ASB LOAN perlu diteruskan atau tidak?

20:03:00

Ini hanya sebuah pandangan yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan kepada pembaca blog irda.
Sebagai financial consultant,irda hanya berkongsi pendapat dan sedikit info,dan selebihnya anda sebagai pelabur harus bijak membuat timbang tara agar apa jua matlamat anda tentang kewangan mencapai sasaran.

ASB LOAN adalah skop kerja utama irda.Bila dividend declare tahun ni sangat-sangatlah rendah dalam sejarah.Agak tersentak juga,apalagi memikirkan sesi soal-jawab di bulan Januari nanti(Irda selalu mention,dalam sejarah 7% yang paling rendah iaitu zaman gawat 2008),menjadi satu cabaran untuk irda ingin berhadapan bila customer akan mempersoalkannya .Jika customer itu bijak,ia akan kurang membentak.Tapi kalau customer "buat-buat bijak",habis irda kena hentak dengan soalan yang memecah otak.Biar bagaimana pun rentak,persoalan itu dibahu ini tergalas ,irda tak boleh culas!bukan hanya inginkan commision lebat,tapi ia sebuah tanggungjawab .

Irda bukan seller yang jual barang,lepas tu tinggalkan pelanggan,tapi irda advisor,penasihat kewangan,dan disaat pelanggan perlukan penjelasan,wajar irda berhadapan...rasional dan professional harus dihadapan,mengawal amarah orang perlukan ilmu psychology.,kerana yakin percaturan ekonomi bukan tergalas di bahu ini,kenapa perlu terbawa emosi?



Kenapa asb dividend terendah dalam sejarah
Anda sedia maklum,tahun ini negara kita mengalami banyak tantangan ekonomi,Bukan sahaja Malaysia khususnya,ekonomi global secara amnya.

1.Ringgit yang belum mampu bangun dengan tindihan USD.
2.Kemenangan donald trump,beri kesan pada ekonomi global.
3.Kebergantungan negara pada kelapa sawit yang mana harga komoditi ini masih rendah

Image may contain: one or more people

Sekurang-kurangnya walaupun dividend asb agak rendah,ia masih memberi pulangan berbanding investment lain.Jangankan untung,modal pun tak pulang.Dan mana yang buat asb loan,mereka mungkin rasa tak berbolai.Dengan interest bank 5.2,kadar dividend  6.75,tolak hanya dapat 1.55,Sebenarnya,anda tidak rugi tapi hanya kurang untung.Adatlah kan,namanya pelaburan,untung atau rugi itu hanya senario biasa.

Mungkin ada yang cakap,baik letak tabung haji atau fixed deposit,sekurang-kurangnya fixed deposit pun boleh bagi 3%.Terpulang pada anda,pilihan kan ditangan anda.Cuma saya sebagai advisor ada pendapat peribadi,tak betul,tak juga salah,bergantung pada penerimaan anda.

Perlukah anda teruskan ASB LOAN?ASB LOAN adalah meletakkan satu amount yang besar dalam buku asb anda dan anda membayarnya secara ansuran dengan bank.Ia perlu jika anda tiada sejumlah wang itu,bank adavancekan duitnya.kalau fixed deposit,anda harus letakkan sejumlah wang untuk dilaburkan&mungkin agak mustahil jika anda juga seperti irda yang tiada sejumlah wang yang banyak untuk dilaburkan

..dan ia juga perlu :

Perlu jika anda bukanlah penyimpan yang baik.

ASB (Amanah saham bumiputra)yang diwujudkan pada tahun 1990an oleh Perdana Menteri adalah skim simpanan untuk bumiputra sahaja.Beruntung anda kerajaan telah memberi keistimewaan ini.Dan kemudian ia wujudkan pula asb loan dengan kerjasama ejen-ejen perbankan dan juga PNB.Pelbagai kaedah dan promosi diwujudkan untuk menggalakkan orang untuk menyimpan.

Kenapa?

Kerana orang kita ni,boleh bayar astro ,walaupun tak tengok sangat Tv.(pergi pagi balik petang bila masa nak layan kan),Boleh register Gym,siap autodebit creditcard,tetapi pergi gimnya sebulan sekali pun payah,kalau datang pun selfie kononnya exercise kemudian esok hari?alasannya sibuk kerja di ofis takde henti-henti,irda cakap tentang diri irda,nak datang kelas zumba,makk aih sibuk tak sempat,nasiblah kelas tu free.. Gen Y kita suka lepak cafe hipster,langgan majalah,tapi menyimpan hanya 100 sebulan pun payah.Tiada dalam disiplin diri.

Sebab tu kalau ikut kajian ,orang kita adalah pelanggan terbaik,sebut sahaja apa promosi dan jualan murah,orang kita dibarisan hadapan.Tapi sebut sahaja ada bond kerajaan keluar atau promosi interest untuk simpanan,alahai tak ramai yang beratur di bank.Yang ramai buat loan peribadi.tapi tak ramai yang datang buat loan untuk menyimpan dalam asb.Kenapa ya?irda ada sebabnya..tapi tak perlu irda beritahu disini,takut ada hati yang terguris nanti."bukankah cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar,cakap dalam blog pula kena hati-hati,kerana menjaga sesetengah sensitiviti"Moga jari-jari irda tak salah percaturan mengolah madah...

JADI asb loan adalah satu medium untuk anda menjadi seorang yang berdisiplan untuk menyimpan.Kerana sifat menyimpan itu amat kurang dalam golongan bumiputra.ASB loan mampu mendidik anda tanpa gagal menyimpan tiap bulan.


Perlu jika anda inginkan cash money  > 50k dalam masa 5 tahun

Irda cadangkan jika buat asb loan jangan 50 k ke bawah,tapi buatlah semaksimum yang mungkin.Jika anda umur bawah 35 tahun,buat sahaja tempoh panjang 30 tahun.Tapi target dalam 5 tahun anda terminate.Mungkin untuk kahwin atau untuk beli rumah,deposit rumah pun boleh .Jadi wang kwsp boleh dikeluarkan untuk buat benda lain.Kalau tak mampu bayar bulanan,rolling sahaja dividend untuk bayaran bulanan,yang ini irda tak galakkan sangat.


contoh mudah

asb 200k untuk 30 tahun sebulan installment anggaplah 1100 x 12=13,200(current rate 5.2%)

let say dividend setiap tahun 7%=14000x5tahun=70000

Bila anda terminated,anda akan dapat amortization amount dari apa yang anda bayar setiap bulan(principal payment).Anggaran amortization amount untuk 200k untuk 5 tahun: 13000(based financial calculator)

Jadi anggaran duit terkumpul :70000+13000=83000 (Inilah yang anda akan dapat dalam masa 5 tahun sahaja).Kalau lagi lama,lagi banyak.

Jadi bila tahun ini dividend rendah,apa yang anda perlu buat sabar.itu sahaja,biar ekonomi bernafas,ia akan naik balik.hidup kan ibarat roda begitu juga kitaran ekonomi negara.

harus ingat,even dividend 6.75% x200,000=13,500  Jika anda buat simpanan sendiri,dengan jumlah simpanan yang sama dengan bayaran loan,anda tidak akan dapat amount ini,kerana dividend akan dikira melalui jumlah minimum simpanan setiap bulan).Mungkin anda beranggapan simpan sendiri lebih untung,maybe Yes,Tapi bagi pendapat saya tidak.Tidak jika anda jenis tak boleh duduk diam tengok duit dalam buku,tidak bagi anda yang simpan bulan ni,bulan depan belum pasti lagi.tidak konsisten dalam menyimpan.

Irda copypaste sahabat seperjuangan punya info untuk pemahaman lebih lanjut ya
"DIVIDEND ASB MENURUN!!
Ramai yg kalut bila PNB announce dividend 6.75% dan bonus 0.5%. Terus ada yang cakap nak terminate or macam bad moves je buat ASBF ni. KEEP CALM and RELAX bro, tarik nafas dalam dalam dan teruskan membaca :)

ASB atau ASBF adalah pelaburan yg paling selamat dan basic jer kerana harga sesaham adalah tetap. Cuma dividend dan bonus yg dberi je xtetap dan tahun ni menurun pulak. TAPI, menurun bukan bermakna rugi, cuma keuntungan yg korang dapat tu berkurang sikit. 

Jangan panik smpai nak serbu bank pulak, PNB yg declare dividend tu, bukan bank. hehehe
Not every day is monday. Mana ada pelaburan yg semakin naik dan naik mencanak naik setiap tahun, if ade pun, dia akn bwat correction (split unit). KLCI index pun sekarang ni pada aras 1620. Sebelum ni dah nak break 1700(tahun 2016) tapi xberjaya disebabkan keadaan ekonomi yg serba 'bearish'. Terlampau banyak faktor dalam dan luar yg menyebabkan keadaan mcm ni. 

Jangan buat keputusan terburu buru hanya kerana dividend semakin berkurang. Bandingkan jugak dgn keuntungan bank (interest). Adakah dividend lagi rendah dari interest? atau sebalik nya. Kira betul2 dan ingt balik detik2 pertemuan kita dahulu 😚. Kalau lupa, mai shah bg some refresher sikit.
shah just bagi pengiraan utk tahun 2016 jerla ok.

-200k,30tahun,5%
-no takaful
 

-monthly RM1073.64
 

-dividend 6.75%

modal setahun-RM63 prosessing fees
-RM1073.64 X 12= RM63 + 12,883.68
= RM12,946.68


Hasil
=dividend + prinsipal
= (6.75% x 200k)+(200k-197,049.31)
= RM16,450.69


untung bersih
=hasil-modal
 

=16450.69-12946.68
=RM3504.01


ROI 27.06%

see?? nampak x berapa % keuntungan yg anda dapat walaupun pada kadar 6.75%+0.5% .. 27.06% xcukup ke? bersyukur la ok 😊.
Kene faham installment bulan2 yg kita bayar kpd bank, bkn semua dpt dkt bank..installment tuh sebenarnya boleh dipecahkn kpd 2 bahagian, iaitu nilai prinsipal dan kadar keuntungan bank. Prinsipal ni lah yg mgurangkan baki pinjaman anda. So keuntungan dari prinsipal ni, kalau yg xfaham, dia xkan tau ada lg nilai keuntungan selain daripada dividend. Cuma prinsipal ni akan dapat balik waktu korang terminate or sampai tempoh matang.
*conclusion dia ROI just berkurang dari 36% kpd 27.06%.




ASB LOAN ada GASA (Insuran)

Tahukah anda,apa jua loan dalam Malaysia ni,ada insuransnya.Termasuk ASB loan.Irda nasihatkan,jika ambil loan asb,ambil lah sekali dengan insurance walaupun tak wajib.Walaupun anda plan dalam masa 5 tahun anda nak terminate,tempoh loan anda 30 tahun,tapi boleh sahaja reduce insurance tenure 5-10 years untuk kurangkan premium,ini hanya consultant yang berpengalaman boleh play around with this term.Ia untuk cover anda dari TPD/Death selagi anda bayar loan tersebut  sekaligus boleh kurangkan installment jika tenure insurance anda rendah.

Contoh:Malang tak berbau,ajal kita tak tahu.Anda dah sign package asb loan islamic 200k,baru bayar sebulan,mintak jauh,tetiba anda accident,hilang upaya kekal,secara automatik anda boleh claim dengan bank.

Atau,anda meninggal terus,sekurangnya ada 200k untuk waris.Bayangkan jika anda hanya buat saving bulanan,contohnya 500 sebulan.Itupun simpan hari ini,hujung bulan keluarkan,jadi apa nasib pada waris yang tinggal?Tahu tak duit ni macam air,contohnya simpan dalam akaun yang ada atm card,and  anda tidak perasan duit tu mengalir.Ada sahaja yang terbeli.Apalagi sistem atm card yang ada function debit card paywave,confirm-confirm lagi mudah ia mengalir keluarkan.Apalagi kalau anda bukanlah orang yang berdisiplin mengatur perbelanjaan.


Bila buat asb loan,dah confirm-confirm anda sudah buat persiapan,yang paling bagus,kalau jadi apa-apa kat kita,ada something untuk mereka yang tersayang.Dan dividen pun hanya boleh dikeluarkan setahun sekali.

Perlu sebelum buat komitmen lain

Gen y,atau fresh graduate sekarang,baru kerja sebulan.Komitment pertama mereka selain ptptn adalah kereta atau pun credit card.Sebab itu statistik laporan KDNK negara,golongan yang muflis adalah yang muda-muda lingkungan bawah 35 tahun.Belum masuk statistik AKPK.Kerana apa?sebab tersilap percaturan perbelanjaan.

ASB LOAN,ADALAH komitmen pertama yang wajib anda buat sebelum buat komitment lain.Walaupun ia komitment,hujung tahun anda dapat hasilnya.Dan komitment ini tidak sama sekali mengheret anda kepada ccris atau blacklist,tak boleh bayar,cancel sahaja tanpa penalty.T&C

Bayaran yang baik juga akan create disiplin ccris yang cantik,memudahkan anda untuk buat loan lain dengan bank seperti rumah atau pun bizness loan.

Ramai beranggapan ,buat asb nanti loan rumah tak lepas.Come on,! ukur baju  di badan sendiri.Tengok gaji dan kira DSR.Ini biar banker yang jelaskan.Mereka tahu bagaimana membantu anda.Jika anda plan nak beli rumah dalam 3 tahun dari sekarang,ini masanya anda simpan duit untuk 10% deposit pembelian rumah.Jangan ditakutkan dengan momokan asb loan buat loan rumah tak lepas.Itu sebab anda buat asb loan tanpa berbincang total komitment dan planning anda untuk jangka masa beberapa tahun dengan financial advisor anda.Sebab itu perlu mencari advisor yang kerja jihad fisabillah.Kerja commision nak,membantu anda juga dia nak.


Sebenarnya banyak kelebihan lain jika anda masih mampu bertahan menyimpan dalam asb dan meneruskan asb loan,Ia perlukan sejam dua untuk berdiskusi.Jangan anggap bank sahaja untung,adatlah kalau bank bagi pinjam ada interest dikenakan,tapi win-win situation lah kan.

Sedangkan kalau pinjam adik beradik atau sedara pun kalau payah bayar muncung mereka sedepa kan?.Tak pun diungkitnya 7 keturunan kan,ha si polan tu dulu anaknya nak belajar,akulah yang tolong,ha dia tu kahwin dulu hutang paklong aku tu,ha dia tu masa nak buat rumah,aku lah yang tolong.Tak gitu?tapi bank,anda buat pinjaman asb tak de pun diorang nak ungkit anda guna duit dividend beli rumah,hantar anak pergi belajar jauh-jauh ,ataupun nak tambah orang rumah :P~..kahkah

bank tak ambik kisah pun dengan duit dividend tu.Paling-paling lambat bayar kena late charges.tak bayar dua bulan terus jual,certificate itu sahaja!

Appreciatelah sikit...

Bila ambil loan asb,pastikan  tiada contract.SO far cimb bank offer,tujuannya jika terdesak yang amat sangat jika tidak mampu membayar,anda just isi borang untuk cancel tanpa  apa-apa penalty.Ia mudah dan tidak menyulitkan anda.Term&condition ni patut anda tahu sebelum anda sign mana-mana package asb loan


Jangan tunggu,kalau anda dah berusia,installment anda lebih tinggi.Mulakan dari sekarang.Apapun jangan dengar cakap-cakap orang,tapi kaji sendiri dan jumpa the right person untuk penjelasan.Rajin-rajin buka google kitab,hadam dan paham,bukan dengar penjelasan orang ikut sedap.

Ini bukan hanya sembang kedai kopi atau sambil beli ikan di pasar,tapi ini perlukan sistem pengiraan dan pemahaman.Langkahkah kaki ke institusi perbankan untuk bertanya soalan.

Jangan jumpa orang yang push product dengan anda,tapi jumpa orang yang boleh bagi pro dan contranya.Dan irda hanya berkongsi,pilihan anda yang tentukan.

Looking for financial advisor?contact me. if u in klangvalley.CALL dont message cause sometimes irda tak sempat nak reply


im advisor ,sincere banker

im not product pusher!

chillx!

Thank you..







thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

20 comments

  1. Beautiful entry. Loved and understood reading it. Satu iklan yg menarik.(Ini bukan blogwalking)

    Irda, when we borrow a little sum of money and we can't pay it back to the bank, it's our problem but when we borrow a lot and we can't settle the loan then it becomes the court's problem.

    *saya gelak bila teringat pertanyaan irda, "kenapa gambar itu dihitamkan."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertanyaan tu saya dah jwab di entry saya.

      Delete
    2. yg itu sy setuju, tp terpulang nak letak gambar ke x..& now i inderstand..yepp

      Delete
  2. ya tuan...sy terbaca entry tuan n gambar sebelah jepun tu dihitamkan..nanti sy singgah dan baca..terima.kasih tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah panggil saya tuan, saya ni macai je.

      Delete
  3. Bukan prejudice Irda tapi realitinya org kita memang amat takut utk terjun ke angka besar
    Sebenarnya ramai yg lebih dari mampu tapi tidak berani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni Hsna pun setuju kak..bukan tak mampu tapi tak berani plus ilmu tu masih samar2

      Delete
  4. ye kak.itu lah realtinya....:)

    ReplyDelete
  5. Kak pelabur ASN/ASB yg kekal sejak ianya dilancarkan tapi pada kak kalau nk untung tinggi berniaga sendiri...duit keuntungannya bolehlah labur dlm saham amanah yg kurang risiko kecuali devidennya yg turun naik.

    ReplyDelete
  6. mmg adat pelaburan, untungnya ada banyak, ada sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nohas..bijak sangat,,kan senang semua client irda macam akak..hehe

      Delete
  7. Kerana orang kita ni,boleh bayar astro ,walaupun tak tengok sangat Tv.(pergi pagi balik petang bila masa nak layan kan),Boleh register Gym,siap autodebit creditcard...


    mmg tepat pepatah... biar papa asalkan bergaya... ni laa org kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe....itu pepatah lama masih ada hingga kini..:)

      Delete
  8. yee biar papa asalkan begaya...ni memang style orang kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi husna..how r u dear?hehehe betul tu

      Delete
  9. biar je buat pelaburan, agak2 terdesak boleh jual..then amik lagi..
    hik hik

    ReplyDelete
  10. Ada artikle menarik la.. Tahun lepas punya baru baca tahun ni.. Hehe..

    Dividen ada naik turunnya kena terima hakikatnya.. Tp ttp juga ada dividennya kan irda.. Hehe..

    Pada pandangan sy la pula, sy lebih suka asb yg biasa tu.. Sbb tidak ada perlu terikat dgn comitment every month to pay.. Hehe.. Sbb purchase value makin hari makin kurang jd sementara ada duit ni boleh la guna sikit utk diri sendiri.. 😄

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM