Proses pindah rumah:Lampu hiasan pilihan

10:07:00

: "Rasulullah pernah berpesan :Jika kamu ingin membeli rumah atau membuat rumah.lihatlah dulu siapa jiranmu!"

Pesanan singkat ini irda pernah terbaca dalam satu buku.Ya siapa jiran kita,patut diambil kira sebelum kita membuat pilihan untuk tinggal atau bermaustatin di sesebuah penempatan.Kadang-kadang siapa kita untuk menilai orang lain kan?Tapi melalui suasana luar rumah atau sekeliling rumah,kita boleh kenal siapa bakal jiran kita.,jiran pembersihkah,orang bujangkah,orang berkeluarga kah,bangsa Melayu dan islam kah,atau bangsa bukan islam atau foreigner,itu semua kita boleh tahu dengan cara melihat,dan buat survey dengan kawasan kejiranan.

Kenapa Rasullulah berpesan begitu?Mungkin untuk menjamin keselesaan kita sekeluarga,dan bukankah jiran adalah saudara pertama untuk kita meminta tolong jika ada apa-apa?Jiran yang baik dan saling memahami akan menghasilkan kerukunan hidup berjiran.Jika kita beranak pinak,apa yang anak kita lihat diluar rumah akan mempengaruhi perkembangan minda mereka juga.

Ye lah kalau dapat jiran orang bujang,kalau jenis yang bawak motor merempit,bising malam-malam,kan nak ditegur jadi isu pulak kan,kalau dapat bangsa lain,kalau kita jenis tak kisah tak apa,sekali bau itu bau ini kita alah bauan,sebab setiap aktiviti keagamaan ada cara mereka sendiri kan,nak tak nak kita kena hormat kalau dia sudah jadi jiran kita.Sebelum jadi jiran kita masih boleh memilih...Jadi konklusinya:rumah yang besar tapi jika kawasan kejiranan atau siapa jiran kita  belum mencapai standard selera kita,percayalah sedikit sebanyak ia akan menggangugugat keselesaan kita di rumah.Sebab itu pesan Rasullullah ada benarnya...

Pakcik irda juga ada bagitahu masa mula-mula beli tanah ni. "Jika boleh bila buat rumah nanti,pintu utama rumah hendaklah menghadap matahari terbit kerana disitu tarikan murah rezeki ke dalam rumah"Tapi rumah irda,pintu dapur pula yang menghadap matahari terbit..oklah,belasah je lah...Pintu dapur pun pintu utama juga bagi irda,sebab setiap rezeki akhirnya dibawa ke dapur,Hanya rezeki yang kita makan itulah rezeki kita,jadi dapur kan tempat menyimpan,memasak dan tempat makan,itulah rezeki yang sebenarnya,tapi harta yang disimpan,duit yang dalam bank belum pasti itu kita punya!Manatahu belum sempat guna,dah innalillah..hiks!

Dan kalau boleh kedudukan toilet janganlah selari dengan kepala kita bila sujud menghadap kiblat.ok yang ni memang ikut.

Kesemua faktor ini ada yang dapat irda penuhi,tapi ada juga yang tidak,

Bila tanah dah dibeli,dan bila rumah dah siap dibangunkan,lepas tu,tahu tak apa yang buat poket semakin rabak?nak fully furnisedkan dengan perabot pula,barang-barang elektonik dan perkakas-perkakas baru.Setiap kali mak bagitahu walaupun tak minta,as anak sulong memang paham sangat mak nak bende tu!

Salah satu wishlist mak adalah lampu hiasan!Sebelum pergi kedai lampu,ya ALLAH susahnya nak buat hati ni ikhlas,ye lah banyak benda lain nak beli oii..nak beli kitchen cabinet,katil baru,aircond setiap bilik dan ruang tamu,,fuhh!gugur rambut bila duit macam air keluar .belum lagi..kelengkapan dalam bilik air,dapur dan so on..kenapa lampu hiasan juga yang menjadi perhatian utama mak>?Tapi pujuk hati..alaa rezeki mesti ada tang lain...Memang pun,ada je rezeki untuk belikan mak part yang ini,selaju ia keluar,selaju itu juga Allah bagi dari sudut lain..

Finally kedai pilihan mak adalah kedai "ONELIVING" berdekatan dengan batu caves,Gombak.Kedai ni baru baik pulih dari kebakaran tempoh hari.Masuk kedai ni mak senyum-senyum je.ayah pula no comment..sebab dia malas nak layan mata orang perempuan kalau memilih..huhuu

Oklah satu set lampu harga dalam 989,kalau amik dua dapat murah sikit,Tawar punya tawar irda dapat RM1500 untuk dua set?Ok tak harga tu?entahlah irda takde pengalaman membeli lampu-lampu hiasan gini,selalu pakai lampu mentol cap pasar malam pun ok dah....nasib takde generator je kat rumah irda.haha

Sebab lampu ni agak complicated untuk dipasang,siap minta adik yang tolong promote tu datang rumah pasangkan.Sebab diorang tak sediakan servis tu.Apa daa,kenalah ada kan,baru customer senang hati.

Sebab irda tiada kepakaran untuk memasang lampu tu satu-satu,dengan anting-anting berjurai dengan mentol yang banyak,arghh malas lah,ni kerja teliti ni,kan pecah naya..

dan malas nak susahkan orang lain,pujuklah adik sales promoter tu datang.Mula-mula dia caj RM200 just datang untuk pasang.amboi dik,ekau punya duit kopi,suko hati telan akak 200 eh,keje berapa minit tu.Tapi takdelah marah dia,orang ni kalau kita marah kan langsung tak nak tolong..

Lepas tawar-menawar sikit,turun RM 100,Then 80,Finally dia minta RM60 je, untuk pasang.Oklah tu..kesian akak dik,ko caj 200 bukan jauh nau kedai dengan rumah,gelak-gelak pulak dia..Dahlah tangan akak terketar-ketar bayar duit lampu,ekau minta banyak-banyak just nak pasang je..isk...minyak naik sekarang dik!haha..dia gelak dan setuju datang rumah dan pasangkan...

Taraaa..siap pun!

Proses pindah rumah:Lampu hiasan pilihan
satu belah kanan

Finally...mak senyum lebar bila lampu tu dah siap pasang di ruang tamu utama.Lap dahi juga,nasib mak tak minta lampu gini di ruang tamu bahagian belakang yang berdekatan dengan dapur..Maybe tak belikan sekarang,next time ya mak.:)kalau mak tak minta pun orang akan belikan untuk rumah baru mak.!doakan lah anak mak ni jadi jutawan..hahaha..(besar betul cita-cita aku!)

Proses pindah rumah:Lampu hiasan pilihan
satu belah kiri

Bytheway,bukanlah irda kedekut nak belikan mak,walaupun mak tak mintak dengan irda,tapi tengok riak wajah mak,tahu sangat ,almaklum orang tua ni suka sangat lampu meriah-meriah gini di rumah,.Kalau tanya irda?Irda tak minat pun lampu hiasan,irda lagi suka jadi kan bilik macam ofis sebab boleh buat kerja, fikir kerja 24 jam!

Proses pindah rumah:Lampu hiasan pilihan
credit photo to google:SOHO idaman

My wish list?Irda nak ada SOHO di rumah,insyaALLAH planning irda nak bekerja dari rumah lepas ni.Doakan ya..masanya akan tiba..

Ok next entry irda akan  share story apa kalimat azimat irda guna untuk dapat harga kitchen kabinet murah berbaloi-baloi...Serius murah lah,within bujet irda!Esok Monday ada doa selamat di rumah baru mak,Jemput officemate,budak-budak coway,saudara mara,in law and cousin.Rumah masih banyak yang kosong,takpelah senang sikit nak buat doa kan,semua bersila atas karpet,cause no perabot lagi..

Pakcik ada pesan"Sebelum duduk rumah baru,seeloknya buat bacaan sikit,bukan housewarming (a party celebrating a move to new home tu,)macam orang putih tu,just buat makan-makan,menjamu saudara mara,kalau dapat panggil anak yatim pun bagus,..yang penting sebelum duduk rumah tu kena baca doa dulu,panggil orang surau untuk datang baca doa dan jamu mereka,Selain ia lebih berkat,ia juga akan buat rumah tu terasa sejuk untuk diduduki walaupun takde aircond,,dijauhkan dari anasir apa-apa dan minta pada ALLAH,rumah baru ni menjadikan penghuninya saling mawaddah dan warahmah,berkasih sayang,bukankah rumahku syurgaku?nak dapat begitu bukan dengan perabot mewah,tapi dengan ketenangan,,jadi mulakan dengan bacaan doa selamat sebelum duduk supaya ia memberi ketenangan pada penghuninya dan bertambahlah rezeki mereka.".aaminn.ok pakcik irda akan buat monday ni..

Mak pun ada nazar beli kambing seekor untuk dipotong dan dimasak,diagihkan dengan jiran-jiran baru mak,Iskk duit lagi..hahaha,,teruknya ko irda,kambing seekor now lebih kurang RM1K kottt,belum masuk lauk pauk lain..oii..teruknya hati jahat ku berkata-kata,ok mak,,,dont worry,i ready for majlis..Abaikan hati yang jahat yang berkira-kira ni..iskk tumbok hati jahat ni karang,,


Ada kawan tanya,"kenapa buat hari Isnin?bukan weekend..?sebab saudara mara aku takde yang keje yang office hour,isnin je lah depa tutup kedai,weekend semua busy di kedai,,,Oklah tu ekau datanglah lepas balik kerja,senang dinner kat rumah den!" hehe semua minta location!...

Now irda termenung fikir untuk siapkan lagi dua buah rumah kecil,insyALLAH MAK cakap kalau rumah tu siap buat ibadah korban pula...ok mak..apa-apa jelah,yang penting doakan je orang murah rezeki,tanpa doa mak tiada apa yang mampu dimiliki...





thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

16 comments

  1. Jiran sebelah rumah saya mcm banyak keluarga. diorang baru je singgah. kadang2 tu kena sabar ajalah sebab selalu dengar budak menangis, kadang2 menyanyi kuat2. dugaan..hehehe. cantiknya bilik yang awak nak target. Kalo dah siap jangan lupa share ya..~

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..doakan ya...memang teringin nak ada soho cam tu

      Delete
  2. Alhamdulillah, murah rezeki mak irda dan irda juga. Cantiklah lampu tu, bwrseri rumah mak kan, takpe gembirakan mak, tentu doa mak pun tak putus buat irda.
    Mak irda peminat Allahyarham artis azian irdawati ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe..tersenyum irda baca komen akak ni..hehehe..:)pandai akk ya..hahah

      Delete
  3. Pakcik duduk rumah kampung.
    Plan design sendiri.
    Jiran jauh2, hanya kehijauan di sekeliling.
    Adalah suara2 ayam, itik, kucing dan unggas memecah suasana.

    ReplyDelete
  4. Cantiknya lampu hiasan mak Irda dan cantiknya bakal bilik kerja Irda :) Siqah kurang sikit bab lampu hiasan. Sebab takde rumah sendiri kot. Kalau rumah sendiri, mesti nak paling cantik je kan :)

    Insyallah. Semoga semakin bertambah rezeki Irda atas berkat doa seorang ibu :)

    ReplyDelete
  5. LZ pun kalau pilih rumah tengok siapa bakal jiran..

    LZ doakan semoga Irda diluaskan lagi pintu rezeki tambahan pula selalu buat mak irda happy 😍..

    ReplyDelete
  6. Ada tanah sendiri boleh bina rumah besar ikut keselesaan...cantiknya lampu hiasan

    ReplyDelete
  7. Salam... singgah sini salam kenall.... :))

    Cantiknya llampu gantung camni. Bagusnya ada bilik kerja sendiri... impian gak tapi tak tahu nak letak ruang mana dah kat rumah ni hii

    ReplyDelete
  8. "kedudukan toilet janganlah selari dengan kepala kita bila sujud" abah mai pun cerewet bab toilet macam ni,nasib baik toilet rumah semua tak mcm ni.

    Cantik lampu rumah kak Irda, meriah...Semoga impian utk ada SOHO tu termakbul,hihi.

    Betul,tanpa doa mak, susah hidup kita.

    ReplyDelete
  9. jiran kat kampung sy ok je bab tolong menolong ni, yg x ok suka bawa mulut. tapi, cantiklah lampu hiasan tu 😁

    ReplyDelete
  10. seronoknya kalau dapat SOHO gitu...memang tak keluar bilik kalau dapat..hehe
    Semoga Irda dimurahkan rezeki dan semoga tercapai cita2 tu

    ReplyDelete
  11. ALhamdulillah...tahniah Irda! taste orang tua kan. Memang lain lah dari kita. Tapi takperla, Irda sebagai anak mesti cuba yang terbaik untuk membahagiakan mak Irda kan? . Anyways, kitaorg tak sempat langsung nak fikir tips2 yang Irda share pasal kena menghadap matahari, toilet tak leh menghadap kiblat. Masa beli rumah ni, memang rushing sangat. Lepas tuh tak ter 'aware'. Sedapnya Irda kambing golek golekan itu. Nak jugakkkk....

    ReplyDelete
  12. betul tu sy pun sm... tgk jiran keliling... no anjing... tu yg penting hehehe..

    btw... cantik laa lampu tuuu

    ReplyDelete
  13. pandai tawar menawar ni..hehe

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+