Apabila terdetiknya niat untuk mewujudkan sebuah blog..perkara pertama yang menjadi isu adalah apakah nick yang sesuai utk diletakkan..beberapa hari telah diambil.selain mengpostkan status di FB,ada jugakla kawan2 sekolah yang komen letak seperti "celoteh irda,pena irda dan apabila irda pegang micofon dan dll..rasa lawak n unik juga idea kwn2 tp masih mencari sesuatu yg lebih ringkas tapi penuh makna..

hari pertama selepas terbitnya idea,,semasa dalam perjalanan pergi ke tempat kerja.mash lagi menggarap idea bersama suami@my driver..antara idea ku ialah 'anjakan paradigma irda..cetusan irda..tapi semuanya reject dr nya'

hari kedua..masih topic perbincangan yg sama diselang-seli oleh radio hot FM menghiburkan kami di pagi hari oleh penyampai AG,fafau dAN Fizi..dengan panggilan hangit di pagi hari adalah peneman kami dikala kesesakan jalan .Di saat ku terpandang alat garmin di sebelah kiri tangan hb..terus terbit idea..'irda garmin'..hb tanya kenapa irda garmin?ada apa dengan irda garmin..

apa sebenanrnya garmin?
Garmin sama seperi waze,GPS..cuma bezanya garmin ini lebih bising dan lebih friendly.alat ini adalah pemberian adik ipar tersayang buat alongnya.mula2 agak jengkel dengan garmin dengan suaranya yang bising..kalau kita salah laluan dia akan marah kita"OH gosh...i said turn left!.i said turn left'..kalau kita ikut jalan betul..dia akan puji kita'GOOD...amazing ..u r so amazing driver..dan blabla semua ayat manis keluar..pertama kali dengan alat ini dalam kereta..buat ku rasa nak baling je dia keluar..kdg2 kita tension dia memekak dlm kereta..tp apabila kami menggunakannya..alhamdulilah jalan yang ditunjukan semua betul..siap ada jalan short cut..tidak meleret..walaupun kdg2 tiada aliran internet..dia tetap berfungsi...Garmin amat banyak membantu kami utk sampai ke destinasi dengan tepat.jadi kenapa pula aku mengambil .namanya dalam blog aku?

aku memegang kata-kata Ralph Waldo Emerson'seseorang itu akan menjadi seperti apa yang difikirkannya'..dan terbukti betapa ramai org yang berjaya dlm dunia ini dengan kuasa imaginasinya..seperti bill gates..thomas edison..semuanya menterjemahkan imaginasinya dengan kehidupan..sehingga dia menjadi org yang begitu popular dan kaya..jadi imaginasi aku..aku seperti garmin..mmg aku agak bising..kdg2 aku cuba untuk jadi pendiam seketika.ternyata seluruh sendi aku tidak berfungsi..bising dalam erti kata penuh dengan ilmu utk rujukan..aku ingin tetap bising menjadi sumber penasihat.sumber utk org lain kembali ke jalan yang benar.kerana itulah tanggungjawab garmin..itulah imaginasi aku.Tapi sebenarnya diam itu lebih baik..dan lambang manusia berilmu itu adalah lebih banyak diam,mendengar selain berkata2..jadi dengan menulis dalam blog..ia lebih banyak melatih diri utk menjadi bising hanya dengan jari2 menaip..berkongsi setiap ilmu pd org lain..kerana kdg2 kata2 ibarat halilintar..tidak sedar trucap mungkin akan megguris perasaan org lain..jadi lepaskan segala nya disini..dan biar org2 yg benar menginginkan sesuatu utk menerokanya sendiri..

aku bukan ingin menjadi pendakwah hebat.kerana dengan pengetahuan agama yang tidak seberapa..tak layak rasanya..aku cuma ingin jadi seperti garmin..menjadi tempat rujukan jika dalam kesesatan..dan aku ingin jadi seperti garmin..dpt memuji jika org lain melakukan yg hebat tanpa ada rasa cemburu dan iri hati..dan aku ingin jadi seperti garmin ingin menegur dengan berterus terang jika ada sesuatu kekhilafan yg dilakukan di depan mata..

Dan ternyata hidup ini sebuah perjalanan...pelbagai selekoh jalan kita lalui untuk sampai di destinasi..kalau kita tak pandai mengemudi..selekoh yang tajam akan membuat kita tersasar dari laluan..atau yang paling dahsyat terbabas ke dalam jurang yang dalam..jadi anggap jalan2 yang bersimpang siur dan berselekoh kiri dan kanan yang kita lalui adalah masalah dalam hidup yang sentiasa datang dan pergi..dan destinasi utk kita tuju itu adalah hari pengakhiran dalam hidup ini..jadi dalam menempuh masalah(jalan2 yang berliku)kita perlukan kesabaran,ilmu dan org2 yang boleh memberi kita nasihat..supaya kita sentiasa dalam laluan yg betul untuk sampai di destinasi..hebat mcm manapun kita.percayalah kdg2 kita perlukan bahu utk bersandar atau sekedar melepaskan resah dan gelisah..selain dicurahkan dalam sujud dan doa,,kita perlukan seseorang pendengar setia..dan irda garmin..bersedia untuk berkongsi jalan cerita kehidupannya..agar ada yang baik utk dicontohi..ada yang tidak baik utk diperbaiki..kerana kdg2 kita juga perlukan garmin dlm perjalanan yang panjang..kerana tidak semua destinasi itu kita jelas dan terang utk menujunya..dan tugas garmin hanya berkongsi laluan yang telah diset didalam memorinya..melalui pembacaan dan pengalaman sahaja...dan tugas kita sang pengemudi jalan utk bijak menguruskan setiap info yang diterima.Semoga irdagarmin lebih padat informasi untuk menjadi medan solusi dan lebih banyak perkara utk dikongsi untuk anda semua..

salam sayang
15.03.2015
11.30pm

1 Comments

Thank you,come again :)

  1. hi,seronok baca entry ni.. saya dah follow sini tau.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post