Cara saya Jimat Belanja Dapur

12:35:00

Salam...dan salam pagi sabtu.

jom cerita santai tugas hakiki seorang ibu.

Saya baru pulang berbelanja dapur di Pasar borong.Kenapa pasar borong?selalunya weekend lepas subuh saya akan siap2 untuk berbelanja barang basah untuk stok seminggu,kenapa di awal pagi?sebab saya tak suka berpanas,barang lebih segar dan banyak pilihan.

Saya hanya pergi Giant atau tesco di hari bekerja jika ada minyak masak,gula,beras,telur n apa2 lagi barang kering yang dah habis di rumah.Untuk ikan,ayam,sayur2 saya beli stok dan simpan dalam peti ais,dan saya beli di pasar borong.Selalunya saya memang akan listkan dalam sekeping kertas apa barang yang hendak dibeli supaya tidak terlebih beli apa yang patut.Saya akan letakkan anggaran berapa total perbelanjaan.

Percaya tak anda sebelum ni dengan RM50 saya dapat beli untuk seminggu lauk.Cukup ikan 3 jenis,sedikit udang.sotong,dan ayam.

Hari ini saya spend more than RM50 mungkin ada barang yang sudah naik.TAPI masih dikira murah berbanding selalu makan di kedai.Saya kedekut?hahahha tidak..saya berbelanja dengan bijak.

Tipsnya?

1.Kelebihan berbelanja di pasar2 seperti pasar tani,pasar borong atau pasar apa sajalah,anda dapat berkomunikasi dengan penjual.Tidak di pasar raya,harga sudah dilabelkan.
 

ok hari ini saya beli 

ikan bawal-sekilo harganya RM 20,(1/2 kilo .RM9)
ikan tongkol-sekilo rm 7.50(amik sekor yang besar-RM3.50 :))
ikan sarden hitam-sekilo rm 9(saya dapat 6)
ketam
udang dan so on

total :RM 35

sayur bayam merah,terung,buncis,tomato,cili besar,daun sup,tempe, sayur campur lain2.bawang siam(saya memang xsuka pakai bawang besar)bawang siam atau bawang indonesia baunya sangat wangi,bawang putih.

total:RM 25++

so ngam stok seminggu lebih kurang belanja hari ni dlam 50-60 sahaja!

IKAN yang segar(perut tak lembik,mata tak merah,kulit ikan nampak bersinar)


TAWAR-MENAWARLAH selagi boleh tawar

"Bang..kenapa ikan ni mahal sangat,sekilo sampai rm20"

"Ikan ni dari laut dik,kalau tangkap kat darat xmahal dah..kalau adik jadi bini abg,hari2 abg bagi ikan free"

E EEH,,,abg ni buat lawak seram ke? ke marah... adohai...

Peramah lah dengan peniaga

saya:'apek..u punya bawang banyak cantikla..sekilo berapa?"

apek cina:ini bawang 10 sekilo

saya:"apesal sudah mahal,selalu 7 ringgit saja"

apek:"ada bawang murah,itu baru 4 sekilo"

saya:tak molah...saya suka ini...rasa dia lain  ,u ikat ini bawang banyak cantiklah,u punya tangan banyak senilah apek.banyak bagus...itu pasal,banyak2 kedai i suka u punya kedai.Bawang pun cantik,u mesti masa muda2 keje banyak skill,banyak hemsem,sbb u punya keja tangan pun baanyak bagus.

apek:ya ka?oklah kasih cincai2...RM 3.50 CUKUP.Ini hampir setengah kilo.lu punya pasal xpa...

apek:heeh Terima kasih..esok saya suruh saya punya mak,saya punya makcik,saya punya adik mari u punya kedai ok.

 
bawang kecil jadi pilihan
cantik kan apek ni ikat bawang ni macam rambutan dah.Ni lah bawang yang  selalu saya guna.kalau bawang besar tu saya guna untuk tumis sayur atau masak tom yam.tapi untuk masak lemak,sambal,bawang indonesia ni memang terbaik.Tak pun sejenis macam ni,bawang siam.

Belajar kata tidak

Hari ni tomato murah dari minggu lepas.sekilo hanya rm2.SELALU 3.50 atau 4.50.Tomato hari ni cantik2,comel2 dan segar.Sebab kalau beli sekilo banyak sangat,kalau beli banyak-banyak cepat busuk.lagipun yang makan 3 orang je kot kat rumah.

"Bhai..bagi tomato setengah kilo je"

Kakak..kasi angkat sekilo lah..baru RM2.

Tak Mo..saya nak setengah je..saya bukan nak kenduri..u kasi setengah kilo cukup.Heheh sudahnya saya dapat lebih 8 biji tomato untuk harga rm1.OKlah kan..nextweek beli lagi.beli banyak-banyak buat apa,nanti busuk aje.dan tak segar .
cili masak
untuk cili pula,saya jarang pakai cili kering untuk buat sambal.saya lebih suka buat sambal ala2 masakan padang.Cili kena cili segar,blend dengan bawang merah dan bawang putih,sedikit tomato.Cili besar macam ini pun ada jenis cilinya.pastikan cili besar ni bukan jenis yang licin dan keras,tapi jenis kulit yang berlekuk sikit macam pic di atas.Sebab cili besar yang licin sangat tu,bila buat sambal rasa payau.kalau boleh perah sedikit asam limau atau lemon semasa sambal anda hampir masak.rasanya pergh...mesti menjilat jari.heheh perasan jap...

cili ni kalau dipasar raya sekilo lebih kurang dalam RM12,di pasar basah saya dapat sekilo RM6.Nak pastikan cili ni segar je,bersihkan,buang tampuk dan simpan dalam peti ais setelah dibasuh bersih-bersih,seminggu ia masih segar!

kalau ke pasar basah jangan lah melaram sangat

Kalau ke pasar tak payahlah nak berkasut dan berpakaian seperti orang nak ke shopping mall.Kalau boleh pakai je tshirt yang lusuh dan tudung macam mak cik2.hehe..sebab?bila anda berpenampilan sederhana,orang akan anggap anda biasa2 saja.jadi takdelah orang nak letak harga tinggi ngan anda.Sebab mentaliti orang,kalau pakai elok2 mesti banyak duit.jadi  tak payahlah nak bagi harga murah sangat,nak tawar pun rasa segan.

tak payah nak berhandbag bagai,bawak purse atau simpan duit nak beli barang je dalam poket.sebab risiko anda kehilangan di tempat-tempat mcm tu sangatlah tinggi.jadi hati-hati!bawak duit secukupnya sudah.

Jangan bawak anak atau HB ketika anda berbelanja dapur

Kalau boleh anda beli dulu barang,bila dah tak larat nak angkat,suruh hb amik dulu.then beli lagi yang lain.selalunya selepas beli ikan dua tiga jenis dan sotong or ayam,sebelah tangan saya dah berat,belum beli sayur.jadi call hb minta amik dulu.lepas tu baru sambung beli balik.tahu kenapa jangan suruh dia ikut kita?

sebab orang laki ni,cepat pening.apa peniaga cakap dia terima aje.tak yah nak tawar-tawar,tak yah nak survey.Tapi saya kalau boleh tawaf dulu semua kedai mana yang paling cantik,mana yang paling murah baru beli,,nak murah dan banyak dan berkualiti itu adalah sasaran saya..hehehe.itu orang lelaki tak tahu semua tu.Kalau nampak tomato terus beli,sedangkan kedai depan tu lagi murah dan cantik tomatonya.Jadi membandingkan harga ni tak de dalam jiwa orang lelaki...yee ke?/hehe kebanyakan lah..tak betul dan tak juga salah,tapi kebanyakan memang begitu.:)Bukan saya yang kata,ini kajian yang kata...

oklah cukup sampai disini tips saya tak seberapa,saya nak laundry,nak masak untuk lunch.alya tido dah lepas disuruh rendam kasut sekolah.baru nak ajar dia cuci kasut tido pulak hai anak.

Hari ini saya tidak mahu kemana-mana,Hp bank saya off,saya hanya ingin menghabiskan buku-buku saya kerana minggu depan ia akan dipulangkan.

Alhamdulilah untuk hari ini....

You Might Also Like

4 comments

  1. pertama kali datang ke blog ni. Best nya info ni. Saya mmg jenis tak reti menawar. Thanks for the tips! Saya terus follow sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih singgah..nantisy follow dia pulak

      Delete
  2. Hebat nya skill! Pinjam skill tu boleh? ahahaha...seronok kalau dapat jimat cermat macam ni. Nany ni susah nak gi pasar borong sebab husband tade and ade anak-anak kecik. Nak mengangkut tuh lahaii..malasnya wehhh. Jadi, beli la sket-sket ikut keperluan. Tapi tips kurang kan harga tuh boleh la appy kat kedai runcit biasa. Hehehe..thanks for sharing!

    ReplyDelete
  3. nice tips. thanks for sharing :)

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+