Antara sebab loan ASB dibatalkan

05:23:00

Di bank.mata kalau petang je macam susah dah nak bukak!
Lagi ramai org cancel asb..lagi ramai pula orang apply..
hanya jauhari mengenal manikam..
yang cancel datang balik buat..
bila cancel macam tak percaya dpt refund..

"jangan banyak sembang kedai kopi..ini bukan bicara sambil makan..bukan pula di pasar sambil beli ikan..bukan pula "omongan"kosong nak sekedar cari makan..
ini perlu duduk dan pemahaman..kalau malas membaca..jumpa the right"orang".kasih jelaskan."ini namanya pantun nak cepat..haha


 Antara 5 sebab ramai yang datang nak cancel ASB LOAN.

1.Yang tak faham konsep menyimpan dalam asb,tak sabar tunggu untuk dapatkan dividen yang tinggi.Sedangkan asb masih beri pulangan tahun ini walaupun sikit,sedangkan investment lain,jangankan pulangan ,rugi malah ada.

2.Nak reduce commitment,ada yang datang sebelum ni apply 200k,dengan faktor ekonomi dan sudah bertambah komitmen,agak menjadi beban,jadi mereka batalkan yang lama buat yang baru dengan amount yang lebih kecil.

3.Ada orang sebab nak dapatkan cash advance.Mana-mana investor yang dah buat pembayaran 5 tahun keatas,maknanya sudah dapat 5 kali dividend,suddenly perlukan duit extra untuk renovation atau buat business,jadi dengan membatalkan asb ,bank akan pulangkan principal repayment,kalau 200k,maybe dalam 29k principal payment akan dapat as refund.(amortization amount dalam istilah perbankan)

4.Bila loan rumah atau loan lain tak lepas.Remember bila buat asb loan,ukur baju di badan sendiri,jangan dengar cakap consultant yang tamak,tapi cari consultant yang nak tolong anda.Contohnya gaji 2000,janganlah ambil loan asb sampai 200k,instalment sebulan dah 1000+,bila ini berlaku confirm loan lain tidak lepas sebab melebihi DSR.Jadi nasib baik loan asb tiada contract dan tiada penalty dibatalkan,jadi batalkan dulu,nanti loan rumah dah lulus,boleh apply balik.Walaupun hanya pembayaran setahun,tahun ke dua boleh rolling dividend,REMEMBER,ia tetap under your commitment.Kelulusan asb itu senang,cukup anda sudah bekerja 6 bulan,bumiputra,tiada CCRIS atau sangkut PTPTN ,CONFIRM lulus,sebab asb jatuh under secured loan

secured loan mean,anda bayar dulu baru dapat hasilnya.Tapi loan rumah atau personal loan,jatuh pada unsecured loan,bukan senang hendak lulus,jadi DSR adalah level paling penting untuk anda jaga,termasuk disiplin pembayaran dengan bank harus cantik.Jangan suka-suka bayar lewat walaupun sebulan,sebab dissitu bank akan nilai anda untuk bagi loan lain.



5.Ikut-ikut kawan.Bila ikut-ikut kawan tanpa advisor yang betul ni susah.Bila orang cakap rugi,kita pun kata rugi,sedangkan nak suruh menyimpan sendiri memang tak lah kan.Sudahnya bila loan asb cancel,tahun depan orang syok ambik dividend,awak updatelah buku asb yang tak tinggal beberapa je tu.Alasan tak sempat nak simpan sendiri,kan bagus buat loan,at least tak banyak dapat sikit,end up,bayar-bayar you still dapat that principal ,betul tak?kalau duit tak de ada kawan nak bagi pinjam ke?kalau duit ada...yang musuh pun boleh kawan,betulkan?Jadi rajin-rajin membaca dan bertanya,jangan dengar cakap-cakap orang,awak yang bayar,awak pula yang rasa..pilihan kena pandai-pandai kaji dan semak...

Antara 5 sebab ni,bila jumpa irda ada yang dah beriya-iya nak cancel,datang buat balik,ada yang datang cancel tak jadi,dan ada yang cancel hari tu,hari tu juga signup yang baru.

Sudahnya,mata ni kecik besar,kecik besar je pandang pc kat ofis tu...

Ok..good morning,now 5.10am,irda terjaga pukul 4.30am tadi,mimpi tak best pulak pagi ni,terjaga terus google maknanya mimpi,bila dah menggoogle menaip lah sekali kan.

Today irda masih ada training.Alya appointment dengan doctor pagi ni..so ingat nak prepare breakfast dia dulu..

ok readers...be positive,mulakan hari dengan melangkah kaki kanan keluar rumah,being nice to all people,be humble,down to earth,insyaALLAH more rezeki coming.Irda ada appointment coway,satu nak beli,satu nak jadi ahli under irda,tapi hari ni full day training,memang tak sompeklah alamatnya..

ADA 2-3 orang wassap irda,"2017 bukan no more banking ke"...YUP..Thats my plan,But bank still sayang I,dia hold incentive I untill March.kekeke..and dia sponsor i satu training full with knowledge about market outlook 2017,for malaysian market,dan international market,and this knowledge i should appreciated.

I just follow the flow,bila tiba saatnya pasti akan ditinggalkan jua,setiap sesuatu pasti ada akhirnya,dan saat itu kita juga pasti sudah cukup-cukup bersedia.InsyaALLAH,Tuhan tak pernah kejam pada hambanya yang tak henti-henti berusaha,trust me,jika kita mahukan sesuatu,kita berusaha keras,dan berazam untuk mendapatkannya,bukan saja diri kita,seluruh alam ini akan mendoakannya...Trust me..

Yang penting remember one thing"everyday is a new opportunity to reach,dont give up,Allah always beside u"Yang penting bekerja lah dengan niat LilahitaALLAH dan mencari rezeki halal ...amin







thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

7 comments

  1. Assalamu'alaikum Irda...

    Semoga Allah SWT permudahkan apa juga perancangan Irda...:)

    ReplyDelete
  2. info yang bermanfaat..thanks share :)

    ReplyDelete
  3. 6. Terpengaruh dengan skim MLM atau cepat kaya sebab nak untung banyak dan kaya cepat.
    Last2 lingkup.

    ReplyDelete
  4. kita perlu faham konsep loan ASB ni..

    ReplyDelete
  5. Saya baca and faham sebab entry terang.
    Mungkin ini bidang irda.

    ReplyDelete
  6. ASB bonus tahun ni.... Hurmmm... Lepas lah kalu nak beli ubat gigi... ha ha ha...

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+