Street Churros di Berjaya Times Square

09:01:00

Street Churros di Berjaya Times Square
Street Churros di Berjaya Times Square

Assalammualaikum readers,

Siapa di sini peminat drama korea?Kpop atau apa-apa sahajalah,wajah jambu,kulit putih melepak,hidung mancung berambut belah tengah,itu lah icon kegilaan korang yang minat drama korea kan?(aku tak minat,aku suka lelaki Melayu maskulin ala-ala KJ.kah!).Memandangkan I bukanlah peminat drama ,jauh sekali layan drama korea disebab kekangan waktu( aku memang selalu perasan sibuk),tapi antara barang yang dimiliki dan dijual pun datang dari korea,coway dari korea lah incik!

Panjangnya lah mukadimah,walaupun mukadimah diatas tidak kena mengena tentang tempat makan yang Irda pergi dengan cici minggu lepas,tapi still nak jadikan itu sebagai introduction,(Ntah apa-apa tah,hilang modal nak mulakan cerita agaknya,ngee!)...Irda bukan nak cerita tentang drama sebenarnya,nak cerita tentang Street Churros ni yang berasal dari Korea.



Street Churros ni dah jadi fenomena di Malaysia .First outletnya dibuka tahun lepas di IOI Mall putrajaya.


Antara sebab kenapa Irda begitu teruja nak datang outletnya di times square ni?.Inilah pengakuan luhur dari hatiku yang dalam.ceh!

1.Sebenar-benarnya..aku first time nak makan CHURROS ni(Kesian ...)

2.sebab aku dapat makan dengan rakan-rakan blogger,jumpa orang baru boleh jual coway.hehe

3.senang aku naik monorel,jadi aku tak susah-susah nak cari tempat.Turun je monorel jalan imbi.Tambang pun murah.So kat situ ku rasa boleh save cost jugak.(sebab aku sentiasa menggunakan calculator financial dalam menghitung perbelanjaan,bukan kedekut,sebab aku tak dapat BRIM,so aku mengamalkan konsep berjimat cermat!kah.)

4.sebab aku nak berlagak kat FB(sila jangan contohi!),aku makan churros makanan korea,kalau nak tipu lagi,check in Negara korea..hahaha.Mesti mak aku tanya "semalam ko bukan makan kat rumah mak ka,bila masa pula ko ke korea"yang tak boleh neuron aku nak terima,mak aku suka stalk aku kat FB(nyesal aku belikan mak hp canggih,siap signup kan FB,mak aku pulak add aku ,jadi banyak aktiviti aku,mak aku jadi mandur,kalau apa-apa laju je mak aku wassap aku)eh mak tak sangka fast learner!haha sudahnya aku jadi mangsa stalk.aku ingat orang tu je suka stalk aku,mak aku pun?ehhh rasa diri ditelanjagi rasanya..arghh lantaklah..

5.sebenarnya aku tengok churros ni macam cakoi yang aku beli kat pasar keramat,3 seringgit tu,cicah sos dan teh o,tapi apa pasal  churros ni branding sangat,sampai viral,cafe ala-ala hipster .Ini membuat nafsu ingin tahu ku semakin tinggi tahap maksima..

itu lah 5 sebab berpusing-pusing dalam kepala dan  hati bila dapat invitation ni,setiap hari pangkah tarikh kat kalendar tak sabar rasanya nak makan Street Churrost,nak feeling-feeling di Korea.Cause this street food sangat famous di Korea sana.

Sampai-sampai je wajib ambil gambar dulu,WAJIB update status checkin,hehe,Street Churros di  Times Square ni terletak di Lot LG-36,Lower Ground Floor Times Square.Kalau nak senang sampai je Kat LG,Cari Hero Market,Churros street ni betul-betul depan Hero Market(Thanks cici guide me,muahahah).Walaupun times square selalu datang,nak mengaku Irda ni selalu sesat kat sini..(sebab aku suka berangan bila berjalan.kah!)

Jom tengok menu apa yang terbaik dari Street Churros times square ni.

Image may contain: food
3 types of original churros prepared in a horseshoe-shaped pastry dusted lighlty in Cinnamon,Chocolate and Cheese.Harga Berbaloi,dengan hanya RM 4.90 satu
Image may contain: food and indoor
Chocolate flavour!

 Nasib kualiti camera dari hp ni bagus,see gebu gebas kan,saja lah irda focus dekat-dekat,bagi uols terangsang nafsu.nafsu apa?nafsu makan laaa...makan panas-panas apalagi musim hujan ni,dengan kopi o panas,pergh terangkat kaww..sesekali tukarlah asyik makan goreng pisang je petang-petang kan.makanlah churros.

Churros ni pun ada pencicah chocolate,cream cheese dan strawberry.Churros dimasak bila diorder sahaja,sebab nak mengekalkan kelazatannya makan ketika panas-panas .

Cuba korang bayangkan di musim hujan ini,menikmati churros di tepi jalan,alangkah lazatnya..confirm makan mak mertua lalu korang buat tak tahu je kan..huhu

Image may contain: one or more people and outdoor
Dua churros digabungkan akan membentuk "heart"I love you,,so sesuailah untuk korang yang bercinta tu bawak GF/BF sini ,beli dua ni ,makan berdua,so sweet,yang penting cost dating korang sangatlah murah baru RM 4.90 EACH!

Couple XX: Ibarat churros ni,hati u dan hati I menjadi satu.u manis seperti churros laling!.kah!(kalau korang dengar ada orang cakap macam ni masa kat sini,silalah abaikan.sumbat telinga dengan cotton bud)

Orang bercinta,semuanya sweet gilakan,tunggu bila depa bila putus cinta kuarlah ayat madah pujangga,segala hadis dia masukkan dalam media ,time sakan?orang azan pun kaw buat tak dengar.!

hey ladies,kalau bercinta pakai otak,semuanya boong!(lagu siapa ya).Kelemahan perempuan dalam fakta sejarah mudah kena ayat!buktinya?education level kaum hawa ni tak boleh mengatasi kelemahan nya,buktinya lagi?love scam (african style) bermahajarela,ayat manis sikit,sanggup bergolok bergadai.itu belum yang terbarai....hemmm...apa nak jadi.?minta jauh-jauh lah...so kalau pakwe korang cakap korang manis seperti churros,(wayang semata)..tolonglah blah...cinta sejati tak perlu ayat manis hokey,less talk more action!huhu...

"Keikhlasan seseorang bukanlah dilihat betapa hebat susun atur katanya,tapi melalui pandangan matanya,sehebat mana ia meluahkan rasa,pandangan mata yang jujur tak pernah menipu kita".So setiap kali dating,perhatikan mata Bf korang,focus kat korang atau melilau tengok amoi pakai skirt singkat?

pandang sekali tu rezeki,maafkan lah diorang...ketidaksengajaan yang mengujakan kaum adam its normal babeh!.so abaikan,tapi kalau dia pandang dua kali,haa kaji balik hubungan korang !Listdownkan pantang larang yang korang tak suka...

Eh..melalut dan banyak pulak pesanan penaja!.dah dah  next menu.please .zasss..

 Image may contain: food

Ini namanya Churros Filling-Chu,dalam nya ada inti,kalau korang makan rangup di luar,creamy di dalam.yumss!Hanya RM 7.90 satu,dalamnya ada chocolate,custard & cream cheese.
Image may contain: 1 person, sitting, eating and drink
Alya makan filing perisa coklat..

Churros juga boleh dimakan dengan ais krim.Sumpah tak tipu,memang sedap giler.Ni bagi korang jeles,I makan 3 perisa aiskrim.Kat churros street ni dipanggil "AH CHU"
Image may contain: food and outdoor
CHOCO-BERRY RM 8.90 ONLY

Image may contain: food
CHOCO-CHOCO (Bukan kocok-kocok tau)sebut betul-betul,ni perisa coklat)RM 8.90


No automatic alt text available.
Plain RM 7.90
Image may contain: 2 people, people sitting

Yang Alya makan ni perisa mango.amboi kemana-mana pergi bear cumi dia pun makan aiskrim sekali.Sebab nak menunjukkan betapa kelazatan aiskrim bersama churros ni.Biarlah alya jadi modelnya ya..kalau mamanya jadi lain macam pulak nanti.

Image may contain: 2 people, food
aiskrimnya dimakan dengan churros yang crunchy,kelembutan dan keenakan aiskrim bergabung memberikan kenikmatan yg sukar diistilahkan dengan kata-kata

Image may contain: 1 person, eating and child 

Udah-udah lah tu nak,dah gaya makan siput sedut dah mama tengok... 

Image may contain: drink
O'mY MANGO (RM 9.90) & O'MY Coconut(9.90)

Korang kena try tau dua minuman ni,I try yang coconut shake tu,perghh memang mantap!berdezup masuk dalam kerongkong dan melegakan tekak yang kehausan.

Image may contain: 3 people, people standing
all beauty bloggers dengan minuman FRUIT ade.Hanya 7.90 .Lemon,Passionafruit & Korean Citron

Image may contain: 3 people, drink and indoor
My first drink:O'MY COCONUT

Image may contain: 1 person, smiling, drink, indoor and outdoor
MY second drink:Green tea-Non coffee

Walaupun I dah habiskan secup O'my Coconut,i pun try green Tea ni pulak,ketamakan menguasai diri.Lepas tu selfie ajet-ajet comel..haha.biarlah...tapi lepas tu ke toilet lah,asyik membuang,banyak minum!padam mukaku.

Tapi dia punya coconut shake tu memang creamy habis lah.Pernah juga try kat luar sebelum ni,tapi di Street Churros dia punya pekat lain macam.Memang habis satu cup tu Irda telan sorang. 

Image may contain: 1 person

Cici,u nak makan mana satu dulu ni bee?

"I nak makan semua serentak"haha ni tipu...cici ni i tengok walaupun i dah habis makan dia macam sayang je nak makan churros tu.Oklah u bawak balik untuk ocin and your cuddlepuff ya!

 Image may contain: one or more people and food


Thank you so much all krew Street Churros times square yang bertungkus lumus melayan kehendak kami.Especially Irda yang "jakoon " a bit.Your service memang terbaik.Senyum & superb friendly.I kalau pergi tempat makan,service ni yang akan I rate dulu.Cafe pun bersih,staff pun comel-comel dan sangat helpful.

Alya siap minta sudu 2-3 kali,minta plain water dengan akak comel kat kaunter,dia layann je dengan ramah,rasa dilayan oleh gadis-gadis cabin dalam aeroplane rasanya.Terbaiklah..kipidap,your service from heart.

Image may contain: 2 people, screen

Tengok bahagian order pun ada pick up line dan order line,haa oklah tu takdelah mokcik dan pokcik nak beratur lama-lama.Panjang juga line diorang ni,tapi sepantas kilat cepat surut.Tak macam satu kedai ni kat negeri pasir berdengung  irda pergi,dah tahu beratur panjang,situlah order,situlah kira situlah ambik makan.Irda kat belakang ni belum makan dah kenyang..sobss.effort mana makcik?dah tahu kedai laku keras,bergerak lah cargas kan!Nak berbisness kena ada sistem hokey..learn from others..

Image may contain: 2 people, people eating, people sitting and food
Sporting bos with staff

No automatic alt text available.
More choice for u all.

 Irda dah rasa,u ol kalau ingin singgah,boleh lah datang ke times square,kalau datang roger-rogerlah akaks,,hehe sebab?office irda dekat sangat dengan times square ni.Nak repeat makan churros lagi.Sedap betul Street Churros tetapi to be honest,I takkan makan banyak-banyak satu masa sebab ia memang sweet,takut I terlebih sweet nanti.(Tolonglah jangan kecam).Taklah sebenarnya benda manis kita makan satu jenis dalam satu masa memang nikmat..Then rileks kejap,baru makan lagi...best tau.

 "Pergi kuala lumpur jalan-jalan di kotaraya.
Jangan lupa singgah lawat muzium negara
 Kalau korang teringin nak snack ala-ala korea
Jangan lupa cuba Street Churros ya!

Haaha.eewaahh.lain macam pantun  I ni,kalau klasik sangat kan korang boringkan.So ini pantun singkat macam nak cepat..Yang pastinya Street Churros bukan sahaja boleh dimakan waktu tea time,breakfast dan dinner boleh?Cubalah,mesti korang nak lagi...


Ok readers.daaa...


thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

10 comments

  1. Baru ada ruang komen ha, hihi..baru dpt komen.
    Bestnya tgk alya makan churros tu, hihi..akk nk tanya camane nk pronounce kan benda alah tu, kuros or curos or apa? Akk lagi jakun ni, smp nk sebut pun tak tau, malu weyh

    ReplyDelete
  2. Teringin juga makanan Korea ni nampak mcm maruku besar pula

    ReplyDelete
  3. Aigoo kerana dah x bz sy tgk la korea blik..hahaha..waaah cam sedap dok prmh mkn lg tp nmpk sme je cam auntie anne ke bkn..hehe

    ReplyDelete
  4. apa benda churros ni?
    sejenis keluarga roti ke?
    lama betul tak jejak kaki ke times square selalu jejak kaki ke nu sentral je sebab tak ramai org dan ada coconut shake sedap kat sana.. hehe..

    ReplyDelete
  5. Sedap!! Siqah suka street churros! Nak pergi sana je yang bercinta sikit. Hehe :D

    Btw, irda cantik ❤

    ReplyDelete
  6. Sedapnya irda :D Sebelum ni dok makan kat zawara je. tp macam menarik je street churros ni siap ada inti di dalam. memang terliur betul tgk :D

    ReplyDelete
  7. sedap ke churros ni? sy tak pernah rasa hahhaa

    ReplyDelete
  8. churos ni makanan korea ke..? baru tau nih..

    ReplyDelete
  9. Hihihi... Nadia ari tue gie yang dkt OU punya outlet . Serious sedappppp!!!

    ReplyDelete
  10. femes churros ni.. belum pernah rasa lagi

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+