Street Churros di Berjaya Times Square |
Assalammualaikum readers,
Siapa di sini peminat drama korea?Kpop atau apa-apa sahajalah,wajah jambu,kulit putih melepak,hidung mancung berambut belah tengah,itu lah icon kegilaan korang yang minat drama korea kan?(aku tak minat,aku suka lelaki Melayu maskulin ala-ala KJ.kah!).Memandangkan I bukanlah peminat drama ,jauh sekali layan drama korea disebab kekangan waktu( aku memang selalu perasan sibuk),tapi antara barang yang dimiliki dan dijual pun datang dari korea,coway dari korea lah incik!
Panjangnya lah mukadimah,walaupun mukadimah diatas tidak kena mengena tentang tempat makan yang Irda pergi dengan cici minggu lepas,tapi still nak jadikan itu sebagai introduction,(Ntah apa-apa tah,hilang modal nak mulakan cerita agaknya,ngee!)...Irda bukan nak cerita tentang drama sebenarnya,nak cerita tentang Street Churros ni yang berasal dari Korea.
Street Churros ni dah jadi fenomena di Malaysia .First outletnya dibuka tahun lepas di IOI Mall putrajaya.
Antara sebab kenapa Irda begitu teruja nak datang outletnya di times square ni?.Inilah pengakuan luhur dari hatiku yang dalam.ceh!
1.Sebenar-benarnya..aku first time nak makan CHURROS ni(Kesian ...)
2.sebab aku dapat makan dengan rakan-rakan blogger,jumpa orang baru boleh jual coway.hehe
3.senang aku naik monorel,jadi aku tak susah-susah nak cari tempat.Turun je monorel jalan imbi.Tambang pun murah.So kat situ ku rasa boleh save cost jugak.(sebab aku sentiasa menggunakan calculator financial dalam menghitung perbelanjaan,bukan kedekut,sebab aku tak dapat BRIM,so aku mengamalkan konsep berjimat cermat!kah.)
4.sebab aku nak berlagak kat FB(sila jangan contohi!),aku makan churros makanan korea,kalau nak tipu lagi,check in Negara korea..hahaha.Mesti mak aku tanya "semalam ko bukan makan kat rumah mak ka,bila masa pula ko ke korea"yang tak boleh neuron aku nak terima,mak aku suka stalk aku kat FB(nyesal aku belikan mak hp canggih,siap signup kan FB,mak aku pulak add aku ,jadi banyak aktiviti aku,mak aku jadi mandur,kalau apa-apa laju je mak aku wassap aku)eh mak tak sangka fast learner!haha sudahnya aku jadi mangsa stalk.aku ingat orang tu je suka stalk aku,mak aku pun?ehhh rasa diri ditelanjagi rasanya..arghh lantaklah..
5.sebenarnya aku tengok churros ni macam cakoi yang aku beli kat pasar keramat,3 seringgit tu,cicah sos dan teh o,tapi apa pasal churros ni branding sangat,sampai viral,cafe ala-ala hipster .Ini membuat nafsu ingin tahu ku semakin tinggi tahap maksima..
itu lah 5 sebab berpusing-pusing dalam kepala dan hati bila dapat invitation ni,setiap hari pangkah tarikh kat kalendar tak sabar rasanya nak makan Street Churrost,nak feeling-feeling di Korea.Cause this street food sangat famous di Korea sana.
Sampai-sampai je wajib ambil gambar dulu,WAJIB update status checkin,hehe,Street Churros di Times Square ni terletak di Lot LG-36,Lower Ground Floor Times Square.Kalau nak senang sampai je Kat LG,Cari Hero Market,Churros street ni betul-betul depan Hero Market(Thanks cici guide me,muahahah).Walaupun times square selalu datang,nak mengaku Irda ni selalu sesat kat sini..(sebab aku suka berangan bila berjalan.kah!)
Jom tengok menu apa yang terbaik dari Street Churros times square ni.
3 types of original churros prepared in a horseshoe-shaped pastry dusted lighlty in Cinnamon,Chocolate and Cheese.Harga Berbaloi,dengan hanya RM 4.90 satu |
Chocolate flavour! |
Churros ni pun ada pencicah chocolate,cream cheese dan strawberry.Churros dimasak bila diorder sahaja,sebab nak mengekalkan kelazatannya makan ketika panas-panas .
Cuba korang bayangkan di musim hujan ini,menikmati churros di tepi jalan,alangkah lazatnya..confirm makan mak mertua lalu korang buat tak tahu je kan..huhu
Dua churros digabungkan akan membentuk "heart"I love you,,so sesuailah untuk korang yang bercinta tu bawak GF/BF sini ,beli dua ni ,makan berdua,so sweet,yang penting cost dating korang sangatlah murah baru RM 4.90 EACH! |
Couple XX: Ibarat churros ni,hati u dan hati I menjadi satu.u manis seperti churros laling!.kah!(kalau korang dengar ada orang cakap macam ni masa kat sini,silalah abaikan.sumbat telinga dengan cotton bud)
Orang bercinta,semuanya sweet gilakan,tunggu bila depa bila putus cinta kuarlah ayat madah pujangga,segala hadis dia masukkan dalam media ,time sakan?orang azan pun kaw buat tak dengar.!
hey ladies,kalau bercinta pakai otak,semuanya boong!(lagu siapa ya).Kelemahan perempuan dalam fakta sejarah mudah kena ayat!buktinya?education level kaum hawa ni tak boleh mengatasi kelemahan nya,buktinya lagi?love scam (african style) bermahajarela,ayat manis sikit,sanggup bergolok bergadai.itu belum yang terbarai....hemmm...apa nak jadi.?minta jauh-jauh lah...so kalau pakwe korang cakap korang manis seperti churros,(wayang semata)..tolonglah blah...cinta sejati tak perlu ayat manis hokey,less talk more action!huhu...
"Keikhlasan seseorang bukanlah dilihat betapa hebat susun atur katanya,tapi melalui pandangan matanya,sehebat mana ia meluahkan rasa,pandangan mata yang jujur tak pernah menipu kita".So setiap kali dating,perhatikan mata Bf korang,focus kat korang atau melilau tengok amoi pakai skirt singkat?
pandang sekali tu rezeki,maafkan lah diorang...ketidaksengajaan yang mengujakan kaum adam its normal babeh!.so abaikan,tapi kalau dia pandang dua kali,haa kaji balik hubungan korang !Listdownkan pantang larang yang korang tak suka...
Eh..melalut dan banyak pulak pesanan penaja!.dah dah next menu.please .zasss..
Ini namanya Churros Filling-Chu,dalam nya ada inti,kalau korang makan rangup di luar,creamy di dalam.yumss!Hanya RM 7.90 satu,dalamnya ada chocolate,custard & cream cheese.
Alya makan filing perisa coklat.. |
CHOCO-BERRY RM 8.90 ONLY |
CHOCO-CHOCO (Bukan kocok-kocok tau)sebut betul-betul,ni perisa coklat)RM 8.90 |
Plain RM 7.90 |
Yang Alya makan ni perisa mango.amboi kemana-mana pergi bear cumi dia pun makan aiskrim sekali.Sebab nak menunjukkan betapa kelazatan aiskrim bersama churros ni.Biarlah alya jadi modelnya ya..kalau mamanya jadi lain macam pulak nanti.
aiskrimnya dimakan dengan churros yang crunchy,kelembutan dan keenakan aiskrim bergabung memberikan kenikmatan yg sukar diistilahkan dengan kata-kata |
Udah-udah lah tu nak,dah gaya makan siput sedut dah mama tengok...
O'mY MANGO (RM 9.90) & O'MY Coconut(9.90) |
Korang kena try tau dua minuman ni,I try yang coconut shake tu,perghh memang mantap!berdezup masuk dalam kerongkong dan melegakan tekak yang kehausan.
all beauty bloggers dengan minuman FRUIT ade.Hanya 7.90 .Lemon,Passionafruit & Korean Citron |
My first drink:O'MY COCONUT |
MY second drink:Green tea-Non coffee |
Tapi dia punya coconut shake tu memang creamy habis lah.Pernah juga try kat luar sebelum ni,tapi di Street Churros dia punya pekat lain macam.Memang habis satu cup tu Irda telan sorang.
Cici,u nak makan mana satu dulu ni bee?
"I nak makan semua serentak"haha ni tipu...cici ni i tengok walaupun i dah habis makan dia macam sayang je nak makan churros tu.Oklah u bawak balik untuk ocin and your cuddlepuff ya!
Thank you so much all krew Street Churros times square yang bertungkus lumus melayan kehendak kami.Especially Irda yang "jakoon " a bit.Your service memang terbaik.Senyum & superb friendly.I kalau pergi tempat makan,service ni yang akan I rate dulu.Cafe pun bersih,staff pun comel-comel dan sangat helpful.
Alya siap minta sudu 2-3 kali,minta plain water dengan akak comel kat kaunter,dia layann je dengan ramah,rasa dilayan oleh gadis-gadis cabin dalam aeroplane rasanya.Terbaiklah..kipidap,your service from heart.
Tengok bahagian order pun ada pick up line dan order line,haa oklah tu takdelah mokcik dan pokcik nak beratur lama-lama.Panjang juga line diorang ni,tapi sepantas kilat cepat surut.Tak macam satu kedai ni kat negeri pasir berdengung irda pergi,dah tahu beratur panjang,situlah order,situlah kira situlah ambik makan.Irda kat belakang ni belum makan dah kenyang..sobss.effort mana makcik?dah tahu kedai laku keras,bergerak lah cargas kan!Nak berbisness kena ada sistem hokey..learn from others..
Sporting bos with staff |
More choice for u all. |
Irda dah rasa,u ol kalau ingin singgah,boleh lah datang ke times square,kalau datang roger-rogerlah akaks,,hehe sebab?office irda dekat sangat dengan times square ni.Nak repeat makan churros lagi.Sedap betul Street Churros tetapi to be honest,I takkan makan banyak-banyak satu masa sebab ia memang sweet,takut I terlebih sweet nanti.(Tolonglah jangan kecam).Taklah sebenarnya benda manis kita makan satu jenis dalam satu masa memang nikmat..Then rileks kejap,baru makan lagi...best tau.
"Pergi kuala lumpur jalan-jalan di kotaraya.
Jangan lupa singgah lawat muzium negara
Kalau korang teringin nak snack ala-ala korea
Jangan lupa cuba Street Churros ya!
Haaha.eewaahh.lain macam pantun I ni,kalau klasik sangat kan korang boringkan.So ini pantun singkat macam nak cepat..Yang pastinya Street Churros bukan sahaja boleh dimakan waktu tea time,breakfast dan dinner boleh?Cubalah,mesti korang nak lagi...
Ok readers.daaa...
thank you for reading this entry...appreciated :)
Baru ada ruang komen ha, hihi..baru dpt komen.
ReplyDeleteBestnya tgk alya makan churros tu, hihi..akk nk tanya camane nk pronounce kan benda alah tu, kuros or curos or apa? Akk lagi jakun ni, smp nk sebut pun tak tau, malu weyh
Teringin juga makanan Korea ni nampak mcm maruku besar pula
ReplyDeleteapa benda churros ni?
ReplyDeletesejenis keluarga roti ke?
lama betul tak jejak kaki ke times square selalu jejak kaki ke nu sentral je sebab tak ramai org dan ada coconut shake sedap kat sana.. hehe..
Sedap!! Siqah suka street churros! Nak pergi sana je yang bercinta sikit. Hehe :D
ReplyDeleteBtw, irda cantik ❤
Sedapnya irda :D Sebelum ni dok makan kat zawara je. tp macam menarik je street churros ni siap ada inti di dalam. memang terliur betul tgk :D
ReplyDeletesedap ke churros ni? sy tak pernah rasa hahhaa
ReplyDeletechuros ni makanan korea ke..? baru tau nih..
ReplyDeleteHihihi... Nadia ari tue gie yang dkt OU punya outlet . Serious sedappppp!!!
ReplyDeletefemes churros ni.. belum pernah rasa lagi
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)