Kenapa irda pilih tabung haji untuk saving anak?kelebihan menyimpan di tabung haji?

06:59:00

 Seperti entry irda yang lepas-lepas,irda sangat particular bab simpanan untuk anak. normally perempuan kalau bab berjimat cermat ni memang dengan dia lah kan.Especially kalau dah berkeluarga dan beranak pinak,tiba-tiba je jadi menteri kewangan yang bertauliah di rumah.

Seperti entry sebelum ni,irda pernah share di

baca sini [cara saya mengajar anak berjimat] atau boleh juga baca entry tahun lepas tentang [duit raya mama gunaya]

Kenapa irda pilih tabung haji untuk saving anak?
image credit to google


Entry ni semua cara irda ajar anak macam mana berjimat cermat dan menghargai macam mana susahnya nak mendapatkan wang.Memang dalam hidup ini wang bukanlah benda yang setia dengan kita,wang juga ibarat permainan tangan kanan dan kiri,ia kotor,tapi tetap dalam kehidupan kita perlukan wang untuk apa sahaja.

Jadi dari kecil mula alya dilahirkan,lepas I pantang,alya dapat banyak duit dari saudara mara yang melawat,belah husband,dan belah irda. Ingat lagi first akaun alya yang irda buka adalah maybank islamic yippie di setiawangsa maybank,kemudian irda buka akaun Amanah saham didik,kemudian tabung haji dan last sekali akauan bank islam.

Ada 4 jenis akaun,tapi takdelah banyak sangat duit dalamnya,cuma banyakkan tempat menyimpan untuk dapatkan benefit setiap simpanan dan kerana PIDM juga.

Sekarang semua akaun alya hampir zerorise sebab irda gunakan untuk investment lain yang hanya tinggal simpanan tabung haji.Jadi kenapa irda pilih tabung haji untuk teruskan saving anak?

1.Dividend tabung yang tinggi 5%-8%

Tabung haji memperolehi kitaran dividen yang dikira baik.Tambahan lagi hibah yang diberi tabung haji selepas ditolak siap-siap zakat simpanan kita.Jadi apa yang kita dapat sudah bersih .

2.Kurangnya cawangan
Buka akaun tabung haji boleh di tabung haji,bank rakyat dan bank islam.Tak semua tempat ada branch tabung haji,jadi kita terpaksa cari bank islam dan bank rakyat pula.Hal yang sukar ini akan membuat kita lupa kita ada simpanan dengan tabung haji,jadi kuranglah risiko wang tu nak dikeluarkan .Almaklum,kita ni kalau ada duit,tangan gatal nak keluarkan je kan.Bila branch jauh kuranglah risiko asyik nak keluarkan je.

Untuk deposit pula,kita boleh je kita buat transfer online di cimb clicks atau di maybank2u,caranya di cimb clicks cari paybills pilih tabung haji,caj RM 0.53 akan dikenakan per transaction.

3.Tiada atm card

Sekarang kalau kita buka akaun di bank-bank konvesional jarang sekali dengan buku,especially akaun gaji,semuanya paperless ,hanya ada atm card,kita panggil bank statement account.Kebaikan akaun ni kita tak perlu buku untuk buat transaksi di kaunter,mengurangan kehilangan buku .

keburukan nya pula bila dah ada atm card,duit pun mengalir seperti air,jadi susahlah kita nak menyimpan kalau ada machine atm nampak je nak cucuk.Akaun tabung haji takde kad atm,jadi susahlah nak withdraw.Kecuali kena cari bank islam,bank rakyat atau di tabung haji sendiri.

4.Boleh buat potongan gaji.

Irda memang buat potongan gaji saving untuk anak,diri sendiri dan mak bapak ke tabung haji.Caranya ambil borang di tabung haji,isi caruman berapa RM kita nak potong dalam gaji kita direct dari HR terus.Borang tu pass ke HR,HR DAN tabung haji akan uruskan yang selanjutnya.Bila ada potongan ini takdelah tangguh-tangguh untuk kita menyimpan.

Potongan tiap bulan bagaikan hadiah untuk ibubapa,kalau kita bagi cash kat tangan nanti mak ayah tak perasan tergunakan duit tu,duit kan macam air! cuba masuk akaun,haa setahun sekali kita bagi buku kat diorang,mesti diorang happy.Ye lah tetiba je berangka-angka dalam akaun,mahu tak syokk diorang.Saving bulanan untuk ibubapa ni tak termasuk wang bulanan yang kita bagi ke tangan,jadi kita asingkan,contoh kalau bagi mak ayah 1000 sebulan( 500 bagi tangan,lagi 500 masuk saving di tabung haji),jadi takdelah semua cepat habiskan.

5.selain tu akaun tabung haji ni tak banyak masalah,ia patuh syariah,dividend dikecualikan cukai,dan tiada apa-apa admin fees.berbalik pada normal akaun kalau ada atm card lagi kena annual fees kan,now tak salah ada yang cecah RM 15 PER YEAR.

6.Normal saving akaun ,jenis statement tak salah irda kena buka minimum RM250,sedangkan tabung haji RM10 je dah boleh ada akaun.Itu beberapa tahun lepas lah,sekarang irda tak pasti,yang pastinya ia masih rendah compare dengan bank konvesional yang lain.

7.Tabung haji  tiada had pengeluaran kalau tetiba terdesak nak pakai amount yang banyak.Tapi kalau anda keluarkan wang tabung haji di bank islam atau bank rakyat,tak salah irda maximum per day RM10,000 sahaja,pergi tabung haji sendiri baru unlimited withdrawal.



statement alya malam ni bila dia cari-cari duit raya balance lepas beli mainan.dia xjumpa lepas punggah semua tempat. "mana duit alya".she keep on counting every minute actually.pantang duit tu ada movement,dia akan kira dan kira sampai dia puas hati.make sure balance credit and debit agaknya "mama dah simpan dalam tabung haji".. "alaa napa mama simpan tabung haji,mama pikir alya nak pegi haji sekarang ke.alaa...alya nak beli chipsmore..malam ni jugak.alya xnak pergi haji.alya belum tua" tips saving for kids:cari akaun yang susah nak withdraw.yang xbanyak branch.jadi once save never withdraw untill they grow up. salah satu terbaik tabung haji:hibah dah dizakatkan sekali..kalau asb mana2 bank dah ada asb..confirm nanti sikit2 nak withdrawkan.huhu.. sorry alya...please stop counting ya. #funnystatement#savingalya#nomoretoys$whatever
A post shared by Irda Garmin (@irdagarmin) on
Yang paling penting ia adalah simpanan untuk pergi haji.Kalau pun kita tak sempat pergi lagi,yang penting ada niat ke arah itu.

.Alya complaining"mama fikir alya nak pergi haji sekarang ke".Heheh bila dia tahu duit raya dia dah kena kebas dengan mama untuk pergi haji.haha,mama save dulu for u sayang,kalau tak pun nak pergi haji cepat,nanti boleh guna untuk study.


Ok readers,moga bermanfaat ya.



Appreciate your time reading this entry.Thank you,come again :)

You Might Also Like

7 comments

  1. Perkongsian yang bagus irda.. Sha pun bukakan akaun tabung haji untuk anak-anak sha..

    ReplyDelete
  2. akak pun bukakan akaun tabung haji untuk anak2. daftarkan juga hajikan kalau kita tak sempat inshaAllah anak2 dapat pergi

    ReplyDelete
  3. Yeszaaa! Nany arituh masa Raya ke 6 kot dah pegi Tabung Haji kat KL tuh ha. Ingat tak ramai orang...sekali mak tuannn...barisan punya lah panjang. Alhamdulillah...dapat juga bawak budak2 ni pergi bank dan merasa pengalaman simpan duit dalam bank. Walaupun mama nya yang amik tiket giliran and isi form. HAHAH! lepas tuh yang kecik tuh terkebil2.."mana duit uwais" sambil tengok buku akaun bank tabung haji beliau. Kah kah kah!

    ReplyDelete
  4. Siqah menyimpan dalam TH dan ASB je. Nak elakkan daripada pengeluaran keluar jugak. Hihi.

    Btw, good info Irda =)

    ReplyDelete
  5. I hv only one bank account. Yes no saving book given to us now just the atm card. As u said we must be careful when using the card. We must gain control over the card or the real meaning is our money and the lack of it will forever control us.

    ReplyDelete
  6. betol.. elok simpan dalam tabung haji dan jangan kacau2 hehe.. insyallah untuk masa depan yang lebih cerah ^^

    ReplyDelete
  7. tabung haji ni bagus kan kak.. kami satu keluarga menyimpan di tabung haji. :)

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM