Alkisahnya Baju raya 2017 :OOTD

07:46:00

Sebenarnya bila masuk musim perayaan,kita golongan ibu jarang fikir untuk diri sendiri.Selalunya utamakan anak-anak,apalagi kalau anak-anak lebih dari sorang.

Raya hari tu beli baju alya di sogo dan beli baju raya adik bongsu di M3 mall,tiba time irda beli baju raya bila malam raya ,bila dah terdengar takbir malam tu,alamak Irda tiada baju raya lagi lah.

Inilah baju raya irda tahun 2017,sepasang je.Tudung tu nasib tak hampir sama dengan langsir tu,huhu tudung dari ariani,baju dari busanaindonesia,kedai di aeon big wangsa maju.Lupa apa nama kedai tapi kedai  dekat-dekat dengan macdonald tu,ada macam kedai jual baju-baju untuk pengantin,baju dinner dan baju ala-ala glamour gitu.


 Punyalah sempoi malas nak jalan jauh-jauh,irda cakap pergi giant je lah,kalau ada baju raya sambil beli air cordial,beli je lah.Asalkan berbaju baru. Dari Giant Setapak terus ke Carefour wangsa maju(AEON BIG),pusing punya pusing,jalan punya jalan,nasib ada satu butik ni,jumpa satu baju,terus sarung bila berkenan terus angkat.Oklah kan?baju last minit.


Sebenarnya hari yang sama masa lunch hour sempat juga lah pergi ke Semua House di Masjid Jamek,irda cuba dua jenis baju ni.memang dah nak beli dah,tapi satu tu takde saiz,pakai memang ngam-ngam,tapi nak juga ambil tu walaupun confirm lepas raya tak muat dah,Bila dah cuba punya cuba,yang dicuba semua yang patung pakai,irda memang suka macam tu,akhirnya bila dah berkenan dua pasang,masa nak bayar laaa machine Credit card problem tak boleh nak swipe,irda mana ada cash dalam dompet.Selalu bab-bab ni swipe je!

Ni lah baju yang irda tak jadi beli tu.



Image may contain: one or more people, people standing and stripes
Rasa nak pergi beli lagi lah baju ni.

Kecewa juga sebenarnya,nak cari ATM machine malas pula nak patah-patah balik ke kedai,hati berkata-kata"ada hikmah lah tu ta tak jadi beli,tak sedar diri saiz M tapi amik S,hahah,"sudahnya irda pun pergi walaupun hampir 40 minit cuba baju itu ini.Sorrylah kak,mesti akak tu "bengkek ".


Sebenarnya sebelum kejadian last minit ni,kawan irda hanny ajak juga pergi Jovian Mandagie butik ,katanya up to 70% tapi malas pula,Irda temankan dia pergi Ariani butik Jalan Dang Wangi ,temankan dia pusing-pusing disitu entah mengapa tiada yang irda berkenan.Entahlah irda pun tak tahu apa yang irda nak!Kawan irda beli baju di ariani,pergi pula beli baju di jovian mandagie,ye lah dia single bolehlah beli baju sampai 8 pasang.huhu..Hanny ko nak berniaga baju apa?

Nampak juga ada butik siti nurhaliza di sebelah ariani ,tak masuk pun sebab macam mewah je,nanti dah berkenan tak mampu nak beli,nangis sampai raya ,Irda satu masalah kalau berkenan satu benda tu terus tak boleh lupakan.huhu.

Bila semua dah malas semua tak berkenan,haaa amik,masa dengar takbir malam raya baru lah terhegeh-hegeh cari baju raya,nasiblah banyak kedai baju masih buka.

Mesti  tanya kan,kenapa tak beli online je,ada jugalah berkenan satu kurung moden dari cotton methaphore,kedai diorang ni di PKNS Shah Alam,dah berkenan dua pasang dah.Beli dua dapat murah sikit,dah pm dah,lepas tu kononnya nak beli sekali untuk family baju raya sedondon ,hati tak puas lah kalau beli online,nak pergi kedai tu jugak,nak try dulu dan pilih mana yang cantik dan sama dengan alya,dari hari pertama puasa sampai hari ke 30 puasa tak pergi-pergi juga ke shah Alam tu,sudahnya terkubur macam tu je niat.NEXT time mesti nak beli juga,memang cantik irda tengok design cotton methaphore ni,cuba tengok IG diorang.Disclaimair:Ini bukan iklan berbayar tau :)

Irda zoom sikit baju ni,nampak tak kerlipan bintang di baju ni.Tak tahu lah ni cuci kena drycleaning ke apa takde tulis pula,terus je cuci dengan air sabun.


Akhirnya ,di aeon big wangsa Maju ni juga pilihan hati.Baju kurung moden berwarna hitam ada kerlipan sekali.baju ni boleh pakai masa event atau makan malam sekali, walaupun harga RM300 dapat diskaun jadi RM250,tu suka shopping last minit tu.Oklah within bujet baju raya.


Sudahnya masa siang hari raya,langsung tak nak pergi beraya,sebab baju ni nampak berkelipan disiang hari dengan pancaran matahari ,rasa macam lampu neon diibukota raya rasanya.Heheh..so alkisah baju raya 2017 akan jadi pakaian rasmi di waktu malam terutamanya jika ada majlis makan malam.Oklah kan...

Appreciate your time reading this entry.Thank you,come again :)

You Might Also Like

18 comments

  1. Baju merah yang tak jadi beli tu cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak pegi beli lagi ni...hahah

      Delete
  2. tulah kan. kadang dah pusing banyak tempat pun banyak yg tak berkenan. tapi last minute carik ni pun , tgk still dpt yang cantik. last2 min ni tang diskaun tu setuju memang best kan . just size tu jelah yg dirisaukan. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..nanti 24 haribulan ni kita date kan nadhie
      .haaa pakai baju raya awak tau..mesti semakin sweet gadis brkacamata ni kan

      Delete
  3. cantiknya baju yg tak jadi beli tu. huwaaaa. Akak pun cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah..nanti akk nak pergi beli lagi sekali..make sure ada saiz..huhu

      Delete
  4. akakkk always cntik!.. smua baju tu pun cntik2 belaka.. suka ja tngokk.. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. aww..malu akak busyra,itu gambar editing memang nampak ok sikit,aah akak suka juga semua baju

      Delete
  5. Cantik semua baju-baju! Sesuai untuk raya :)

    ReplyDelete
  6. Baju tanah putih corak bulat2 tu cantiklah irda, berkenan akk tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azimah,actually irda inta nak pergi kedai tu lagi,nak cari baju tu lagi,rasa terkilan juga tak jadi beli

      Delete
  7. Baju merah tu kebaya labuh ya Irda..sweet..tak apa..insyaAllah diwaktu lain nanti...kadang dah hujung puasa tu semangat nak beli baju raya baru nak bermanja-manja..tu yang bersemangat lain macam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak,baju kebaya labuh,irda suka baju tu,rasa nya ke pejabat pun boleh dipakai,aah bila nak hujung puasa barulah rasa ada mood nak beli baju raya

      Delete
  8. cantik kebaya polos warna merah...beli last minit kdg2 best jg, rasa semangat nk sambut raya..hihi..mood raya dah mai..

    ReplyDelete
  9. kebaya merah tu cantik 😍😍😍

    ReplyDelete
  10. Adoiiii...kalau bukan rezeki kan.....sedih pulak rasa...sebab pernah lalui perkara yang sama...frust hihi

    ReplyDelete
  11. bju lace ke hitam tu kak
    cantikkkkk..yaya mmg tgh cri bju cmni ms nk rye tu tau
    tp xde kesmptan pun nak beli..sudahnya pkai je bju raya 2-3 thun lepas punya.
    Alhamdulillah cantik n muat lagi (tu yg penting..haha) ^o^

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM