Cara-cara redeem point credit card

20:36:00

 Bila irda up status tentang redeem iron tempoh hari,2-3 orang kawan wassap irda bertanya macam mana nak redeem,dan bagaimana nak tahu point kita berapa dan blabla...

OK ..untuk menjawab soalan tu...setiap credit card,cuba tengok belakang credit card ada no customer service or hotline kan..so call no belakang tu untuk check berapa dah point credit card kita.

Sebenarnya point tu boleh nampak dekat statement,kalau jenis yang hantar statement ke rumah,bawah total bill tu selalunya ada..tapi nak mudah call je customer service.

Lepas buat full verification,customer service akan inform kita berapa dah total point dan bila tarikh expirednya.Selalunya diorang akan advise kita masuk website bank,bahagian credit card untuk check apa item yang boleh kita claim dengan point yang kita kumpul.

Tapi Irda ni jenis pemalas nak masuk website untuk check satu-satu,sebenarnya masa terhad pun ada jugak..lagipun banyak kerja irda lagi kan..nak online buka website satu hal lah pulak..baik update marketing online kan..ngehngeh..so call lagi senang.sambil bercakap on the phone,sambil keyin case ASB kat system..so boleh jimat masa..:)

So first call,pompuan yang angkat..selalunya perempuan bercakap dengan perempuan ni chemistry tak strong,bila dah tahu total point,dia cakap cik pergi website untuk check item apa yang boleh redeem ya dengan total point cik ni.Bila irda tanya apa item boleh claim,dia bagitahu lelaju je..hiks....malas nak layan kut...sebab mungkin irda kan baru nak survey je..so mesti minah tu cakap dalam hati....ishh banyak lagi soalan customer lain yang mencabar..so macam tak sabar je nak letak phone huh....irda ni boleh ada sixsenth yang kuat tau..kita boleh tahu orang berminat atau tidak untuk meneruskan perbualan dengan kita...dari nada suara dan ayat pun kita boleh baca...

tak belajar dari mana pun..automatic ilmu memahami lawan bicara tu ada..ceewah....sebab jumpa dengan orang dan pelbagai ragam orang  hari-hari kot...so boleh baca gerak geri orang ...so minah tu dah bolayan je..irda pun letaklah phone...

Esoknya call lagi sekali,lelaki pulak yang angkat..then irda cakap irda nak redeem point hari ni jugak,sebelum expired,so apa senarai item boleh claim ni?...alaa jadi customer kan always right..garangkan suara sikit..hihihi..so barulah customer service tu beriya nak melayan..

so satu-satulah adik tu bacakan...dari voucher parkson,coffeemaker,rice cooker dan so on...tapi irda tertarik dengan iron dan kebetulan point cukup..so terus order iron tu.then penghantaran dalam masa 5 hari bekerja menggunakan FEDEX COURIER...haaaa..mudahkan?so uols sebelum expired..redeem je point segala point...Irda bab-bab ni memang alert tau...hhahaha..especially dapat bende-bende free ni..

bila dapat courier cam tu,rasa macam ada orang hantar hadiah pulak..sebab tu kalau beli barang-barang melalui online ke apa,hantar kat kita...ehh bajet-bajet macam terkejut dapat hadiah dari someone..hihihi..tapi sebenarnya sendiri beli...adohai...

No matter how busy irda pun..irda akan sentiasa on cimbclicks or MB2U untuk check everything debt in order,,no outstanding or apa-apalah...billing irda akan buat filing..saving books irda akan letak dalam satu beg,fixed deposit certificate,dan hutang piutang ke,bill astro dan so on rumah mum irda simpan bebaik..account tabung haji mak and ayah,takut lupa simpan tiap bulan untuk depa..irda terus buat potongan gaji..biar HR potong siap-siap,tak banyaklah..tapi takut lupa buat je gitu...sikit atau banyak belakang cerita kan?yang penting disebalik gaji kita bukan hak kita semua...kalau ada kesedaran tu..percayalah ..ALLAH buka rezeki dari pelbagai cara...

so dari sekecil-kecil perkara kita alert je..apalagi perkara yang menguntungkan kita kan..termasuklah walaupun hanya hutang RM1 dekat kedai nasi lemak...silalah alert untuk bayar cepat..sebab..melengah2kan hutang akan menjauhkan rezeki tau..

oklah..times up..irda nak hantar mee goreng rumah makcik kat gombak jap..masak 3 peket hari ni,dah bagi jiran depan dan sebelah...sekarang pergi rumah makcik dulu..ok daaa...

thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

3 comments

  1. haaa redeem jangan tak redeem hak kita juga tu...
    tapi kalau ada gambar lebih menarik dan mudah nak faham..

    ReplyDelete
  2. Satu lg dkt Sony store boleh redeem point kena tanye la masa nk bayar tu..

    ReplyDelete
  3. hutang puitang mmg kena langsaikan secepat mungkin..
    baru teringat nk check points cc..

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM