WAJARKAH ASB?

06:13:00

enrty ini ditulis pada dingin pagi disaat kain baju sudah dilipat dan ada yang masih di laundry..yg pastinya rutin sebelum masuk kerja adalah mengemas rumah.supaya apabila pulang ke rumah ],rumah bersih dan kemas.mesti ada yang nak tahu apa kerja ku?

mempunyai pengalaman 10 tahun dlm dunia perbankan,dari pelbagai position dan yang terbaru adalah position financial personal consultant atau dalam bahasa melayunya jururunding keangan peribadi.Nama nya nampak gah..tp tugas sebenarnya sama je seperti salesman pada sesetengah company,cuma apabila dalam dunia perbakna nampak class sikit..tp tugas sebenar tetap marketing.

tugas utama ku adalah mencari org untuk invest samada dalam UT,ASB,housing loan application,credit card mahupun insurance.tp tugas rasmi adalah memperkenalkan loan asb.

apabila terlibat secara langsung dlm pelaburan asb.ramai jugalah yang bertanya padaku tentang halal dan haram asb ni.tp sebab mak ni bukanlah ahli agama,cukup mak katakan rujuklah pada badan yang berkaitan.tp sedikit pembacaan ku tentang asb ni..

asb adalah 100 percent utk golongan bumiputra,selain asw 2020,amanah saham 1 malaysia, yang anggaran dividennya setinggi 6%-6.85% adalah untuk semua kaum,tapi asb istimewa utk org bumiputra di malaysia dan anggaran dividenya lebih tinggi sehingga ada yang mencecah 8%.tapi aku pun xpasti bila ia menjadi persoalan halal dan haram,yang pastinya sejak akhir2 ini terlalu ramai ustazah dan ustad segera yang menasihatiku.Alhamdulilah ramai yang  teliti dalam bab ini tapi ramai juga yang mempersoalkan rezeki yang ku perolehi dari sumber ini.

baiklah..cukup ku katakan sila semak pada badan yang berkaitan,bagi pendapatku,,bukan sebab aku bekerja secara langsung dengan institusi ini.tp aku menerima fatwa kebangsaan,yang mengatakan ianya harus.siapalah aku untuk menghuraikan fatwa ini sedangkan ada satu riwayat menyebut jgn berdebat jika kamu tidak pasti tentangnya,dan jgn berdebat  dengan org yang kurang cerdik.jika pandangan ahli fatwa kebangsaan tidak dapat diterima oleh masyarakat,apagunanya ia diwujudkan?jd aku yang dhaif ini menerimanya dengan mengganggap ia lebih berilmu dan lebih tau daripadaku

walaupun suruhanjaya sekuriti menyatakan asb tidak patuh syariah berdasarkan garis panduan yang telah mereka tetapkan,tapi fatwa kebangsaan ada alasan tersendiri yang menyatakan ia harus.asb menjadi tidak patuh syariah kerana ada pegangan sahamnya 30% dalam maybank yang merupakan bank konvensional..dan merujuk pendapat 4 mazhab,jika minoriti,tapi majoritinya lebih banyak,maka majoriti dianggap lebih diterima.tp apabila wujudnya pendapat ini ada pulak ustad segera akan memberitahu'ohh jadi kalau ada daging babi sedikit dalam makanan,tp ia hanya sedikit maka ia harus dimakan"..kenapa menyamakannya dengan daging babi ?kita menyatakan tentang pegangan saham 30% di maybank..ia konsep yang jauh utk disamakan..contohlah sekrarang anda bekerja makan gaji dengan sesebuah company,,adakah gaji yang anda terima itu benar2 halal,adakah and pasti company anda tidak membuat pelaburan di perbankan konvensional?sedangkan kebanyakan company banyak mewudkan CA mahupun FD konvensional?jadi kalau anda merasakan ia haram,,kenapa anda masih bekerja disitu?sedangkan daging babi akan jadi harus dimakan bila dalam keadaan darurat.dan kalau tidak makan kita akan mati..itu cerita bila darurat?namun cerita asb adalah saham untuk bumiputara,,kalau asw 2020,bangsa bukan bumiputra akan beratur sampai keluar pintu bank untuk membelinya..itu pun kadang2 bukan selalu ada..tetap berebut2 untuk menabung dalamnya..tp sayanglah kalau asb yg dikhaskan untuk bumiputra,lama2 akan hilang keistimewaannya kerana tiada bumiputra yang akan menyimpan dalam situ..tp bila kita ckp xmenyimpan pasti ada org pulak kata'ala..duit bukan boleh bawak mati pun'..memanglah duit xboleh bawak mati,tp sekuranng2nya apabila kita ada simpanan,kita boleh elakkan jadi peminjam..lihat sahaja bangsa mana yang paling banyak membuat pinjaman apabila terdesak,,cuba amalkan konsp menyimpan dari dulu.kan senang

kadang2 ada org suka menangguk di aiar keruh.ilmu nya masih xseberapa,tapi suka menghurai dan merungkai tanpa memikirkan lebih lanjut.ia mengatakan itu dan ini tidak boleh,haram dan sebagainya.tp kadang2 amik cuti sakit,tapi tak sakit pun,duduk rumah atau menyelsaika urusan keluarga,adakah gaji anda satu hari itu halal utk dimakan?itu adalah contoh yang paling simple..kita sentiasa gah mempersoalkan isu nasional,tapi diri kita sendiri pun kadang2 lupa.contohnya lunch hanya sejam,kita meleret satu jam setengah,jadi setengah jam itu halalkah kita makan gajinya?fikir2kan renungkan...

bayangkan duit dividend yang anda perolehi setiap tahun,amik 1000 cukup contohnya anda sedekah pada yang memerlukan alangkah indahnya..kdg2 kita akan berasa berat hati utk menyedekahkan wang bonus tahunan kita kerana memikirkan anak nak sekolah,nak bawak ahli keluarga jalan2 dihujung tahun,namun wang asb dividen itu kalau anda berikan pada org lain,xterasa berat sgt sbb anda memperolehinya hanya dengan menyimpan..

pilihan di tangan anda..saya hanya berkongsi pandangan.Di Malaysia banyak tempat untuk kita menyimpan,seperti tabung haji,asb,unit amanah dan yang terbaru private retirement scheme..apa salahnya kita simpan di setiap tempat,bak kata orang putih,dont put everything in one basket.

Dan ingat rezeki secupak,tidak akan jadi segantang kalau kita tidak pandai menyimpan..

salam sayang,azan subuh sudah berkumandang
irda garmin
06.17am
17.03.2015





You Might Also Like

0 comments

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM