Salam readers,now waiting for morning meeting,i have half an hour to continue my story..

Malam yang indah begitu mendamaikan pada jiwa-jiwa yang menghargai setiap detik yang berlalu...Dijadikan MALAM untuk berehat..dan siang untuk bekerja keras,indahnya putaran alam oleh Sang Pencipta

Malam tu aktiviti adalah menikmati makanan yang disediakan oleh group Shirlyn dan ada juga pertandingan karaoke disediakan,Dah confirm-confirm irda tak nyanyi pun.Entah memang sedar diri suara tak sedap kot.:)



Tukang prepare hamper ida,ain & sya,ini untuk yang masuk karaoke dan yang menang game.Apehal senget pic ni?hehe..sebab pala irda pun ting tong tengah menaip ni.Letih kut,tapi nak jugak siapkan entry ni sebelum basi.Tak sangka jugak budak-budaa coway bertanya,sis dah simpan dalam googles dah story kita?so maknanya apa tu..depa nak baca juga.ye lah...



Ini GM group coway oneteam,bila nampak Irda je"Irda..bila nak resign,sekarang buat sambil-sambil result pun sambil-sambil,kalau dah full attention mesti performance pun meletop"...Apa yang hanya mampu Irda buat?senyumm lah kan...."Nantilah boss...jalan masih bersimpang ni"itu jelah mampu jawab


Salutelah Ain ni,bawak baby datang sini,salah satu wanita yang irda rasa begitu gigih dalam mencari sales,dalam setahun dia dah naik HM dan dalam setahun juga dari pakai myvi tukar Honda HRV,Hasil dr coway.Ikut orang kan,ada setengah orang kejayaan tu diukur melalui kereta yang dia pakai atau rumah yang dia duduk kan.bergantung pada individu.Tapi Irda salute cara kerja.Dulu ain executive di SME BANK,join coway terus resign.:)AIN ni husband dia classmate irda dulu masa sekolah rendah,so dari situlah ain join coway.



So inilah telur yang masih mampu diselamatkan oleh banyak-banyak group 4 je yang masih ada..hehe:)sudah-susahlah depa dok sorok sana sini takut dipecahkan .Tahniah pada yang menang malam tu.

Bila malam semakin membosankan,dan irama dari karaoke tak begitu enak di halwa telinga,hehe..kitaorang decide nak cari durian malam tu.aduhai sedapnya dapat makan durian kampung.

Dari Limastiga ke bandar Melaka takdelah jauh sangat.Dalam 10-15 minit je,tapi satu hal yang nak bagitahu,Melaka kalau bukan hari jumaat or hujung mingu memang sunyi sesangat.Banyak tempat dah tutup awal.

Meh nak ajak cuci mata tengok suasana malam di bandar Melaka jika bukan dihujung minggu.Orang yang lalu lalang boleh dibilang,masa kat sini adalah nampak sepasang couple melayu tengah honeymoon kot,alahai sweetnya.



beberapa foreigner sedang duduk..





 
Memandangkan tak ramai orang,kami pun keluar kereta sekejap,pacak je tepi jalan untuk abadikan kenang-kenangan ni.Mak-mak orang kalau jumpa camera kalah kanak-kanak ribena kan..



 Konon ambik gambar berlatar belakangkan Hard Rock Cafe Melaka ni,memasing menyakat laki masing-masing"tonight overnite di HARD ROCK"..ceh..dan dan je,mana ada,,ambik gambar je,lepas tu kitaorang singgah cari macdonald,singgah 7E tabau untuk budak-budak yang tinggal di homestay dan singgah satu gerai tepi jalan ni nak pekena makanan goreng-goreng.. 

Tapi serius lah,Melaka kalau bukan hujung minggu,bukan cuti sekolah,bukan ada public holiday,malamnya begitu mendamaikan tanpa keriuhan..yang ada mat saleh dua tiga orang di bahagian restoran mewah-mewah,tak macam kat KL,pukul 1pagi pun kriuk-kiruk manusia masih bersimpang siur kan...

Melaka bandar bersejarah,dan bandar penuh kenangan...dan ku rindu kenangan....

thank you for reading this entry...appreciated :)

3 Comments

Thank you,come again :)

  1. bestnya jenjalan melaka..
    button follow saya ade kat bahagian atas hihihi
    cer akak bukak blog sy guna mozila

    ReplyDelete
  2. BESTNYA DI MELAKA DGN RAKAN BISNIS MOGA TERUS MAJU.

    ReplyDelete
  3. sonoknya lepak malam malam. Alya tak takut pulak dok homestay tu yang? i tak dapat nak tinggalkan dorang lagi =p pegi mana mana kena berderet hahah

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post