Luahan hati


Bunda,Hari itu sudah terbang RM $$$.$$$.00 (untuk urusan tanah)Finally ia milik bunda akhirnya.



Kemudian keluar lagi dalam RM $$,$$$.00 ,akhirnya separuh tiang sudah sempurna.



Bergolok bergadai…tabung haji ,unit trust anaknda cairkan,Gold account anaknda closekan,Fixed deposit anaknda redeemkan,saki baki di maybank,bank islam dan BSN anaknda keluarkan..tapi masih separuh…belum sempurna..



Hari ini lagi RM $$,$$$.00 anaknda zerorise kan tabung haji..yang tinggal sekarang hanya akaun alya yang belum berusik..Dari mula kerja sampai lah saat ini,itulah semua hasil titik peluh bertahun anaknda simpan ....andai besok anaknda tidak lagi kuat untuk berusaha,anggaplah ini sebuah hadiah untuk bunda ,Jika esok anaknda sudah jauh dimata,anggaplah ini belanja bulanan buat bunda .


IMPIAN ini masih belum menuju titiknya,walau hampir licin semua simpanan anaknda,impian 2016 masih separuh sempurna,Rupanya banyak sangat barang yang naik harga,belum lagi termasuk gaji pekerja.anaknda tersandar hari ini,lelah fikiran dan penat tenaga..


Disaat orang lain lena,anaknda bergenang air mata,besar tanggungjawab ini rupanya.Anaknda tersandar dalam tahajud,mohon Tuhan membelai ubun-ubun di kepala,mengusap tanda kasih sayang dari NYA,Kasih sayang Tuhan pengubat jiwa.

anaknda kaku melihat jejari 10,yang  menghimpun doa yang mengerah tenaga untuk mengejar impian,anaknda takkan biarkan ia tersadai separuh jalan.Impian harus berjalan.Biar anaknda terjatuh terlentang mengejar putaran masa..yang jasa bunda dibahu ini tergalas dan tersandang.



Walaupun selautan harta anaknda limpahkan,jasa bunda tidak akan terbalas.Ini Cuma usaha kecil dari insan kerdil,selagi anaknda bernafas bunda akan anaknda bahagiakan.Itu adalah janji terpatri di sanubari…



Kerana antara bunda dan anaknda,kita tak tahu siapa yang akan ALLAH panggil dulu.izinkan anaknda membahagiakan bunda selagi hayat dikandung badan.



Bunda,

Walaupun ini bukan impian bunda,bukan pula permintaan bunda.Tapi ini adalah tekad anaknda,impian anakda,membahagikan bunda dengan kemampuan anaknda adalah tekad azimat dan dendam kesumat.



Selangkah anaknda keluar mencari rezeki,bunda yang anaknda fikirkan.

Sederap langkah dihayun,air mata bunda sumpah takkan anaknda titiskan

Senyuman bunda dan doa bunda adalah loncatan semangat.

Dan hari ini..anaknda fikir..perlukah anaknda zerorisekan semua akaun alya pula..



Bicara buat mu ALya,(bila alya baca ini sudah dewasa atau mama sudah tiada.Blog ini cetusan nasihat buatmu anak)
 

Mama sudah cerakinkan 3 jenis simpanan untuk dewasamu



Maybank:Untuk kamu kahwin kelak dan bilama kamu memulakan hidup baru.itu untukmu



Tabung haji:Untuk yuran pendidikan



Bank islam:Untuk emergency

Dan ini adalah untukmu..agar kamu tahu nilai sebuah kehidupan.Anak mama sayang... orang hidup yang tiada impian bagaikan tidak ada tujuan,kejayaan bukanlah kebahagian,tapi bahagia itu adalah sebuah kejayaan.Belajar membahagiakan orang tuamu,redha dengan hidupmu..kelak kamu akan menjadi lain dari yang lain...pedulikan apa jua dunia memandangmu,letakkan nasihat orang tua atas kepala,orang yang hidup tidak mendengar nasihat tidak akan kemana-mana,

Jadi wahai anak..dari kecil mama didikmu...moga dewasa mu kelak menjadi penyambung legasi mama




Hari ini dalam kebuntuan mama mencari sisa-sisa kewangan untuk impian 2016,akaun alya akan mama cuba elak untuk digunakan..


Hubby@ Papa,


Usah risau dengan kebuntuan mama ini,ini adalah impian mama.Jangan susah-susah,biar mama usaha dengan kudrat sendiri.Terima kasih untuk segalanya selama ini.Ini adalah sebuah janji antara mama dengan Tuhan..Sebuah sumpah..antara mama dengan Tuhan,terlahirnya mama ke dunia ini.dan hari ini sudah dewasa..janji ini akan tertunai sebelum usia mencecah angka tiga!



Dan terima kasih kerana  faham akan impian mama.

,.Terima kasih dengan nasihat…Terima kasih kerana mencintai mama dari mama kanak-kanak hingga dewasa..(tak sangka papa suka usha mama sejak remaja.heheh..lamanya)



Terima kasih diatas usia perkahwinan yang hampir sedekad ini..


 Bunda,



Yakin anaknda pada doa bunda.Doakan lah anaknda murah rezeki lagi,


20 unit sebulan untuk coway selama 3 bulan insyaALLAH separuh tiang itu akan sempurna.

Bumbung akan beratap

Lantai akan berkilat

Rumah akan bercat



20 unit satu bulan dalam masa 3 bulan,ditambah gaji dalam banking.InsyaALLAH

Rumah 3 pintu itu akan siap

Untuk bunda mengutip belanja bulanan

Dari hasil yang akan disewakan.



Dan apabila impian 2016 menjadi nyata

Izinkan anaknda menerbangankan sayap


Untuk mengejar impian anaknda yang tersimpan lama.
Untuk kali ini..izinkan anaknda untuk menyuarakan impian yang tersimpan.
Untuk kali ini izinkan suara ini didengar..


Apajua yanga anaknda lakukan..

Tidak sesekali anaknda lupakan jasa bunda



Jauh perjalanan bertambah pengalaman,pengalaman tidak mampu dibeli dengan wang.
Kemanakah ku selepas ini...selepas impian ini terlaksa baru ku atur strategi.

Ingin rasanya memegang pena menjadi ulat buku kembali,
menjadi pelajar di luar sana...tapi dimana?Allah yang maha merancang...aturlah kehidupan ku..

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post