Tips murah rezeki:Coway di Shah Alam

14:45:00

 22 August 2018,

Irda ada job di Shah Alam dengan team TTDI..Irda excited berada di PKNS Shah Alam  sebab boleh cuci mata.Baju kurung yang dijual disini semua sangat cantik dan harga yang sangat berpatutan,kebetulan satu butik di IG ni irda teringin sangat nak pergi,Pernah nak order online,tapi takut tak puas hati kalau dah sampai,jadi tunggu masa yang sesuai untuk singgah dan cuba sendiri.

CottonMetaphore ni ex classmate irda di sepang suka sangat datang.Kebetulan pemilik butik adalah kawannya .Mula-mula irda stalk juga owner kepada butik ni,memang cantik-cantiklah baju dia pakai.Sebab kain cotton kan.irda suka kurung moden kain cotton ni.Then stalk pula Instagram CottonMetaphore ,CONFIRM RASA nak beli lebih dari sepasang.

Lepas shopping  di

A post shared by Irda Garmin (@irdagarmin) on
CottonMetaphore ,irda jalan-jalan di kompleks PKNS Shah Alam .Masa jalan-jalan tu,ternampak seorang makcik ni,dengan dua orang anak daranya sedang melihat rumah contoh yang berada di hadapan macdonald untuk dijual.Irda tegur makcik ni.Mungkin dia ingat irda ni sales girl yang promote rumah tu,dia pun bertanya tentang rumah tersebut.Irda nafikan jelah,cuma irda pusing topik perbualan dengan makcik ni kepada topik  yang related dengan investment juga.Ye lah,firasat irda,orang yang ingin membeli rumah adalah orang yang mempunyai sumber kewangan yang baik,atau lebihan kewangan untuk dilaburkan juga.

"Makcik dah ada ASB ?anak makcik dah ada asb?macam mana makcik simpan duit?golongan bumiputra sayang kalau takde ASB tau".

Irda memulakan topik hinggalah irda jelaskan perjalanan pelaburan secara sijil di unit amanah bumiputra ni macam mana.Pengiraan dan juga cash value.

Makcik tu focus mendengar dan macam berminat nak buat simpanan ASB dalam bentuk sijil.Tapi malangnya anak-anaknya dua-dua masih belajar di universiti,Jadi ,tiada income document untuk mohon asb loan.

"Makcik takde payslip,takde business SSM,akaun bank pun tak pernah ada,tapi bolehlah setakat nak menyimpan seribu sorang setiap bulan.Makcik jual nasi lemak tepi jalan je dik.Takpela mungkin lain kali bila mereka berdua ni dah kerja ,bolehlah buat pelaburan dengan adik." kata makcik itu.

Kagum irda dengar,jual nasi lemak tepi jalan je hokay,orang lain yang kerja smart-smart,duduk bawah aircond,pakai tie,pakai kemeja,nak simpan 200 sebulan pun pikir lapanpulohlapan kali!Katanya tak mampu,tapi pakai iphone APPLE (ipong six plus lagi..! ) biar bergaya,walaupun dalam akaun sesen dua,biar nampak serba ada,HAKIKATNYA cukup bulan kerja nya bayar hutang sahaja,,,.ich..ich..makcik tu pakai hp jenis picit je ko.

Bila konsep menyimpan secara bulanan dalam bentuk sijil bukanlah sesuatu yang sesuai untuk irda promote dengan makcik yang duit berterabur dalam handbag ni(agak je),irda pun promote lah coway.Perbualan tak berhenti disitu ye,entah kenapa,akal ni panjang je nak berbual dengan makcik ni.Tapi bukanlah untuk irda ambil kesempatan ye,bukankah ALLAH itu menghantar kita rezeki melalui perantaraan tangan-tangan manusia?Lagipun bukan irda jual produk tak berkualiti,produk terbaik dari agen terbaik..hehe...Jadi cuba-cuba sahaja cucuk jarum,untung nasib ada rezeki,makcik ni beli lah,kalau tak beli pun bukan rugi apa pun,modal hanya air liur sahaja dan sedikit ramah tamah.Itulah modal business coway.

Perbincangan di tepi macdonald,irda terus follow makcik ni masuk ke kedai minuman,makcik ni tak lokek,terus offer irda nak minum apa,Pucuk dicita ulam mendatang,makcik tak offer minuman pun tak apa,asalkan ada potensi jadi buyer irda....Walaupun tekak ni haus,irda menolak untuk kali pertama ,untuk kali ke dua ditanya,teh o ais cukuplah makcik,Ye lah orang belanja,takkan i nak order jus watermelon satu jug pula,buah mahal sekarang ko.Setakat teh o ais,paling mahal pun baru 1.50,jimat duit makcik tu dan senang pula orang kedai tu.

Bukankah teh o tu dah dibancuh siap-siap dalam jug,kalau orang order tinggalkan tuang dalam cawan letak ais sekapal.Hehe..so sebab nak memudahkan semua orang,teh o ais cukuplah makcik..amboi,panjangnya aku berfikir...

PERASAAN  bila saat-saat nak close case,tanyalah mana-mana sales person pun,confirm perut rasa kenyang je,airsuam rasa coklat,air batu rasa keju,sebab?BUNGA-BUNGA dihati saat-saat orang nak beli kekeke.... bila nak close sales tu lain macam rasanya,orang yang buat sales je tahu bagaimana rasanya bila hampir close sales.

Alhamdulilah,rezeki dari ALLAH melalui perantaraan tangan manusia.Makcik yang dari Shah Alam ni berminat nak pasang penapis udara coway Lombok,katanya selalu nampak di iklan TV,tapi tak tahu nak beli macam mana,Nampak tak?buka mulut sahaja kuncinya,hati manusia..ALLAH yang gerakkan,rezeki kita?ALLAH Berikan..manakan mungkin kalau tidak kerana Dia irda tergerak hati nak tegur makcik ni?


Oleh sebab makcik ni tiada sebarang akaun bank,makcik ni sanggup bayar advance setahun bayaran dan selepas diskaun 5%,berjumlah RM1304.Terketar-ketar tangan kira note RM50 yang banyak tu.Orang berniaga kan,duit sentiasa ada cash.Kalau selalunya,ada client irda beli secara rental pun susah nak bayar upfront walaupun tak sampai RM200 pun upfront payment,pun bertangguh-tangguh,makcik ni sungguh percaya dengan irda yang hanya jumpa beberapa minit disebuah kompleks pasar raya.Tiada pakai tag coway,tiada businesscard coway,tiada fliers coway,cuma dalam bag irda ada kertas A4 dan handphone yang ada maklumat tentang produk.Syukur ya ALLAH,orang percayakan kita,irda sungguh-sungguh menjaga amanah ,Duit yang diberikan,esoknya cepat-cepat irda submit,takut lah hai kalau hilang duit orang kan.


Terima kasih makcik dari Shah Alam yang percayakan irda sebagai ejen coway makcik.Terima kasih kerana pilih penapis udara LOMBOK untuk rumah makcik.Kenangan terindah dengan makcik di pkns shah alam diabadikan di ruangan garmin ini.Terima kasih untuk secawan teh o ais.

Sempat irda bagi nasihat pada dua orang anak gadis makcik ni.

"Nanti dah kerja jangan lupa bahagiakan mak,kunci rezeki untuk seorang anak adalah apabila dia memberikan kebahagian pada maknya,Walaupun dah berkahwin,kalau ada peluang bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri,teruskanlah,dan jangan lupa bagi mak setiap bulan,hari ni akak close sales dengan mak bukan sebab akak power,sebab pagi tadi akak baru bagi mak duit belanja,ALLAH ganti balik petang ini"

 tips murah rezeki irda pada entry kali ini,

apa yang irda amalkan pagi itu sebelum keluar rumah? tolong tolong..irda hanya berkongsi.harap tiada rasa riak atau cuba tunjuk baik..Kepada haters anggap ini perkongsian ikhlas,bukan rasa diri ingin tunjuk baik.Irda bukanlah manusia yang baik,irda juga tak sempurna,cuma kadang-kadang kita takkan pernah lari dari kebergantungan padaNYA.

Jadi,apa yang irda amalkan hari tu,hingga senang sangat nak close coway? Ini perkongsian irda di Facebook.

amalkan bangun sebelum subuh..
@5am-mandi dan tahajud gajah(kenapa tahajud gajah?)..sebab dah lewat. orang tahajud paling afdal pukul 2-3am..but better than never kan..


then lepas subuh..baca 20x surah al fatihah..saya baru amalkan hari ini..

9.30am.jangan lupa dhuha..

saya tak focus sgt coway..tapi Allah bagi rezeki di pasar raya sambil shopping aidiladha..hehe...
syukur pada Allah..esok closing..malam ni nak lagi 1 please..aamin






Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

4 comments

  1. Thanks share Irda, kagum sangat dengan orang meniaga macam Irda ni sebab kena beranikan diri.respect betul. Good tips!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. thank you atas perkongsian irda. sangat bermanfaat tips irda & menyentuh hati, sbb masih belum lg dpt bangun tahajud even tahajud gajah tu. berharap moga dapat mencontohi tips irda ni. aminn

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki irda. Kerja pun kurang stress berbanding kerja kt bank dulu kan.

    Betul, nak murah rezeki kena banyakkan bersedekah.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Wmbrth

    Salam hari isnin irda

    Alhamdulillah. rezeki tegur mak cik jual nasi lemak tu kan

    dah dapat pelanggan water filter

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

COWAY PROMO

COWAY PROMO