni paham bahasa melayu,sure isu i lagi berbangkit...tapi bila ditanya pada I..I jawab dengan simple answer je.
 

 
 
 

 
 
Habis je meeting,all sales staff bangun dan berborak dengan sales staff lain-lain,I yang tengok baru pukul 4.30 mengalih pandangan ke luar..(kan i ckp,orang besar-besar ni memang menghargai tiap detik,tepat pukul 4.30 dia bangun,ok guys,we stop here....hehe ayat dia)
 
 
Ya ALLAH,cantiknya view dari dalam bilik ni,alangkah bestnya one day irda ada ofis sendiri dan boleh tengok view macam ni..(berangan kejap..)
 
Lamunan tersentak dan angan-angan terhenti bila kawan-kawan ajak pergi minum...
 
I yang tengok waktu jam masih awal,I fikir nak balik awal lah hari ni.boleh masak dinner untuk family.I pun minta izin turun dulu,dan hari tu i amik alya kat sekolah.
 
Masa ambik alya kat sekolah ni rasa kelakar sangat sebab mata melilau mencari anak,bayangkan lah budak-budak kalau keluar sekolah muka sama je,ketinggin sama je,penat menjenguk manalah anak aku ni,lebih kurang 20 minit cari anak sendiri masa tu..adeh
 
 
Lama tak berbaju kurung di ofis:Details outfit
 
  • Kain ni jenis opel,yang jarang tu (tapi pakai linenlah kat dalam),budak-budak ofis tanya beli kat mana macam kain mahal ni,butik mana beli ni,actually kain ni irda beli di jalan TAR je,harga kain ni RM50 untuk 4 meter.Irda memang suka kain nampak macam beli kat butik tapi harga kakilima je..:)..kena pandai pilih jugak dari lambakan kain di jalan TAR tu dan bargain tau...
 
  • Dah lama dah irda tak tempah baju kurung,ni yang jahit makcik cleaner kat ofis irda tu kan.kenal makcik tu kat surau je,tak sangka dia boleh jahit,terus tempah dengan harga penuh kasih sayang sangat rasanya..hehena .Ni baju kurung moden yang ada zip kat belakang tu..
  •  
  •  shawl tu warna belacan ,tu cousin bagi,tak tahu kain apa,jenis lembut sangat

 
 
 ok readers..c u next time...prepared breakfast dulu..selamat berhujung minggu...:) daaa

You Might Also Like

1 comments

  1. cantiknya outfit you beee. dah lah putih senang nak masuk apa apa kaler. cantik. hehehe I pun bantai broken english. dengan cara tu jelah dapat improve dari segi conversation and writing skills. kalau malu sampai bila pun tak jadi

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM