Your Pathway To Professionalism

09:29:00

MODULE 1

 
Assalammualaikum dan Good Morning Monday....
 
 
Last weekend punyalah semangat bawak nota seberat hampir sekilo ni balik rumah untuk study,tapi disebabkan weekend yang penuh dengan agenda,udahnya tak bersentuh..usha sikit-sikit macam tu je..
 
Module 2 saya dah jawab dengan main pilih je jawapan tempoh hari,75 soalan tu saya main klik-klik jawapan itupun buat saya stay sampai kul 9pm di office..lemau rasanya..
 
Sudahnya bila orang HQ Call extend tarikh tutup untuk module 1,jadi rasa bertanggungjawab nak jawab betul-betul,maka kerisauan lah bila tak sempat nak study apa-apa,
 
Sebenarnya bukan apa,macam malas nak baca apalagi kalau full in english...jiwa takde kat situ...dan hari ni Monday dengan selambanya ambil cuti emergency niat hati nak study ni dengan sebaik mungkin.walaupun diorang bagi tarikh till 15MAY...still nak selesaikan dengan cepat dan kalau boleh tak nak main tibai lagi...
 
Baru setengah jam baca bahagian tax planning dan estate planning issue...saya rindu nak online...wah wah...ni terbazir gak cuti ku ni...
 
 
 

Last week kekecohan saya nak kejar dateline exam ni,aircond office pun tak mampu menyejukkan hati yang panas dan badan yang panas...stay sampai malam kat ofis,nasib ada kipas ni...nilah akibatnya bila buat last minit..

punyalah bersepah..meja
 


bila nak kena kena dengar pulak video ni satu-satu,rasa nak nanngis rasanya...
 
 
ya ALLAH bagilah mood nak hadam nota ni...bagilah pass..malas nak ulang banyak kali...bosan dah tua-tua ni nak baca nota tebal-tebal(silap bukan tua..dah dewasa..huhu..eeh irda bukan ko plan nak amik paper psychology ke..plan nak sambung study??)..tu lain...ni study bende tak minat...wuarghhh lemau..lemau...
 
Alya suka bila mama amik cuti nak baca nota hari..siap senyum and cium banyak kali nak pergi sekolah tadi...
 
Lepas ni siapkan lunch..pastu update garmin,lepas tu update pages-pages coway di FB,reply PM ..SO bagitahu sikit bila nak study?adohai....
 
Lagi satu semalam dah sahur dah..plan puasa hari ni..tak plan pun nak ambik cuti terkezut cam ni...laaa ni duduk rumah peti ais tu menggoda rasanya dari pagi...kan silap-silap azan zohor dah buka...(Iman senipis kulit bawang mmg cam ni)
 
Banyaknya ko membebelkan irda?..hahah...meroyan tunggu anak balik sekolah..nak gomol-gomol alya..comell sangat kalau pergi sekolah tadi...bukak garmin mataku celik,buka nota mata ku ngantokss...
 
P/S
 
Sekecil apa pun perkara buatlah bersungguh-sungguh dan letakkan jiwa disitu maka hasilnya akan seperti mana yang kita harapkan.
 
Minat pada suatu perkara boleh timbul jika kita sedar manfaatnya..
 
Paksa diri irda,jangan malas menguasai...Dan jangan bagi alasan lagi takde masa .
 
Gunakan masa sebaiknya jangan biarkan masa mempergunakan kita..
 
Ok fine...stop online..jom study..:)HASIL PUJUK DIRI SENDIRI

You Might Also Like

0 comments

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM