Kenapa Pilih M3 Mall untuk bawa anak-anak?

22:50:00

 Assalammualaikum,

Rasa nak bawa anak-anak ke mall dengan cost budjet,M3 MALL memang lah tempat pilihan irda.

Sebab-sebabnya:Mall ni beberapa minit je dari rumah,mall ni parking free,mall ni tak banyak sangat kedai branded,so bolehlah elakkan adik-adik mengepaww..hehe.Ceh..kedekut punya kakak!



credit photo to google

  
Sebenarnya area KL ni terlalu banyak mall pilihan,tapi kalau di hari minggu setakat nak bawak budak-budak keluar cuci mata dan tak nak jalan jauh sangat.M3 mall GOMBAK memang tempat pilihan.

Mall di kawasan perumahan berdekatan dengan LRT Taman Melati.Tak sibuk berbanding mall lain yang berada di tengah bandar Kuala Lumpur.Cuma  di M3 MALL belum ada panggung wayang,karaoke atau pusat  bowling.Kalau tidak pasti lagi meriah.

Tapi dihati kecil ni rasa macam ok je takde,setakat beli barang dapur,sesekali makan diluar ,bawak budak-budak cuci mata,asalkan berjalan keluar dari rumah,masuk mall diorang pun dah happy sangat dah.Ok lah tu kan.Bawa pergi kedai runcit pun diorang dah seronok dah,ye lah mahu tak seronok tinggal pilih,machine atm akak diorang ni.
amboi..amboii..

Sebab tu kalau kita datang M3 MALL,boleh dilihat tak ramai sangat pengunjung.

Tempat makan yang ada di M3 MALL.
  1. Boat Noodle
  2. Texas Chicken
  3. Ayam Penyet AP
  4. Mr.Teppanyaki
  5. Nasi Lemak Recipe
  6. M3 food court
  7. Georgetown White Coffee
  8. Restoran Shish Bish
Selain restoran -restoran diatas,ada jugalah kalau nak makanan ringan,seperti cool blog,hot & roll dan gerai-gerai kecil yang lain.

THE STORE,main penyewa di m3 mall.Dari barang keperluan dan juga fashion.Yang best di M3 MALL,ada MR DIY.Fuhh murah-murah dan banyak pilihan.Hari tu irda beli cover iphone cantik juga.Hanya RM 5.90 .Barang murah dipadankan dengan barang mahal,tetap nampak mahal taw..hehe,orang tengok brand apple tu je,orang tak tahu harga cover tu RM5.90...adakah ini lambang kebongkakan? hehe...ohhh tidak...

Tapi bagi Irda,kalau nak shopping baju kerja atau baju jalan ke apa,M3 MALL bukan lah tempat pilihan irda.Walaupun di M3 Mall ada NAGOYA,musim nak raya bolehlah shopping kain baju di m3 mall kot.Kalau hari biasa,entahlah tiada yang berkenan.

Tapi uols jangan salah tau,melawati mall dengan m3 mall,bunyi seakan sama.Kenapa irda cakap jangan salah?Sebab pernah janji jumpa client di m3 mall,dia pergi melati mall.Sudahnya 2 jam mencari dalam mall,siap bagitahu disini dan disana menunggu,kedai ini kedai itu,sudahnya salah mall laa..patutlah cari-cari tak jumpa kedai disebut..sungguh pahit kenangan itu..kesian client ku berpeluh-peluh mencari.

Seperti kebanyakkan mall,di M3 MALL ada juga outlet aksesori handphone,farmasi,kedai emas,kedai aksesori wanita,optical  arabic food stuff,kedai hiasan dan cenderahati ROMANTIKA dan banyak lagi pilihan.

Setakat jalan-jalan petang dan tidak kemana-mana,m3 mall memang tempat pilihan irda bawa budak-budak berjalan.

Walaupun M3 mall bukanlah banyak sangat tempat riadah untuk kanak-kanak,tapi setakat nak hiburkan diorang dengan the lowest budjet ..heheh ada je permainan yang disediakan,beli token je dik!

...bab makan tak yah kira sangat ngan anak-anak,tapi bab main-main just for fun,just nak cuci-cuci mata,irda selalu buat timbang tara .Lantaklah orang cakap kita berkira,ada benda lebih penting dari itu kan.

Contohnya penuhkan tabung ASD anak-anak,tabung haji,SSPN,or apa-apa yang lebih penting untuk masa depan mereka.Jadi setakat nak membuang masa,tempat-tempat permainan dengan limited pilihan pun dah ok.Yang tak sibuk,yang tak susah parking,yang tak sesak-sesak sangat dalam toilet,yang tak banyak sangat tempat untuk nafsu shopping bermaharajalela,m3 mall memang jawapannya!




Ok uols,thats all for tonite.Daaaa...














Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

12 comments

  1. Setuju Irda...yang penting kualiti masa yang diperuntukkan...lagi satu,kalau dari kecil diasuh biasa-biasa...sederhana bila dapat yang agak mewah insyaAllah sikap pun terus positif...tapi kalau sedari awal mewah,takut satu masa tidak dapat akan memberontak...namun terserah pada ibu bapa masing-masing dan rezeki masing-masing...apa pun setiap kita ada cara untuk mencorak dan mewarna...

    ReplyDelete
  2. Tertarik dua perkara kat situ. First free parking second not many branded shop. Tapi kalau dri shah alam tak berbaloi kalau shopping untuk satu atau dua barang.

    Thnks

    ReplyDelete
  3. M3 mall ni kita macam pernah pergi, tapi lupalah.. huuhu

    ReplyDelete
  4. belum sampai lg di sini..my boss asik ckp sbb dkt dgn rumah dia..melawati mall pun tak gi lagi..neighbourhood retail mall mmg best utk bersantai bawa keluarga di hujung minggu..

    ReplyDelete
  5. Hai irda, lama dah akk Tak singgah sini, Makin menarik Dan berimfomatif blog irda, tahniah..
    Akk plak makin lemau nak menulis, hhu.

    Tempat shopping yg menarik juga kan.

    ReplyDelete
  6. Konsep kesederhanaan itu bagus diamalkan.

    ReplyDelete
  7. M3 Mall banyak tempat makan best, sesuai sangat untuk sis.
    Keluar ke shopping mall boleh tahan tak shopping tapi tak boleh tahan bila nampak outlet makanan.. Apa yang penting sebelum keluar buat perancangan perbelanjaan untuk elak budget burst, huhuhu ;-)

    ReplyDelete
  8. M3 mall . macam pernah dengar. I ni Melawati Mall pun belum pernah jejak lagi tau. hahaha

    I suka jugak tempat macam tu lagi lagi nak bawak family. setakat luangkan masa dengan anak, keluar makan okay lah kan.

    http://mommycici.blogspot.my/2018/01/burger-bakar-abang-burn-cheese-lebur.html

    ReplyDelete
  9. Wah! free parking dah save satu benda bila outing kan...
    M3 Mall ini kalau kat Seremban konsepnya lebih kurang sama dengan Seremban Getway.
    Sini pun free parking dan tak banyak branded outlet.

    ReplyDelete
  10. GV cukup suka kalau gi shopping yang parking free. M3 Mall mmg terbaik kak. :D

    ReplyDelete
  11. Wow! Seronoknya Irda. hehehe. btw tak pernah singgah lagi M3 mall ni. maybe bila ada kelapangan nanti :)

    ReplyDelete
  12. Dekat sangat ngan rumah, jalan kaki pun boleh, kalau sape2 nak datang naik lrt pun boleh, berhenti stesyen taman melati... Kedai2 tudung pun ada sini, tapi xde brand lah, ehh nelopa ada rase nyer... Memang sesuai utk jalan2 santai tak serabut sangat... Yang penting parking free...

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

COWAY PROMO

COWAY PROMO