Asslammualaikum readers dan sahabat-sahabat bloggers..

Today so productive day!still sempat menaip walaupun mata "stim'je ni..

automatic bila azan subuh je terjaga.keluarkan ikan tongkol dalam peti ais,kacang buncis,kobis ,kentang dan so on..target hari ni  nak masak before masuk ofis.Nak bagi alya makan dulu..

After solat terus kruik-kriuk dan siap dua menu!prepare simple -simple je..ikan goreng dan sayur campur..tak sempat nak snap pic pun.sogan pun ado.sebab masak baling-baling je ..heehe...then kejut alya ,,iron baju....wah punya bercinta mama buat awak milo..tak minum pun nak pergi sekolah..

Then as usual lepas dhuha dua rakaat,gerak pergi office! i sampai ofis pukul berapa hari ni?..lewat lah.standard lah si irda ni!.bila masak dulu memang lewat lah sampai..i just smile dengan gigi yang tak berapa putih ni..and senyum-senyum manja kat bank.masuk tunduk je pegang dua hp ala-ala busy lah kunun...malas kena sapa depan welcome desk..masuk je baling handbag ketepi..on pc..bukak laci..wuargghhh banyaknyaa application nak keyin.

.tak tahu buat mana satu..hari ni keje call valuer check value rumah je keje...keyin 3 asb loan,satu housing loan.itupun kelaut dah mata..langsung tak pandang kiri kanan kecuali kalau orang datang inquiry.. stop sampailah zohor.

.so hari ni nak habaq mai..irda dah dapat redeem irda punya point credit card..

sebelum ni irda ada share kan how to avoid interest or kurangkan interest,dan ada card jenis rebate dan pointkan..sila semak story mory sebelum ni ye..so hari ni irda dah redeem point tu dan dapat  new iron before point expired..


Kebetulan iron kat rumah tu dah nazak sangat dah...dapat 11 tahun lepas hadiah kahwin..


 Bila dapat iron brand PHILIPS ni tangan ni gatal dan laju je nak update kat FB,nak kecoh satu dunia..nak bagitahu jugak Mark si pengasas FB tu..huhu...tak lah sebenarnya nak bagitahu benefit credit card pada pengguna diluar sana..dan cuba agak...ada jugak kawan irda yang dah pakai credit card more than 3 years tak tahu apa-apapun pasal point dan tak pernah redeem pun sampai expired lah..bila irda buat status Pasal credit card baru dia tahu..

siap wassap irda tanya macam mana cara nak redeem..haaa...see..kan irda cakap kongsi je pada kawan-kawan dan kenalan anda..mungkin perkongsian kita TU SIMPLE dan orang lain tahu lama dah..but dont forget maybe ada yang lain belum tahu.so buatlah kawan happy..kita pun happy..esok-esok dapat referral sales kan dari kawan-kawan..hehe..

Ramai yang seram bila suruh apply credit card..tapi sebenarnya ia sangat-sangatlah membantu especially anda yang bekerjaya dan tinggal di bandar-bandar,dan jika anda pandai play around with credit limit dan due date..boleh saving lah sikit dari duit gaji tu..especially gaji dalam 2-3k and high commitment!

.insyALLAH..dalam kepala ni banyak sangat nak share..banyak sangat pic dalam phone tu..tapi kekangan waktu..dapat jeling2 post kawan-kawan dalam train atau tunggu turn dalam toilet ..nak menaip kat laptop ni tunggu time nak rebah kat bantal je ni lah...

Haaa..what so productive day today!..irda lunch pukul 5 pm!dan sempat register SSM dengan oby hari ni..wahhh dah register.. terfikir betul ke aku dah register co
mpany ni..boleh ke ni..ALLAH ALLAH..bantu irda ya...betulkan niat di hati ni .

next entry irda share how to register company dan apa yang berlaku pada irda di SSM tadi...dan kenapalah irda ni semangat sangat nak register ssm ni..adeih...ok u ols..

nak tahu lebih lanjut tentang credit card?nak apply credit card...atau nak tahu jenis-jenis credit card dan fungsinya...feel free email or contact irda ya...insyaALLAH...ada kelapangan irda jawab..


Nota Diri:

MEMUDAHKAN URUSAN MANUSIA ITU SATU SEDEKAH..mudahkan urusan sekelilingmu,maka ALLAH akan mempermudahkan urusanmu..Jika tak mampu bersedekah dengan harta,sedekahlah dengan senyuman..dan bagi irda sedekah jugalah dengan pengetahuan kita yang tidak seberapa agar boleh digunakan oleh lain untuk memberi manfaat kepada mereka...

Bukankah sebaik-baik manusia,manusia yang bermanfaat untuk orang lain?..hidup ini singkat,tebarkan kasih sayang...jauhi kebencian...anda bukanlah orang yang layak untuk membenci sesiapa..sedangkan Tuhan tak pernah benci pada hambanya walaupun ada hambanya pendosa tegar..tanda Dia tidak benci..sentiasa membuka pintu-pintu taubat..siapa kita untuk menghukum dan membenci orang kan...kita juga bukan maksum dari kesilapan ...

ok nunite..moga esok dan esok...dan esok lagi...langkah ini sentiasa dalam penjagaaNYA...amin...

thank you for reading this entry...appreciated :)

5 Comments

Thank you,come again :)

  1. Rezeki di bulan Syawal. Hihihi Selamat Hari Raya sis..! Reen singgah.. Jemput singgah blog Reen ;)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah rezeki dapat iron baru..betul tu benda yang simple kita kongsi kadang tu beri manfaat pada orang lainkan, InshaAllah kalau kita mudahkan urusan orang lain pasti Allah akan mudahkan urusan kita juga.

    Moga Allah mudahkan segala apa yang akan diusahakan oleh irda, dah register company tu..inshaAllah moga urusan selepas ini akan mudah juga

    ReplyDelete
  3. rajinnya masak pagi dear. I terlambat today . keluar rumah 8.29am sampai opis 8,40am. imagine betapa lajunya ocin bawak. i tutup mata je. btw lupa inform result application dah dapat 1st raya hari tu. failed -,-'' thanks for help dear

    ReplyDelete
  4. Oh... pengelat ye masuk lambat hihi...
    Kakak ni Irda jarang redeem point tak kiralah credit card ke, bonus link ke.
    Melainkan kalau anak kakak ternampak brochure yg bank/ bonus link bagi online atau post dia pilih nak apa baru kakak redeem. Abang lagilah dia buat tak tahu aje.

    Tapi bila tengok Irda redeem iron tu macam best pulak:)

    ReplyDelete
  5. iron Philips..bestnya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post