Lunch Treat for HM Coway and Welcome my new Job Scope

20:31:00

 Rasa berat hati ini untuk meninggalkan coway,walaupun orang cakap jual coway tak glamour,pacak pasar malam,tepi bank,singgah rumah ke rumah jual penapis air coway je,tapi walaupun buat secara geli-geli,income setiap bulan tak pernah mengecewakan.Alhamdulilah..

Yang penting dalam coway majoriti team adaah kawan sekolah rendah dan menengah ..lagilah riuh rendah dan happy je..,Tapi irda kena buat decision,untuk slowkan pergerakan di coway dulu.Bukan apa,bila irda dah di management level,agaklah tidak molek irda focus kerja lain.Walaupun menteri suruh kita buat dua kerja,tapi irda tahu sampai mana limit irda.Jadi buat sementara waktu irda slowkan aktiviti,bukan meninggalkan terus,cuma ingin focus dengan satu tanggungjawab terlebih dahulu.Selebihnya biar masa dan Tuhan tentukan dimana jalan irda lepas ini.

Jadi untuk menghargai orang belakang tabir dan untuk menyampaikan hal ini dengan Fadly dan wife(my childhood )friend,tidaklah molek rasanya kalau irda senyap macam tu sahaja,atau left group tanpa sepatah kata.Jadi irda pun bawa diorang for lunch treatJadi masa lunch tu lah irda bagitahu apa plan irda sekarang.

Walaupun wajah kedua-dua mereka agak berat,tapi mereka juga sangat professional untuk menerima keputusan irda.Bagi mereka apa yang terbaik ikutlah sahaja.Irda pun rasa lega bila dah cakap baik-baik ,masuk secara baik,dan bila slowly tak aktif pun explainlah secara baik.Itulah cara kita menjaga silaturrahim dan relationship dengan kawan-kawan secara matang dan professional.

Lunch Treat for HM Coway and Welcome my new Job Scopeating, table, food and indoor


 Lunch Treat for HM Coway and Welcome my new Job Scopeating, table, food and indoor
Lunch Treat for HM Coway and Welcome my new Job Scoped food
Thankyou Fadly & wife untuk tunjuk ajar selama ni.
this couple(husband &wife) manager for korean company(coway).both of them.earn 5 figure in a month.still humble and helpful.
thanks for your guidance selama ni..
moga kita semua berjaya dalam.bidang masing-masing..dan keep.in touch..

 Lunch Treat for HM Coway and Welcome my new Job Scope
 Irda bawa diorang makan The chicken rice shop di KL Convention Centre.Hari closing pun curi diorang sekejap dari team lain.Cik ida nonstop telefon berbunyi semua orang cari walaupun tengah makan.

Lunch Treat for HM Coway and Welcome my new Job Scope
Sepetang lepak puas-puas di coway,lepas ni susah dah nak datang.


Lunch Treat for HM Coway and Welcome my new Job Scope

 Lunch Treat for HM Coway and Welcome my new Job Scope


persamaan kami??kami kwn baik sejak zaman sekolah rendah!.kami juga rakan business.i will leave them for temporary.but for sure this relationship will continue.Sedih pula rasanya,tapi so far alhamdulilah irda tak pernah lupakan kawan-kawan,dan diorang korang kalau dah bergelar jutawan nanti bawalah irda sekali tau..Hiks...

 Syu and Fadly,
Irda pilih banking buat masa ini bukan tidak yakin pada coway,sedangkan 9/10 rezeki itu dari perniagaan.Tapi kadang-kadang dalam hidup ini kita harus memilih yang terbaik buat orang lain.Walaupun kerja dengan korang tak stress,asyik nak gelak sahaja,buat masa ini banking adalah jalan rezeki utama,insyaALLAH pada suatu hari nanti aku akan focus buat business betul-betul,kalau dengan izin ALLAH.

Sekarang dengan kehendak ALLAH,aku pergi ke tempat lain jauh dari korang,tapi walaupun jauh kalau ada business aku akan transfer pada korang,yang pastinya ukhuwah kita dari zaman kanak-kanak dan sampai bila-bila tetap macam ni.Tahu tak apa yang best dalam business dengan kawan-kawan,kita dah kenal lama,tahu perangai dari kecik,zaman hidung meleleh hingus,zaman songkok senget sebelah,zaman stoking koyak terkeluar jari kaki,skodeng kaki korang..haha,zaman tulisan comot,itu dah sama-sama kita lalui,jadi dah takde sentap-sentap kalau terlepas kata dalam berniaga kan?kan?aku minta maaf eh kalau aku ada salah..moga lebih suksess sama-sama...aamin

"Mahukah kamu aku tunjukkan amal yang lebih soleh selain dari puasa dan solat?Engkau Damaikanlah orang yang bertengkar,menyambungkan persaudaraan yang terputus,mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah,menghubungkan pelbagaikan kelompok dalam islam dan mengukuhkan  persaudaraan di antara mereka adalah amal soleh yang besar pahalanya.Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya hendaklah dia menyambungkan tali silaturrahim"(Riwayat Muslim)

Lunch Treat for HM Coway and Welcome my new Job Scope
Ni lah nama sebenar I :)..hehe


1st March 2017,bermulalah position baru di tempat baru dan angin baru.Irda ambil ini sebagai career progression.Dan kalau esok-esok tidak lagi bekerja di bank,ada bahan untuk diceritakan untuk anak-anak mahupun cucu.See,panjang betul irda berfikir..

Boleh cerita dengan cucu,dulu nenek kerja di bank ni bermula sebagai kerani.Dan lepas tu jadi PA,kemudian masuk marketing line,kemudian masuk management line.Jadi kesimpulan dari sebuah cerita itu,jangan takut mencuba sesuatu yang baru,jangan takut dengan kata-kata orang,bekerja keras dan kerjalah lebih dari apa yang diminta,pasti ada sesuatu yang lebih baik menanti.Cemerlang pendidikan belum tentu menjadi pekerja cemerlang..cemerlang kedua-duanya adalah bonus untuk kita.,

Irda tidak anggap ini sebagai naik pangkat,irda anggap ini sebuah jalan CERITA dari Tuhan,untuk belajar perkara baru.Esok-esok kalau ada company sendiri,irda tahu uruskan hal perkeranian,kemudian titik bingik hal administration,kemudian tahu nak cari income dan sales untuk company(marketing line) dan seterusnya tahu uruskan staff sebagai leader (manager level)bukan boss semata-mata.InsyaALLAH man jadda wa jadda,man sobaro zafiro!

Tuhan,permudahkan urusan irda ya ALLAH.Moga menjadi leader yang baik,yang aktif dan produktif moga dan moga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki dengan posting baru ini.Wish me luck readers...

takut sebenarnya,bukan mudah berada di kedudukan antara management dengan staff.Nak jaga 60 CONSULTANT,24 BRANCH,24 BRANCH MANAGER..belum lagi perkara-perkara di belakang tabir perbankan dan product owner.Moga ALLAH memberi kekuatan dan irda lebih sukses nanti,Siapa lagi untuk irda bermohon selain Dia.Dia maha mengetahui perjalanan irda selepas ni....

HOD,Regional Director adalah orang-orang yang akan irda berhadapan di office baru nanti.Moga semuanya baik-baik sahaja...aamin

Menjaga hati orang tidak semudah mencari sales,ya ALLAH jagalah tutur kata ku,hikmahkanlah setiap tindakanku,agar kehadiran diri ini memberi manfaat kepada orang lain.Jadikan setiap perjalanan selepas ini perjalanan yang tak putus-putus kejayaan demi kejayaan.aamin




thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

11 comments

  1. Wah, tahniah2x naik pangkat. Rezeki yg tidak dtg bergolek kan, man jadda wa jada. Alhamdulillah...semuanya dari Allah.

    Elokla buat pilihan yg mana kita rasa terbaik buat diri kita, nak kejar dua2, takut tak terbuat kan.

    ReplyDelete
  2. Tahniah bekerja di position baru.
    Semuga keputusan yang dibuat adalah yang terbaik.

    ReplyDelete
  3. tahniah Irda...semoga success selalu walau bila berada di management level ni mmg memeningkan dan membuatkan kita stress...semoga terus berjaya

    ReplyDelete
  4. Wahhhh tahniah ya! semoga terus sukses inshaAllah.

    ReplyDelete
  5. tahniah babe. moga terus sukses dan dipermudahkan usaha mencari rezeki untuk keluarga. ehemm taknak receptionist ke? hahahaha

    ReplyDelete
  6. Tahniah ye Irda..mmg terbaik! semoga terus berjaya dimasa akan datang..boleh blanja sy nanti hehe

    ReplyDelete
  7. Wahh tahniah. Selamat berkhidmat di tempat baru :)

    ReplyDelete
  8. tahniah irda, selamat berkhidmat ya

    ReplyDelete
  9. Salam sis Irda..
    oh..da stop fulltime coway ke..
    xtau pun ni..

    Moga semakin dmurahkan rezki ditmpat baru ye kak ^_^

    ReplyDelete
  10. wahhh tahniah!! great job with great responsibility!

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. tahniah irda atas kenaikan pangkat ^^ memang ada ciri2 seorang leader. Kagum dengan cara irda menjaga persahabatan :)

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+