Involve Asia Open House di Saloma Theatre Restaurant

06:48:00


24 July 2017,

Involve Asia Open House di Saloma Theatre Restaurant.

Isnin,semalam 24 July adalah hari terakhir kita berada di bulan syawal.Semalam juga sebagai penutup syawal 2017,irda joint event with bloggers yang diadakan di Saloma Theatre Restaurant yang dianjurkan oleh InvolveAsia. Bloggers yang joint affiliate program with InvolveAsia mesti sudah begitu sinonim dengan nama syarikat ini kan.?

Involve Asia Open House di Saloma Theatre Restaurant


Irda excited juga nak join sebab ada cici,nadhie,lili,adik miza dan dapat jumpa kenalan baru.Lagipun saloma bistro ni walaupun menjadi laluan harian,irda tak pernah masuk pun dalamnya.Semalam berpeluang lah jelajah setiap sudut di Saloma Theatre Restaurant ni.

Involve Asia Open House di Saloma Theatre Restaurant
Saloma bistro terletak di tepi jalan ibukota bersebelahan restoran mamak PELITA.


Dulu sebelum masuk dalam saloma bistro theatre ni irda ingat ia tempat seperti club,bukan restaurant..Seumur hidup irda tak pernah lah masuk club,cuma selalu lalu depannya untuk pergi ke tempat kerja.

Dengan nama "saloma"depan nya tu irda imagine club ala-ala tahun 60an,ada lagu-lagu zaman tu dan orang dance macam zaman dulu "malam pesta muda mudi,...alaa ala-ala cerita P ramlee.".

Involve Asia Open House di Saloma Theatre Restaurant
Garden view di perkarangan saloma bistro


A post shared by Irda Garmin (@irdagarmin) on
Sangkaan irda 100% salah.Di saloma bistro ni lebih kepada menjaga nilai budaya.Ada persembahan kebudayaan dan restaurant.Setiap sudut bagaikan menonton teater bila kita disajikan dengan photo-photo zaman kegemilangan saloma,p ramlee,saadiah dan ramai lagi biduanita zaman dulu.Sangat unik sebab ada photo seniman dulukala yang kita tak pernah nampak ada dipamerkan disitu.Ala-ala muzium filem melayu lama pun ada .Saloma Bistro menjadi tempat majlis keramaian seperti perkahwinan,majlis corporate,majlis berbuka puasa mahupun jamuan raya.


Sebab irda datang untuk open house,so they offer malay food.Sebenarnya tempat ini juga menyediakan international food dan pelbagai jenis makanan lain.Tinggal kita pilih sahaja.Rasanya boleh tahan.Sebenarnya bangunan saloma ni memang unik,ibarat bangunan lama tinggalan zaman british yang diselenggara dengan baik.Bersebelahan saloma bistro ada matic.Bila malam hari saloma bistro retaurant ni sangat cantik sebab banyak lampu-lampu yang dihias indah.Nak datang dengan LRT,BOLEH turun LRT KLCC dan jalan kaki ke saloma bistro dalam 10-15 minit.Kalau nik kereta parking banyak je dalam saloma bistro ni.

Involve Asia Open House di Saloma Theatre Restaurant

Irda,Nadhie & cici ,kitaorang car pool dari klcc,kitaoranglah orang pertama sampai.Walaupun event start 6.30pm,pukul 4.30 kitaorang dah sampai,Hhaha amboii awal bebenor,organizer pun belum sampai.Sebab pertama kitaorang tak nak stuck nanti,hari bekerja area saloma bistro dari klcc memang jam teruk tau.

SO bila sampai awal,apalagi kitaorang pun boleh lah tawaf satu saloma bistro ni.Saloma bistro ada relaxing outdoor and courtyard.Tak terfikir kitaorang berada di tengah-tengah golden triangle kuala lumpur.

Surau terletak berdekatan dengan bangunan MATIC,agak jauh ke dalam jugalah dari restaurant.Kalau tiada event agak sunyi ke belakang.Nasib irda ada nadhie,so kitaorang asar dan magrib bergerak sama-sama.Irda kalau bangunan konsep lama ni takut semacam juga,kalau jalan sorang-sorang ke belakang macam-macam kepala ni terfikir bukan-bukan.Almaklum kuasa imaginasi tu semacam.

Sebelum event bermula irda biasalah,promote business dengan kawan blogger.Kitaorang pun tukar-tukar businesscard.Irda kenal dua kawan baru chinese "Sienny Yong dan Yong Choy Peng'.Ni je yang sempat irda add di FB.Yang lain sempat beramah mesra je,lupa pula nak tanya nama dan blog apa.Uols hari tu yang dah terbaca ni bolehlah tinggalkan jejak ya untuk irda follow.


A post shared by Irda Garmin (@irdagarmin) on
InvolveAsia punya open house ni memang puas hati.Makanan memang banyak pilihan betul.Dari nasi beriani berlaukkan rendang,ayam percik,daging ,adapula sate ayam daging,ada tauhu sumbat,laksa ,cendol sebagai pemanis mulut,pecal bagi penggemar sayur,ada rojak buah,ada lebih dari 10 jenis kuih muih dan cake.

Involve Asia Open House di Saloma Theatre Restaurant

First menu irda ,mula-mula rasa tamak nak amik banyak-banyak,baru makan beberapa jenis makanan perut sudah sendat.Dah lah pakai baju kurung masa berat 50 kg,bila berat dah naik ni,baju kurung pun susah nak kancing lepas makan.Lepas magrib pun makan lagi .Punya banyak nya irda makan.

Involve Asia Open House di Saloma Theatre Restaurant





Selain di jamu makanan,ada juga cabutan bertuah,Ada juga yang disuruh menyanyi lagu raya untuk dapatkan hadiah.My new cheerful friend,Yong Choy Peng nyanyi lagu raya ,wahh sedap suara dia.Sebutan bahasa pun jelas.

Involve Asia Open House di Saloma Theatre Restaurant


Event berakhir dalam 8.30pm macam tu.Thank you Nadhie,cici dan lily for our nite.Happy dapat jumpa uols,hope next year raya we can attend any open house lagi .

Open house for blogger ni dah macam gathering dah kan?Apapun mana-mana yang tak dapat datang hari tu sebab komitment tertentu,hopefully lain masa kita dapat jumpa ya..InsyaALLAH..

daaa....

Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

13 comments

  1. Bestnya dapat berjumpa.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time teringin nak jumpa siapa pemilik nama aisya ismail ni :)

      Delete
  2. Saya pernah sekali makan kat situ. Masa tu bersama arwah isteri saya. Pada mulanya kami nak makan di pelita nasik kandar tapi terbabas. Kami dari jalan tun razak. Bila terbabas malas nak pusing balik sebab tak boleh buat u turn. Jalan pun jem.

    Itu yg singgah di saloma.

    Kalau tak silap saya itu kali terakhir kami makan di luar sebelum arwah meninggal.

    Thnkas irda kongsi entry ni dapat saya ingat satu kenangan makan kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhai...sedih pula sy membacanya...maaf sy tuan,kalau ia menggammit memori silam..al fatihah

      Delete
  3. Mesti seronok menjamu selera dipersekiraean klasik...lain tau auranya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah..irda seronok kak..:)

      Delete
  4. wahhh seronoknya.. makan-makan...

    ReplyDelete
  5. Ana dpt invitation juga tapi xdr rezeki sebab masa clash dgn jadual ana. Kalau x boleh jumpa irda kan.

    ReplyDelete
  6. tak penah tak cantik.. good luck in everything u do sis irda..

    ReplyDelete
  7. Same here! selalu lalu ajer situ and fikir pun sama macam Irda. HAHAH! Club Saloma. kah kah kah! Seronok nya uolss dapat berjumpa sama-sama. Harapnya nanti ada rezeki lah kita jumpa lagi. Bila ntah..huhuhu..

    ReplyDelete
  8. meriahnyaa and food banyak hehe ^^

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

CLICK MY INSTAGRAM