Cerita ini saya sambung...azan subuh sudah berkumandang,izinkan saya melahirkan rasa syukur dan sayu hati kerana adik bongsu saya sudah khatam al-Quran semalam...
Sedikit majlis kecil-kecilan dan ustad datang ke rumah meraikan,ada genangan air mata dari adik saya.dan saya yang masih penat balik dari buka booth coway hanya tersandar mendengar sedikit bacaan adik saya.
Kasihan mak,nasib ada makcik yang datang tolong masak di sapur,saya sibuk di booth.sempat mak menyediakan pulut kuning,rendang ayam kampung,lepat dan lauk2 pauk lain.maaf mak tak dapat tolong...saya selalu perasan sibuk dengan kerja..:(
Segala penat lelah saya terasa berbaloi bila adik bongsu sudah khatam seawal usianya.so lepas ni kalau dia nak mengada -mengada minta apa,kena cuba tunikan sebab dia telah buktikan dia seimbang semuanya.so tunggu result exam pula ya...
Selepas majlis khatam AL-quran selesai,dan semua tetamu sudah pulang,giliran saya untuk menemani makcik pulang ke rumahnya .Apabila sampai di Gombak,saya lihat tiga tingkat bangunan rumah sedang dalam pembinaan di depan tanah yang dalam proses.WAh,..agak jeles saya disitu.baru bulan lepas saya datang untuk menjenguk,tiada siapa lagi yang membangun,hari ini saya dtg sudah hampir siap
Saya diberitahu owner kepada rumah tiga tingkat yang dalam pembinaan ini adalah orang minang yang ada kedai emas di gombak.Hemm..patutlah tauke rupanya.saya sedikit cemburu disitu,kerana saya yang sudah berkurun lama untuk proses sampai sekarang belum selesai lagi.tapi cemburu je tau..bukan iri hati.ada beza tau..
cemburu untuk menaikkan semangat untuk mencapai level yang sama dengan orang itu dipanggil cetusan motivasi.cemburu untuk menjadi lebih baik itu juga cemburu yang baik,yang penting bukan iri hati,dengki atau berprasangka buruk,biarlah rezeki orang kan...mungkin ini adalah investment dia yang keberapa saya pun tidak pasti..tahniahlah saya ucapkan
saya termenung seketika dan memandang bidang tanah yang berhadapan dengan bangunan yang hampir siap ini.cetus saya dalam hati,ya ALLAH jika ini rezeki orang tuaku,permudahkanlah urusannya ya ALLAH dan murahkan rezekiku untuk menyiapkannya.
Langkah saya atur pulang..dan azam saya semakin tekad,tiada apa yang mustahil di bumi ALLAH KAN...insyaALLAH
oklah...saya nak solat subuh dulu,bangunkan semua orang dan bersiap-siap untuk rutin hari ini.moga hari ini baik dari semalam.amin...
Post a Comment
Thank you,come again :)