pening lalat..

21:54:00

alahai...sejak saya aktif di coway bermula october ini ternyata saya pening lalat dibuatnya.walaupun saya menggunakan dua hp ternyata bekerja dua bidang satu masa tidak semudah disangka.dua tangan saya tidak cukup untuk entertain client,soalan bertubi2 bagaikan hotline.

bayangkan bila saya sampai terfikir untuk ada orang untuk reply untuk soalan yang sama.saya terfikir saya perlukan seorang driver,PA dan despatch..fuhh!mcm business bagus sangat jer kan..

Tapi memang,..saya perlukan seorang driver untuk hantar saya sana sini,saya perlukan PA utk remind apa yang saya patut buat dan saya perlukan runner untuk pergi sana sini amik form atau submit sale.ternyata saya berangan,driver saya adalah kaki saya sendiri,PA saya adalah diari saya dan despatch saya sendiri.akibatnya pening lalat saya dibuatnya.

Sudahnya beberapa hari ni kepala ni berat je,bayangkan datang ofis pagi settlekan keje,nanti dpt whatsapp client nak check balancelah,nak tengok akaun tertunggaklah,nak cancel itu inilah,belum masuk client bank yang complaint loan belum disbursedlah,belum dapat surat lah,interest nak reducelah.wah fening2,kepala kasih pusing,belum lagi compliance issue,jawab email,phone call,meeting, kejar target,wah gilerlah...itu baru untuk satu product,sedangkan kerja rutin saya perlukan saya menjual asb,housing loan,banca insurance,credit card,investment unit trust dan belum masuk housekeeping.dan saya akan pening bila ia datang serentak!wahhh akibatnya saya akan demotivated dan rasa nak mengamuk..betul2 terkejar2 saya saya sejak akhir2 ini apalagi nak hujung tahun kan..saya mengejar vision!

Nasiblah boss saya yang memahami tidak mahu memberatkan saya,siap suruh staff lain untuk handle housekeeping dan suruh saya focus sale saja,wahh ada terasa dimanja2kan disitu,tapi awas!bila orang suruh kita focus satu kerja maknanya mereka perlukan kita memberi output yang lebih lagi,waaa,,,..nganga jap..jangan nak suka sangat irda!anda dicounting oleh boss anda..

Sebenarnya saya tidak sepening ini kalau focus kerja di office saja,yang memeningkan adalah bila hp lagi satu ada juga client yang menunggu untuk dibalas .sejak saya aktif di coway,alhamdulilah rezeki coway pun ada,tapi tak tahan bila customer xdpt dihubungi,technician nak pasang,customer tanya bila nak pasang,customer tanya itu ini,wahh mahu saya tak pening?memangla seronok banyak sales,tapi dalam keadaan saya perlu layan semua soalan,anda bayangkan betapa kelam kabutnya saya,yang tak best bila customer bank tengah angin ngan kita tentang satu2 issue,pada masa tu pulak ada customer coway marah kita sebab pasang lambat!itu yang terjadi dengan saya hari ini!stress wuaaaaaaaaa......rasa nak geget je telefon..ok ok...saya rasa saya kena bertenang,jgn disebabkan RM saya lintang pukang.

Saya nak work smart dan earn smart,saya nak jadi wanita contoh yang berdikari dan mandiri,saya nak  bebas kewangan, kiri dan kanan masuk wang dengan hasil titik peluh saya sendiri,Jadi saya xnak pening mcm ni,saya nak profesional,saya xnak nampak muka keletihan lagi,sbb ramai yang tegur kenapa kak irda ur face look so tired,dan kadang2 nampak sedih sangat,ntah..fed up lah,muka ni sentiasa membayangkan perasaan tau!tak reti betul membohongi...ahh sudahh..

ok..Next week saya nak buat strategi,time office hour untuk saya focus keje rutin,saya akan reply coway client time kat toilet,hahaha,,time makan atau time saya take five!tak boleh balas serentak,sbb sungguh memenatkan otak,walaweih....dan saya perlukan small office di rumah,supaya saya tidak menggunakan facility di bank lagi selepas ini.dan saya tidak mahu campur adukkan kerja bank dengan kerja personal saya,even tiada siapa yang marah tapi saya yang parah,mahu pening lalat tercampak ke longkang dibuatnya!

Dan insyaALLAH future saya akan perlukan seorang staff untuk buat kerja lain.insyaALLAH..Dan seminggu ni saya agak stress!dan semua org tegur tau...

Saya kerja keras untuk apa kan?bukankah untuk kesenangan,segala masalah saya campak tepi..tak perlu fikirkan..dimana terantuk disitu terngadah...

Ok..selepas ini saya akan gunakan diari dengan sebaiknya agar kerja saya lebih sistematik,bayangkan semua saya nak ingat dalam kepala,sebab tu mana yang penting saya tertinggal,mana yang tidak penting saya dahulukan,sudahnya caca marba semuanya...

Dan satu je saya xkan tinggalkan dan akan saya jaga baik iaitu repo dengan client,lepas ni setiap client yang datang saya akan layan sepenuh hati,sebab kalau dia xbeli product bank,dia adalah potential client for my coway,ehhehe,,,kalau xdpt ikan jerung,tangkap ikan bilis,orang yang datang adalah potensi sebenarnya,ya strategi pemasaran yang  baik,Irda bijak mengambil peluang asalkan tak menganiaya orang kan!hehe..puji je lah diri sendiri,bukan show off tapi untuk memberi nilai pada diri sendiri..lantaklah orang nak fikir apa kan,,kita tahu siapa kita

Saya ada leads,saya ada walkin,saya ada referral,jalan kerja saya lebih mudah dari orang lain,cuma saya hanya perlukan masa untuk followup,kalau gang2 coway lain terpaksa turun padang,saya semua sudah di depan mata..apa yang perlu kebijaksanaan melakukannya dengan sebaik2nya.dan ini adalah peluang!saya tidak akan sia2kannya...dan masalah saya adalah saya selalu kesuntukan masa!

Dan saya tidak mahu pening2 lagi,saya akan rancang dengan sebaiknya kerja saya,saya xnak kelihatan serabut mahupun kelam kabut...cukup ...saya nak bekerja dengan bijak..bukan nampak semak...

feeling nak nanges

You Might Also Like

0 comments

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM