Berakhirnya khidmat di CIMB BANK selepas hampir 13 tahun



20 July 2017,

(Entry ini agak panjang,baca lah dengan bertenang :)

Hari ini adalah hari terakhir irda bekerja di cimb bank.Selepas hampir 13 tahun ( 01.09.2005-july 2017),bukanlah waktu yang singkat,hampir sedekad bekerja,beroleh pengalaman,memperbaiki kehidupan,memperolehi pendapatan dan juga kenalan,cimb bank adalah tempat terbaik mencari rezeki dan juga memperolehi ilmu perbankan.


Ada orang resign kerana tidak ngam dengan colleagues,ada pula resign kerana tidak ngam dengan boss,ada resign sebab tak achieve target,ada resign sebab low performance,ada resign compliance issue,ada yang resign sebab retired ,vss,mss dan seerti dengannya.Semuanya bersebab...

Tapi irda resign kerana yakin dengan berhijrah dari sesuatu yang baik kepada yang  terbaik itu sahaja.bukan sebab apa-apa,atau bukan kerana apa-apa,kerana yakin pada janji Tuhan,ya hijrah sahaja...sedangkan sayang pada cimb bank itu masih kuat sebenarnya.

"Bagi irda,pergilah ketika kita masih dihargai,performance kita masih baik,kerana kita pergi sebagai pemenang jika kita masih diperlukan "
Di CIMB BANK,bermula hanya sebagai juruwang sekitar tahun 2005,berada di kaunter dari pagi sampai ke petang,keluar masuk wang,western union,bank draft,balancing,money transfer,board rate,FX rate,VIP client ke normal client,dari akaun opening hingga closing account,dari IBG transfer ke oversea transfer.

Irda belajar dan diajar,dari kira duit ratusan,hingga ribuan  adalah satu pengalaman yang cukup manis.Walaupun tak pernah ada cash shortage,kalau ada pun dapat diselesaikan oleh bantuan officer dan rakan sekerja,alangkah indah memori balik tengah malam sebab tunggu balancing vouchers,walaupun satu sen ko tak balance,mencarilah ko satu branch untuk settlekan.Terima kasih pada kakak-kakak senior yang banyak ajar,walaupun kak senior ada ngumpat i ke  apa,adatlah manusia kan..tapi apapun tanpa kakak senior dan supervisor,siapalah irda  budak hingusan yang baru masuk alam pekerjaan.

Dulu pernah ditertawakan oleh seorang kenalan,katanya"ko tak dapatlah kerja tu beb,diploma pun ko belum habis,lagi satu confirm-confirmlah diorang utamakan .........."

masih terngiang kata-kata itu.bukan lah menjadi dendam tetapi pembakar semangat,untuk berjaya dan saat ini aku berani katakan..

"aku dan kamu bukankah sama level sekarang,walaupun aku bukan siapa-siapa di negara ini,tapi ingat rezeki kita bukan tertakluk pada undang-undang yang kau cipta,tapi rezeki ini kerana Dia yang maha mengetahui perjalanan hambanya,kau punya rencana ,punya fakta,aku punya keyakinan dan kekuatan jiwa,dan jiwa yang membara ini membuktikan aku juga mampu meraih apa yang dikatakan mustahil untuk menggapainya.dan saat ini aku tinggalkannya sebagai pemenang yang sudah puas mencapai apa yang diinginkan."

Memori pahit di bank bila customer jerit kat ko di kaunter,customer marah-marah nak cepat,atau bila month end customer marah sebab terpaksa tunggu lama.Kena hadap half and hour lunch sebab kaunter tak  cukup orang,tapi best sebab boleh claim overtime kalau half and hour lunch,paling best boss sponsor lunch..apalagi delivery macdonald lah..hehe...Owh semua memory .

Kenangan di branch paling best ,Dengan kawan –kawan paling geli hati,cuti raya kena sama-sama setuju,kena amik sebelum atau selepas,kena ganti tahun ni amik sebelum,tahun depan kena amik selepas raya.kadang-kadang belum lagi puasa,dah sosek-sosek planning cuti raya,"aku sebelum tahun lepas,tahun ni aku selepas," "eeh ye ke?"

tapi tu lah lumrah hidup berkelompok dalam satu pasukan pekerjaan,bila nak raya cakap “kosong-kosong”,esok-esok terngumpat lagi..Biasalah manusia kan,tapi yang pastinya usah disimpan dalam hati,dalam bekerja kita ibarat family,sampai saat ini irda rindukan suasana itu.Kawan-kawan pelbagai watak,ada abang ,ada kakak,ya im always the junior ,junior paling poyo agaknya...huhu..but remember the meaning of poyo??(proud of your own)...!

Diri ini ada satu sifat tidak mahu berada disatu kedudukan terlalu lama dan terlalu selesa.Kerana sedar ada sesuatu yang diberi Tuhan dalam diri ini,saban hari mencari dan terus mencari apa yang perlu dilakukan jika inginkan perubahan. Melebihi perkara biasa yang  dilakukan.Kerana yakin janji Tuhan”Aku tidak merubah jika kamu tidak cuba merubah”

Dari kehidupan di kaunter,ke belakang tabir sebagai personal assistant,hubungan yang baik dengan boss,ternyata dia observe setiap apa yang ada dalam diri ini.2 tahun sebagai personal assistant,irda dinaikkan sebagai officer (PFCA),6 bulan sebagai officer,alhamdulilah achievement menggalakkan dengan bantuan rakan-rakan di office irda naik sebagai executive(PFC).Masa ni skop kerja berubah 100%,dari admin work,handle minute meeting ,report dan cover all shortage staff,irda masuk dalam dunia marketing.

Alhamdulilah-alhamdulilah dengan setiap rezeki pemberian ALLAH,bila masuk personal financial consultan(PFC)baru dunia irda semakin terbuka.Buat marketing rasanya memang jiwa irda,baru irda dapat merasa 5 figure income,bertambah lagi kenalan dan pelanggan.Masa ini irda boleh buat potongan zakat tiap bulan walaupun tak seberapa,potongan gaji tiap bulan untuk tabung haji mak ayah,sponsor family holiday walaupun tak jauh mana,tapi terasa nikmatnya bekerja.Syukur pada ALLAH.


Kitaran masa irda berubah,minda irda sentiasa diberi ilmu pengetahuan sebagai professional banker,.banyak training dari internal dan juga dihantar training-training dengan trainer luar yang bertauliah..Bank cover 100% semua kelas dan exam irda.Alhamdulilah,I really love you cimb bank.


Bila ditanya irda bekerja di mana? Irda akan rasa proud “im working with cimb bank”.I really proud with cimb bank.Cause cimb buka banyak peluang untuk career progression,banyak benefit untuk irda dan family,terlalu sayang rasanya hingga irda akan rasa kecil hati kalau ada orang viralkan cimb bank di media sosial perkara yang tidak baik.Cimb bank juga mengubah seorang yang tidak ada apa-apa seperti irda hingga mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain yang berkelulusan terbaik.Ini kerana dengan training yang diberi,support dari bosses dan system yang terbaik irda adalah irda sekarang.


Kenangan manis di cimb bank bila jadi top performer region,pernah menjuarai pidato piala gabenor bank negara dan sentiasa menjadi orang kepercayaan boss.


Kalau ada kawan-kawan mengomel cimb bank begitu begini,rasanya tak perlu,selagi kita mencari rezeki dan diberi rezeki oleh company itu,tak perlu memburukkan company,usah rasa taksud dengan hasutan ada saja yang tidak puas hati,sedangkan lihat sahaja orang yang susah mencari pekerjaan di luar sana.Kerja anda tidak sesusah orang yang angkat batu atau simen berbumbungkan matahari  di luar sana.Jadi hargai setiap nikmat yang ada,kalau pun tidak suka,angkatlah kaki,usah bising-bising itu ini.Hakikatnya kita kena sedar,makan pagi hingga ke malam keluarga kita hasilnya dari company ini,tengah malam anak sakit hanya tunjuk kad pmcare dari company ini,banyak sebenarnya kebajikan kita yang dijaga,jadi bersyukurlah dengan apa adanya,bukanKAH “Jika kau bersyukur akan ditambah nikmatnya?”

March 2017,selepas 4 tahun bergelumang dengan dunia marketing,irda promoted as Retail Segment MANAGER di cimb bank.Perasaan?Irda hanya anggap ini sebagai career progression,kenapa tidak kan?


Dan July 2017,selepas 5 bulan sebagai manager,irda rasakan irda perlu perubahan.Jiwa irda ada sesuatu yang memanggil-manggil diluar sana.Apa?IRDA PUN tidak pasti,tapi irda yakin pada suara dan bisikan hati,ada sesuatu yang besar yang sedang menanti.



Akhirnya lepas beberapa kali irda discuss dengan boss


Irda beranikan diri untuk bagi tendered resignation letter.Kenapa drastik sungguh keputusan irda?



Sebenarnya apa jua keputusan kita,jangan salah kan orang lain,atau menuding jari pada orang lain kenapa kita berhenti,Jangan sesekali kita kata,aku tak suka kau aku berhenti,aku tak boleh hadap system ini,sebab itu aku berhenti,bank ni tak best,aku nak berhenti,habis tu selama ni kita beli itu ini,pergi sana sini,bukankah dengan kerja ini??bersyukurlah dan berhentilah merungut..

No no,TIADA siapa yang perlu dipersalahkan jika sesuatu keputusan itu kita buat.Setiap keputusan kita adalah atas pertanggungjawaban kita sendiri.Please stop blaming others for anything!



Dalan satu-satu hal,sebagai seorang yang matang,kita tak mampu merubah orang lain,atau memaksa orang lain ikut cara kita,sebab ?hakikatnya kita tetap makan gaji,kita tetap menerima bayaran ,kita perlu cuba yang terbaik untuk didik diri kita mengikut cara yang dipersetujui majoriti,kalau tak boleh,bukan salah mereka tapi salah kita.

Dan tanya kembali pada diri ",apa sebenarnya yang mampu aku lakukan,atau apa sebenarnya yang aku inginkan,bila soalan itu terjawab dan kita nampak jalannya itu di luar,maka angkatlah kaki bergeraklah menuju apa sebenarnya yang kita inginkan itu."

"kerana kepuasan dalam apa yang kita lakukan adalah akar untuk menyuburkan pelbagai buah kejayaan."


Ya mak ayah akan marah,ada yang tak faham pun akan tertanya kenapa dan mengapa :kerja sudah selesa,time pun flexible,tapi mereka tidak tahu setiap hari hati irda,jiwa irda ada sesuatu yang tidak kena,ada satu yang tidak puas dari dalam.Ternyata pengaruh buku motivasi,entrepreneur lifestyle,orang-orang berjaya memperngaruhi tindakan dan pemikiran sehingga rasa membuak-buak untuk mendepangi dunia luar dengan lebih bersemangat.


Ya,aku ingin lebih kaya untuk memberi,bukan kerana aku besar angan-angan,kerana angan –angan tidak akan membawa manusia kemana-mana,namun dengan adanya angan-angan,manusia mempunyai impian,bila mempunyai impian baru ada semangat untuk berusaha dengan lebih gigih.

Jika buku "chef li "kata harus begitu,ya harus lah.chef li adalah penulis dari kisah benar,resign sebagai bank manager,buka business,pernah jatuh bankrap,pernah dihina,dan hartanya dilelong akhirnya sekarang dia sungguh berjaya.Irda tidak mahulah sesusah itu,irda hanya mahu mencontohi sedikit kejayaannya.

Jika jack ma kata begini,ya begitulah.,usia 24-30 bekerjalah dan belajarlah dari boss yang baik,30 keatas berusahalah bekerja sendiri,dan selebihnya selepas itu berusahalah pula memberi kerja pada orang lain.Jika irfan khairi dengan jutawan internet,refie dan felinna dan semua jutawan entrepreneur muslim,cara mereka mendidik kita juga agar lebih tawaduk,mendekat diri dengan ALLAH untuk berjaya,jadi irda ingin menjadi sebahagian dari mereka.Tidak dapat banyak,sedikit pun alhamdulilah..Belajar untuk menjadi lebih cemerlang dari banyak perkara,ya ia menuntut sebuah tindakan dan keberanian.Juga keyakinan yang utuh pada yang Maha memberi Rezeki.

percaya janji Tuhan 9/10 dalam al Quran,dan Tuhan memberi setiap sesuatu sesuai prasangka hambanya,Dan kerana keyakinan yang kukuh,ingin Berjaya melebihi apa yang ada bukan kerana besar cita-cita ingin membusung dada ,meninggi hidung tapi sebenarnya ALLAH itu tahu apa yang buat diri ini ingin Berjaya melebihi apa yang sudah ada.Bukan tidak bersyukur,tapi kerana percaya pada satu penilaian,apakah sebenarnya matlamat hidup ini?

Berjaya mendidik anak-anak,juga kejayaan,Berjaya membuat ibu bapa bahagia itu juga kejayaan,Berjaya dalam relationship goal,insyaALLAH ITU juga kejayaan,malah sekecil-kecil kejayaan adakah diri ini Berjaya bangun untuk tahajud malam tadi?itu juga kejayaan.


Ada orang pm dan wassap irda tanya itu ini,katanya rugi,"irda cuma jawab,esok aja belum pasti kita punya"

Ada juga ajak joint business itu ini,tak kurang juga share income yang dalam USD,alhamdulilah ramai kawan-kawan concern rupanya.terima kasih,tapi buat masa ini irda sudah ada perancangan sendiri.Doakan ya sukses..aamin..


ada juga yang suruh menjadi ibu sepenuh masa melihat anak-anaknya membesar,anak irda sahaja masih seorang,duduk di rumah sahaja dan jaga anak sahaja,itu juga terbaik apalagi anak-anak kelak membesar jadi orang yang berguna,ya itulah kejayaan sebenarnya.InsyaALLAH alya akan jadi anak solehah dan sukses walapun mamanya tidak bersamanya 24 jam.AAMIN

,tapi buat masa ini,buat waktu dan ketika ini,irda…..masih ingin mengerah kudrat dan iradat,mencungkil setiap kelebihan yang dinugerahkan Tuhan untuk beraksi diatas bumi Tuhan untuk mencapai keinginan berkemampuan menjadi “tangan yang diatas”.InsyaALLAH,moga setiap impian seterusnya dipermudahkan.moga ALLAH SENTIASA memberi petunjuk dan pertolongannya pada hamba yang sentiasa mencari-cari sesuatu dalam hidup nya.


Irda buat apa lepas ini?

Ramai tanya,irda pergi "camel " bank ke?ye lah all my big boss dah transfer ke sana,ada juga my pfc yang pergi sana,of course kalau irda pergi salary will increase 30%-40%..To be honest,ya mereka ada offer irda,tinggal pilih apa yang irda nak,mereka bagi sesuai dengan kemampuan irda,tapi buat masa ini dan sampai entry ini ditaip,tiapa apa-apa letter offer dari bank mana-mana yang irda sign.Irda hanya langgar tembok,buat decision kemudian keluar dulu dari sini.Kemudian baru bertindak.Perancangan di kepala ni macam-macam,tapi sampai saat entry di taip,semua nya masih ibarat layang-layang yang berputar-putar di awangan.Belum kuat untuk direntap ke pangkuan.


Tapi yakin ia tidak lama,dalam 2-3 hari semuanya akan bermula.

Then buat apa?
Irda fulltime dengan coway?

Irda akan buat coway kembali,insyaAllah nak jadi neopro kembali,tapi tidaklah irda akan fulltime dan hanya focus di coway,ada sesuatu yang lain akan irda lakukan bersesuaian dengan capability yang ada.Coway  always the best,partner dan team mate yang the best,and income double best,but for now coway sebahagian dari perancangan bukan keseluruhan.

 Irda nak buat business? 
.Business apa?takkan business cosmetic kot,muka pun ala-ala kadar je,ibarat air kosong je.Lagipun irda takde skill macam DS VIDA,dato shukri ataupun nur sajat.hahahaHaha,irda tak sesuai kot.Business pakaian,?aduhai malas nya nak jaga stok maybe one day  bukan masa terdekat.business makanan?i fail bab cooking,masak untuk small family bolehlah,lagi satu business restoran ni paling memenatkan actually.

Dan finally i know,my capability in finance,so anything akan related with numbers and banking.Soon insyaALLAH,just follow the flow,which one come first is priority.

Terima kasih ada yang pm ajak irda join business mereka,tapi ada juga yang menunggu irda untuk join mereka.


Ramai yang Tanya,tak sayang seniority?bukankah kerja bank more secure,banyak benefit lagi

As what I mention from the beginning, irda keluar bank bukan kerana tak suka bank,malah irda sayangkan cimb bank.sayangkan seniority irda,kalau tunggu vss atau mss,masyuk juga tu sebelum angkat kaki.


But trust me one thing,bila ko rasa  tercari-cari sesuatu dalam kerjaya,time to move,InsyAllah ada sesuatu yang ALLAH SURUH lebih dari apa yang kau lakukan sekarang.Kalau ko pergi,biar masa orang masih sayang,masa diri masih perform,kalau ya pun pergi ibarat sebagai pejuang yang menang dalam perang,bukan bila dah tak perform,kpi bawah paras low performance,itu maknanya ko pergi masa orang dah tak perlukan.


kalaupun kita pergi,biarlah ketika kita masih memberi sesuatu pada existing company ,kita masih dihargai dan kita pergi hanya kerana inginkan paradigma baru bukan kerana sesuatu atau ketidakpuasan hati.Biar kita pergi masa orang masih perlukan kita,bukan pergi kerana tiada siapa-siapa yang memerlukan khidmat kita lagi.Jadi kita pergi sebagai pemenang,


Pesan pada diri,jangan jadikan orang lain sebagai asbab keputusan kita,kita bukan siapa-siapa untuk menyalahkan orang lain,pergilah kerana itu memang keputusan muktamad kita dan sentiasalah bagi positif vibration pada apa yang kita tinggalkan.Jagalah hubungan baik dengan semua yang kita tinggalkan.Ameen.


Dan kenangan irda di cimb bank:(clerk-pa-officer-executive-manager )cukup rasanya sebagai memori manis dalam perjalanan sebuah diari kerjaya.


Tipulah tak sedih,rasa hati ni sayu dan pedih nak tinggalkan cimb,kalau lama-lama di cimb,maybe one day irda boleh jadi head of CSD,hehe,cita –cita tu tak boleh blah kan.Ye lah perjalanan dr RETAIL segment manager tu panjang lagi tu,tapi kerana yakin satu perkara,:


HIDUP INI SAHAJA SEBUAH contract dari ALLAH.Kita merancang begitu dan begini,entah esok kita mampu hidup dan berusaha lagi atau tidak.Jadi sebelum usia tua,jika kita ingin mencuba sesuatu,lakukan sahaja,sekurang-kurangnya bila tua nanti kita tidak kecewa kerana tidak mencuba.Biar gagal mencuba,bangun dan cuba lagi,dari kita merintih di tirai jendela diusia tua,kudrat sudah tidak ada,akhirnya hati berkata-kata “kalau aku lakukan itu ketika dulu,pasti saat ini aku sudah menjadi ini.Jangan!…..

jadi usaha dan berubahlah,kerana yakin janji-janji ALLAH,Dia takkan kejam pada hambanya yang gigih berusaha.


Kita lahir ke dunia ini pun togel tiada apa-apa,kita juga takkan tahu perjalanan esok apa-apa,sedangkan jodoh ,maut dan rezeki semuanya ketentuannya.Kalau kita merasakan kita boleh melakukan lebih lagi dari apa yang kita lakukan saat ini,go ahead!!dan mulakan.InsyaALLAH YAKINlah di hadapan ada sinar kejayaan.I believe on it.


Terlalu banyak buku motivasi bersarang di minda irda,dan irda yakin satu masa irda adalah sebahagian dari penulis buku motivasi itu.penulis pada takdir dan nasib diri sendiri,dan anda sebagai pembaca irda pasti akan melihat setiap perubahan ataupun apa-apa jua dalam kehidupan irda lepas ini.


Andainya ada yang baik ambillah sebagai contoh ikutan,jika ada yang buruk maafkanlah dan jadikan tauladan.Moga kita sentiasa dalam lindungan ALLAH .Tidaklah pula irda ingin mengejar glamour semata-mata,tidak lebihlah ia ibarat mengejar debu yang tidak berfaedah,Tapi cukuplah sekedar setiap sesuatu itu sebagai inspirasi kepada kejayaan untuk  diri sendiri dan orang lain.

Irda bukanlah siapa-siapa,tidak hebat mana,tidak akan mampu melakukan apa-apa,tanpa mereka keluarga ,pasangan hidup dan orang yang paling dekat.Kerana mereka lah,setiap perubahan ini adalah mendukung semangat dan cita-cita,dan orang yang paling utama difikirkan adalah keluarga tercinta.


Jadi irda buat apa ?

Cukuplah yang irda nampak ada segitiga,dalam segitiga ada cicilan yang kecil-kecilnya pula..hehehe,berkias lah dulu ya.Ibarat kembali pada pokok tadi.Akarnya sudah kuat,untuk menghasilkan buah yang banyak perlukan dahan yang banyak juga.ada orang cukup satu dahan asalkan berbuah lebat.tapi irda insan kerdil,satu dahan masih belum mampu menghasilkan buah lebat..jadi pelbagaikan dulu hingga ia mampu menjadi satu.tak faham?..hehe jom ngopi-ngopi.



Cukup untuk waktu ini luahan rasa ini.Mana yang sayang doakan lah langkah irda sentiasa dihurung kejayaan ya,mana yang haters maafkan lah irda kalau ada salah apa-apa,mari sambut tangan,hulurkan keakraban,kita adalah sebuah keluarga di akhirat kelak,usah pertikaikan,usah diadudombakan,irda dan ada adalah insan yang hidup diatas bumi ini hanya sementara,luaskan pergaulan,lebihkan senyuman agar rezeki datang


Sekian,

Parents,hubs,alya &siblings…please support my dream .LET WE dream together and make it come true.Ameen..


welcome new chapter in my life!..

man jadda wa jadda,man sobaro zafiro...aameen..

Ok daa..irda nak siap-siapkan alya pergi school.Hari jumaat yang mulia,21 haribulan entry ini siap ditaip.Hari ni first day without cimb ,irda ada appointment di USJ.






Appreciate your time reading this entry.

26 Comments

Thank you,come again :)

  1. perjalanan bermula dari clerk hingga pegang position yg besar, bukan sesuatu yg mudah nak handle, lg besar position yg di pegang lg besar tanggungjwab..mmg nmpk mudah, senang, income pun boleh tahan, tapi letak kat diri sendiri kan..hahaa #sayapunexbanker

    ReplyDelete
  2. anyway good luck irda..pe pun keputusan we know what i m doing kannnnnnnn

    ReplyDelete
  3. Good luck irda.. hope more success and happier after this.

    ReplyDelete
  4. seronok baca pengalaman kerja irda..ya jika kita tahu petensi dalam diri kita keluarkanlah, akak doakan kejayaan buat irda. memang satu keputusan yang sukar bila terpaksa meninggalkan sesuatu yang selesa dan baik tapi apa salahnyakan jika ada yang lebih baik menanti dihadapan. kagum akak dengan semangat irda sebab akak tak punya semanagt sepeti irda cuma akak mampu doakan apapun yang akan irda lakukan, kejayaan akan jadi milik irda.

    ReplyDelete
  5. Kasih sayang Allah itu dalam..redha Allah itu luas..asal menjaga asasnya..apa pun yang ingin Irda lakukan pasti baik-baik sahaja dan dipermudahkan segenap sudut.amin.

    ReplyDelete
  6. Good luck, Irda..
    satu motivasi baca entry ni..

    ReplyDelete
  7. Good luck and all the best irda!
    Benih yang baik tercampak ke laut jadi pulau, tercampak ke bumi jadi hutan. Akak doakan yg terbaik utk irda.

    As long as niat kita baik, insha Allah dipermudahkan.

    ReplyDelete
  8. Bestnya baca pengalaman ni...banyak benda yang saya belajar dari entry ni =)
    Apa pun keputusan, semoga lebih berjaya selepas ini...aamiin

    ReplyDelete
  9. Adeh.. Lea baca story ni rs mmg rugi irda benti keje.. tp irda lebih tahu apa yg lebih baik utk irda kan.. moga terus success ye irda... :)

    ReplyDelete
  10. Semoga terus success dlm apa jus bidang

    ReplyDelete
  11. Sha doakan semoga semua urusan Irda lepas ini dipermudahkan.. Apa pun dugaannya teruskan melangkah..

    ReplyDelete
  12. Ana percaya irda dah pikir sebaik mungkin sebelum buat keputusan. Semoga irda terus berjaya dalam apa jua yg di lakukan.

    ReplyDelete
  13. Sedih x? hehehe... ape2 pun yg irda ceburi lepas ni, insyaAllah yg penting bahagia... ngn Coway ke ngn lain2 ke... Moga berjaya!

    Jom semua pakat join chocolate giveaway segment di https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

    ReplyDelete
  14. May your dreams will come true! Seronok sangat baca pengalaman Irda selama 13 tahun di CIMB. Tak sangka juara pidato uuu!! patut lah boleh jadi emcee. Memangitu bakat Irda sebenarnya. Faham Irda perasaan orang yang resign tuh camana. Nany dulu pun macam tuh gak. 10 years with PETRONAS and our famous motto is "Our blood is green". BHAHAHAH! memang akan ada orang cakap rugi la berenti. Termasuk family sendirik. Kalau rajin Nany back up balik kalau malas I senyum ajer. InshaALLAH...tujuan kita resign tak sama. Semoga ALLAH SWT memberikan yang TERBAIK untuk kita semua. Jomlah mengopiiii!!!

    ReplyDelete
  15. Alhamdulilah..terima kasih semua atas ucapan dan doa..insyaALLAH,moga ALLAH permudahkan urusan kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis.. jawatan sis personal finance consultant sama mcm sales executive ke?

      Delete
  16. rasa mcm baru jer baca Irda ambil jawatan manager tu..tapi ya la untuk menjadi lebih berjaya kita kena berkorban..now or never kan. Semoga cita2 dan hasrat Irda tu tercapai dan dipermudahkan segala perancangan ya

    ReplyDelete
  17. uiii..
    kak irda...pe yg segitiga2 tu..ehmmm
    logo company baru ke?hehe xdpt tgkap la pula..
    tgu kak irda nye jwpn nti la..hehe
    trus update tau kak..tekejut jugak dgr akk resign dgn job sblm ni..
    sbb sound ok je bg yaya.lgpun akk kira leader kan.tp akk lebih tau kemampuan akak kan.
    mesti akk lebih mpu dri tu. xkesa pe akk buat,kerja kt mn lps ni yaya sentiasa doa tbaik utk akk dan sentiasa dmurahkan rezki. btul.rezki tu dtg dr Allah. pasti ada hikmah terbaik yang dia nak bg. Amin. InsyaAllah =)

    ReplyDelete
  18. Semoga dipermudahkan.
    Gigih tau Mrs. A baca dari awal sampai habis.
    Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
    In Sha Allah.

    ReplyDelete
  19. Anonymous30 July, 2017

    Good luck Irda, sama macam saya, beza awak 13 tahun, saya 17 tahun, kena ambil Vss. Syok kan gaji 2XXXX lima angka.Tapi dah had tu je, kemampuannya. Tak boleh nak ke depan lagi.

    ReplyDelete
  20. Seronok baca perkongsian ni. Sangat berinspirasi.

    Coway ? Wah kita sama. hihi ..

    Semoga berjaya dalam setiap kerjaya akan datang.

    ReplyDelete
  21. Salam akak, saya nak tanya, susah ke untuk bekerja dekat bank kalau background studies sains kesihatan? Adakah semua benda akan diajar oleh staff atau ada kelayakan tertentu?

    ReplyDelete
  22. Anonymous29 July, 2018

    Tq sebab share kak. Saya sangat perlukan kisah macam ni .Saya akan bermula tapi SL1M program lah. Hati saya berat sangat tapi saya takde options lain jadi saya teruskan je rezeki yang Allah dah aturkan utk saya. Mungkin saya pun perlu berhijrah macam akak bezanya saya dari sains students masuk ke bidang kerja yang jauh berbeza. Tapi, konsep 'penghijrahan'still sama. May Allah bless you and your family.

    ReplyDelete
  23. Salam sis. Saya mencari kerja dan lepasan diploma perbankan & kewangan Islam. Macamana ye saya nak memohon utk kerja di cimb? Teringin sangat nak kerja bank.

    ReplyDelete
  24. salam akak, saya nak tanya susah tak jadi pfc? kene approach walk-in customer or kene pergi luar macam mall and etc.?
    saya nak cuba jadi pfc dekat cimb tapi saya baca banyak bad review which make me takut nak try.
    this coming friday ada open iv :(
    Harap sangat akak reply

    ReplyDelete
  25. Askum skang ni saya masih lagi ragu ragu nak buat keputusan sebab sy dapat offer kerja di bank cimb. skang saya masih berkidmat di bank juga

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post