KENAPA TAKUT MENGGUNAKAN CREDIT CARD&DAN CREDIT CARD SEBAGAI SAVING BUKAN HUTANG

20:53:00

Salam semua,

semakin laju saya menulis sekarang ini bila saya melihat view saya setiap hari semakin meningkat,dari 4 org sekarang dah cecah 4169 hingga saat ini.walaupun baru aktif kembali sejak lama ditinggalkan


tapi remember,saya menulis bukan kerana nama..hehe dan macam lagu pulak,tapi saya menulis hanya untuk berkongsi,mana yang baik jadikan teladan,mana yaang tak baik jadikan sempadan,jika ada yang bermanfaat,ada ilmu yang saya kongsikan,anda amalkan,secara tidak langsung ia jadi ladang pahala untuk saya walaupun saya sudah tiada lagi di bumi ini.ishh touching pulak

ok..topik hari ini adalah credit card..kenapa credit card?setiap kali saya menjual asb?dalam form asb ada bundling dengan credit card sekali,jadi kami sebagai sales marketing akan cuba menjual 2 in one product.tapi selalunya ramai yang menolak untuk apply credit card.

sebabnya
  1. takut berhutang
  2. lebih berbelanja
  3. penyebab terbesar blacklist 
saya ingin memberitahu pada anda semua,memang konsep credit card adalah interest yang mendatangkan keuntungan pada pihak bank.ia adalah kemudahan dan pada masa yang sama jika tidak bijak menggunakannya,kita akan jadi hamba kepada hutang.itu memang saya tidak nafikan,dan rata-rata itulah yang terjadi di malaysia.

TAPI,jika anda bijak menggunakannya,amatlah membantu kehidupan harian anda,bagaimana ?saya akan jelaskan melalui  perkongsian saya dan diharap anda bersabar lah membacanya,kerana perkongsian ini telah banyak membuatkan pelanggan saya dari TAK NAK jadi NAK apply.ini bukan kuasa magic tau,tapi berkongsi secara ikhlas dan ia sampai kepada hati client.

saya mula mempunyai credit card di usia 21 tahun.iaitu setahun selepas saya bekerja di bank,dan untuk pengetahuan kali pertama saya mohon credit card di bank tempat saya bekerja,permohonan saya telah ditolak dengan alasan basic saya tidak mencukupi.almaklum starting keje bank bukan tinggi sangat gajinya.

saya yang tidak berpuas hati,walaupun bergelar junior masa itu,bukanlah penghalang  saya untuk melontarkan ketidak puasan hati kepada pihak management credit card.saya tidak berpuas hati bukan highlight pada kwn-kawan atau bosses,tapi saya lontarkan terus di ruangan forum yang mana seluruh pekerja di bank  semenanjung dan sabah sarawak boleh baca ruangan forum itu dalam portal itu.

dalam ruangan forum itu saya katakan kenapa saya tidak boleh appply?walaupun saya baru setahun jagung bekerja di bank itu,saya tahu policy dan syarat-syarat nak apply,umur kena 21 tahun dan kalau basic tak cukup,tapi kalau dalam EA dapat cecah banyak ** kerana termasuk bonus dan overtime,maka layaklah orang itu untuk apply credit card.adakah mereka simply tolak dan anggap saya tidak tahu policy itu?

saya highlightkan lagi isu ,tidak malukah pihak management jika pekerja sendiri apply credit card dari bank competitor boleh lulus tapi majikan sendiri tidak luluskan,dan tidak malukah kita sebagai pekerja bank di tempat itu sendiri,tapi bila kita promote kat customer,kita sendiri tiada credit card di bank itu sendiri,jadi apa keistimewaan kita sebagai staff?

itu serba sedikit yang saya masih ingat apa yang saya tulis di ruangan forum itu.ternyata petang itu saya mendapat panggilan dari headquarters,ternyata mereka membaca dan anggap itu isu serius,maka mulalah perdebatan dalam talian.dan bila saya bacakan policy dan section berapa,baru mereka say sorry dan katanya overlook kerana hanya check dengan HR SAJA basic saya tidak cukup untuk mohon,mereka terlupa tentang EA saya.,saya tersenyum puas.tak sia-sia zaman sekolah selalu berdebat.saya bukan suka2 sebenarnya dan berlagak power,tapi saya cuma nak mereka lepas ini kalau memproses sesuatu lebih detail dan terperinci,kerana saya tidak mahu ia berlaku pada client2 bank juga,segala permohonan hanya diproses ala kadar dan akhirnya orang marketing susah2 cari sales,org yang proses ala2 ja,tapi masa tu saya belum lagi sales person!tapi aura itu ada..ceewah

credit card pertama yang diberikan adalah jenis classic dan limit yang minimum,iaitu hanya 2x gaji basic.saya tidak kisah semua itu,saya bukan nak show off pun nak pakai credit card,tak perlu platinum atau gold,cukup ada credit card dan saya boleh gunakan sebaiknya untuk saving.

nampak disitu,saya apply dan beriya untuk dapatkan credit card bukan untuk shopping ya,tapi saving,?ya untuk saving,ini kerana masa mula-mula kerja tanggungjawab saya besar untuk keluarga dengan gaji yang minimum menyukarkan saya untuk saving at least rm500 sebulan untuk masa depan saya.ini kerana setiap kali gaji ada saja keperluan keluarga yang saya perlu tunaikan.jadi saya tahu credit card akan mula KENA charge interest selepas 20 hari ia di swipe.jadi saya akan membuat perkiraan begini.

setiap 7 haribulan dalam setiap bulan,baru saya gunakan credit card untuk membeli barang2 keperluan rumah,contohnya sekali belanja di carefour atau giant mungkin cecah lebih dari 300.jadi dari saya menggunakan cash 300 itu  lebih baik saya simpan dalam akaun,dan saya pakai credit sahaja.bila hari gaji 25 hrbln apa yang saya pakai 300 itu terus saya jelaskan dengan kadar segera sebab untuk elakkan interest dikenalan.maka oleh itu

7rblln hingga 25 haribulan lebih kurang ada 19 hari untuk saya saving.saya tidak menggunakan cash langsung.mungkin untuk minyak kenderaan,beli barang2 di rumah,beli perubatan,dan once gaji saya masuk saja,terus tanpa berlengah saya bayar semua hutang itu walaupun credit card statement belum lagi dikeluarkan.sbb saya simpan semua resit,jadi saya bayar sahaja total penggunaan.

jadi jikalah total perbelanjaan anda selama 19 hari itu RM1000,jika anda pakai semua gaji itu mcm mana anda untuk savingkan?jadi bukankah credit card membantu anda terlebih dahulu mendahulukan penggunaanya dan kemudian bayar terus.INGAT..jangan sesekali anda menangguhkan pembayaran walaupun sehari,atau terkurang bayar walaupun sesen,

jadi  duit yang sepatutnya digunakan untuk berbelanja ada lagi balance,sbb kita pakai card dulu,boleh disimpan dalam asb,tabung haji atau apa sahaja yang menjanjikan dividen.saya masa itu belum ada tabung haji.saya hanya simpan 1000 contohnya itu dalam fixed deposit dan fixed deposit masa itu ada extra 1% dividennya berbanding normal customer,tak salah saya 4% sebulan.bayangkan setiap bulan jika aya akan dapat buat satu sijil baru fixed deposit dan selama 12 bulan ada 12 sijil.heehhe..orang akan fikir saya tidak berbelanja,tapi salah,saya berbelanja tapi saya gunakan credit card dulu.mungkin ada yang kurang jelaskan?tidak mengapa...mungkin saya perlu jelaskan secara face to face..:)

credit card juga telah membantu saya untuk memenuhi kehendak orang tersayang tanpa berlengah .anda pernah dengarkan scheme easy payment dan zero interest.?

contohnya saya membelikan ibu saya tv baru,machine basuh baru dan juga sofa baru.jika saya belikan menggunakan cash,sekurang2nya rm2000 duit cash saya melayang dalam satu hari sahaja.tapi dengan credit card,saya akan pergi membelinya secara ansurance dan tanpa interest.dan duit 2000 itu saya boleh cairkan di fixed deposit 4% interest.

contoh harga sbuah tv baru adalah RM1800 jadi bahagi selama 12 bulan,anda boleh agak berapa sahaja yang perlu saya bayar setiap bulan.tv telah mula digunakan,dan duit 1800 cash saya boleh simpan dalam fixed deposit!dan bulan2 saya hanya perlu bayar sikit sahaja.kan saya boleh simpan duit disitu.termasuk juga baru2 ini saya beli dua buah laptop untuk adik saya semuanya menggunakan easy payment scheme.walaupun saya ada available cash ditangan,tidak sesekali saya menggunakannya,biarkan duit itu mencair dan beranak di dalam tabung haji atau fixed deposit,dan kita gunakan facility yang ada,asalkan jgn lewat bayar dan jgn kurang bayar,kalau boleh buat standing instruction lagi bagus,tolak dari akaun gaji kan..

MOMENT yang indah adalah saya pernah membelikan ibu saya di hari ibu seutas rantai emas yang saya beli di poh kong dengan menggunakan credit card!anda juga mampu menghadiahkan ibu anda hadiah yang mahal walaupun tidak ada cash yang cukup,credit card boleh membantu anda.walaupun dalam poket anda masa itu hanya ada beberapa keping note merah,hadiah terindah untuk ibu tersayang tidk mustahil asalkan ada credit card.bayar secara easy payment selepas itu bila ada gaji.membahagiakan org tua itu satu ibadahkan::)credit card membantu anda...


selama 7 tahun saya hanya ada classic credit card,walaupun saya boleh je dpat credit card yang lebih baik dan limit yang lebih tinggi,saya tak pernah berminat untuk menambah bilanganya atau limitnya.apalagi tahun 2014,goverment service tax sebanyak RM50 untuk setiap satu credit card yang kita ada.lagilah saya tak nak kan lebih dari satu.

tapi tahun ini 2015,saya sudah ada 3 credit card yang mana limitnya adalah 2 angka!ceeh tetiba pulak orang suka offer saya.tapi jangan silap.saya apply credit card MBB petronas ikhwan islamic sebab credit card ni banyak function nya,pertama untuk mendapatkan rebate dari petronas dan beli tiket wayang kalau ada mbb card,dapat diskaun rm10 utk setiap tiket,kan jimat kat situ.lagi boleh bawak alya selalu tengok wayangkan.lagi satu rebate banyak sangat untuk beli minyak.dan selalunya saya memang akan gunakan untuk isi minyak untuk berjimat.oleh kerana tahun ini kerajaan tidak lagi mengenakan rm50 untuk satu kad,jadi ada sepuloh kad pun ape de hal kan?hehe..lagi satu kalau minyak naik 20 sen pun,gunakanlah credit card ni,dapat balik rebate,tapi sentiasa tengok statement jgn terlebih hari untuk bayar.saya ni walaupun sibuk,statement akaun sy sentiasa manage oo,,tu yang pening lalat je selalu.hehe
my credit card
kad yang terbaru saya adalah visa infinite cimb preferred:)..kad ini functionnya dapat free lounge kat airport 4x setahun,rebate dining mcm2 tempat dan banyak lagi

jadi kepada anda yang takut-takut menggunakan credit card,pastikan bila anda ada credit card maybank atau cimb,anda harus juga  ada internet bankingnya.sebab kadang2 statement lambat datang rumah,melalui internet banking ini untuk anda control tarikh kad anda masuk dalam billing.dan control penggunaan.percayalah credit card amat membantu asalkan anda ada dua sifat iaitu

disiplin dan bijak menggunakannya.yang utama disiplin..disiplin menggunakan dan disiplin dalam membayar.mengikut kajian rawak saya,perempuan selalunya disiplin dalam bab2 saving dan berbelanja,lelaki kurang.hehehe kalau xssalah lah...



selamat malam....

You Might Also Like

1 comments

  1. Terima kasih atas perkongsian . saya juga bercadang nak memohon kredit card untuk perniagaan import export saya. Saya percaya kemudahan kredit amat perlu dalam perniagaan saya . terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM