Bollywood Western Food: sedap&murah di AU3 Keramat.

09:07:00



Jika anda ingin mencari tempat makan,apakah ranking pertama menjadi pilihan?Kalau irda:

FIRST-kena sedap
Second-Harga berpatutan
Third-Kedai kena selesa

Tapi ikut kajian rambang irda, kebanyakan orang masa bercinta,kedai kalau tak sedap pun tak apa,asalkan tempat nya selesa dan jauh dari kebisingan orang ramai itulah pilhan.almaklum kenyang sokmo tengok muka orang tersayang depan mata.Ceh,nak makan pun cover-cover kan...

Tapi bila dah berkahwin,haaa tempat tak romantik pun tak apa,asalkan sedap dan harga berpatutan,tetiba dulu makan control ayu sekarang makan macam bela saka.kahkahka...hehe alaa irda melawak je...janganlah marah..:)

Jadi pada yang mencari-cari westernfood rasa tahap hotel 5 star,tapi harga tahap  pasar malam,jom singgah di gerai pakcik shahlan Westernfood Bollywood di AU3,bersebelahan apartment Jentayu.Walaupun gerai ini hanya terletak di bawah pokok dan beratapkan langit,berkerusikan kerusi plastik dan terletak tepi jalan,tapi jangan pandang sebelah mata,gerai ni pernah masuk jalan-jalan cari makan TV3 tau.Dont judge books by its cover tau..

 


Kalau tempat makan mewah,harga mahal tapi rasa kelaut ...nak buat apakan,bagi Irda sempoi tak apa,tapi yang penting rasa,dan yang lebih penting lagi harganya berpatutan.

Pakcik shahlan adalah client irda di bank,atas satu pertolongan kecil di bank tempoh hari,dia jemput irda & family singgah makan di gerainya.Memang awesome lah,irda tak tahu pun kat area ni ada western food sedap macam ni.Walaupun jalan AU3 ni boleh dikatakan laluan dari zaman kanak-kanak lagi.

 

meatball dia ,fish & chips & lambchop dia memang marvelous,dan yang penting harganya dibawah RM10!!
Pakcik shahlan yang masih bekerja di hotel sejak zaman mudanya masih bekerja di hotel 5 bintang di kuala lumpur,telah menjadikan pengalaman di hotel itu untuk mencipta sos lamb chop&chicken chop yang ada aura tersendiri.

Kedai ini hanya dibuka pada 7 pm-12pm sahaja setiap hari kecuali ahad tutup,waktu siang pakcik shahlan masih menjalankan kerja di hotel seperti biasa.

Katanya gerai ini sudah dibuka lebih dari 10 tahun yang lalu,tapi masih bekerja kerana masih sayangkan kerjanya.Masa iqram Dinzly buat pengambaran jalan-jalan cari makan dulu,gerai ini pernah menerima kunjungan orang ramai tak henti-henti hingga ratusan pinggan habis tiap hari,Ada customer dari johor dan singapura juga datang singgah ke sini.Pakcik shahlan pernah tidur hanya 3 jam masa mula-mula ia keluar di TV3 kerana menerima tempahan yang tak henti-henti .Pada mulanya ia hanyalah business cuba-cuba bersama isteri tersayang,siapa sangka businessnya ini menjadi sumber kewangan yang cukup banyak membantu dirinya dan keluarga.

Pakcik Shahlan kata,tahun depan  dia  pencen dan selepas pencen tumpuannya akan sepenuhnya pada gerai western foodnya ini..Haa tengok tu,orang nak pencen pun masih berkobar-kobar mencari rezeki dan bersemangat,moga tahun depan gerai ini semakin besar dan semakin ramai pelanggan.Irda doakan rezeki pakcik sentiasa melimpah ruah dan terus sukses dalam business ini.Aminnn


Sekarang ia dibantu oleh anak-anaknya ,untuk menjaga kualiti makanan pakcik shahlan sendiri akan memasak makanan untuk pelanggan.Jadi pada readers irda yang nak cari westernfood harga berbaloi-baloi dan bila makan  anda rasa seperti makan di hotel 5 star,silalah berkunjung di westernfood bollywood di AU3,KERAMAT kuala lumpur.
Walaupun kedudukan gerai ini tepi jalan ,tetapi waktu malam jalan agak tenang.Ia tidak begitu membahayakan.Lihat satu family ni ,meriahnya mereka.Alhamdulilah.Kalau nak datang ramai-ramai macam ni boleh booking dulu meja ya,sebab meja disini masih limited.


Irda sertakan no telefon owner En Shahlan sendiri (012-6663970) atau Mr.Ghadaffi ( 017-3481585)jika anda hendak booking tempat duduk atau ingin membuat tempahan makanan untuk sebarang majlis.Anda takkan menyesal menikmati kelembutan lambchop dan kuah sos resipi dari kedai ini.Dah rasa pasti nak lagi.Kalau nak buat makan-makan di rumah atau di pejabat pun boleh buat tempahan tau.

Mana-mana yang jauh dari keramat bolehlah waze atau google maps:Western Bollywood cafe.Ok READERS,Enjoy eating,Enjoy saving,why pay more,if same taste u can get from normal stall? aik macam iklan hotel pulak..

ok daaa...Irda nak mula kerja dulu.Happy Monday,my 3rd week November,wahhh lagi beberapa hari usia akan beranjak lagi satu angka...

November my month...:)


thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

12 comments

  1. Sedap masakannya baik pula layanannya mesti ramai yg mengunjung..moga bisnisnya tambah maju

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Irda..insyaAllah bila turun KL boleh la cuba...

    ReplyDelete
  3. dh 10 tahun bertahan, bagus mcm ni..jaga kualiti makanan, mesti customer puashati..

    ReplyDelete
  4. waaa... menengok lamb chop pagi2 cmni teruih berkeroncong perut ni..
    fuh ada masa boleh try ni..

    ReplyDelete
  5. Irda,

    Terima kasih beri pandangan di page saya tapi saya bukan penulis. Setakat dapat mengajak pembaca memikir di sebalik pandangan saya. Irda punya page pun baik juga. Saya dah baca pun.

    Jangan segan singgah di blog saya lagi.

    ReplyDelete
  6. Irda,

    Terima kasih beri pandangan di page saya tapi saya bukan penulis. Setakat dapat mengajak pembaca memikir di sebalik pandangan saya. Irda punya page pun baik juga. Saya dah baca pun.

    Jangan segan singgah di blog saya lagi.

    ReplyDelete
  7. sedapnya kak.. telan air liur la jawap nya

    ReplyDelete
  8. uih sedapnyaaa babe.

    betul masa zaman bercinta makan benda tak sedaop pun takpe hahaha

    ReplyDelete
  9. Macam reen.. Kalau ada duit lebih, harga tdk menjadi masalah. Yang penting sedap dan tmpt mkn selesa.

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+