Supir terbaik padang Bukit Tinggi-Kak hani dari Johor takut jika berlaku Gempa di Padang

13:57:00

 Assalammualaikum,

25 hingga 28 July 2018,Kak hani dan 5 ahli keluarganya telah ke Padang,Indonesia menggunakan khidmat package percutian dari Irda.Dan alhamdulilah,kak hani selamat pergi dan pulang ke Malaysia membawa 1001 kenangan semasa bercuti di sana.


Rasanya kak hani ni dah lama booking,dia booking atas nama husbandnya sebelum ni,walaupun irda dah rekod dan update supir awal-awal lagi,nasib beberapa hari sebelum pergi kak Hani text irda untuk bertanyakan pendapat.


Kak Hani risau kerana mendengar berita berlakunya gempa di Padang,jadi perlukah dia teruskan percutian di sana.Irda pun sebenarnya tak tahu berlaku gempa di Padang,sebab family disana tiada pula update apa-apa,rupa-rupanya gempa berlaku di Kepulauan Mentawai yang agak jauh dari kota Padang.

Alhamdulilah ia tidak berlaku di Padang dan Bukit Tinggi.Bencana alam yang berlaku dengan ketentuan ALLAH ni susah irda nak bagi pendapat.Bagi Irda ajal dan maut di tangan Tuhan,walaupun kita bercuti ke Genting Highland atau pun dalam Malaysia sekalipun,jika ia malang buat kita macam-macam boleh berlaku jua.Tetapi apapun terpulang pada client tu untuk teruskan percutian atau tidak kan,jadi irda serahkan padanya untuk buat keputusan.




 Kak Hani tetap meneruskan percutiannya bersama keluarga.Menggunakan package supir,hotel dan sekali dengan makan,alhamdulilah akhirnya kak Hani kembali ke Malaysia dengan perasaan ingin repeat semula ke sana.Katanya kali ni nak bawa rombongan dengan anak-anak pula,yelah masa ni mereka pergi tanpa anak-anak kan.hehe...bulan madu gitew


Kak hani menggunakan supir dedet,anak buah kepada abang Ad,sebab masa ni Abg Ad ada hal yang tidak dapat dielakkan.Apapun berlaku kami tetap memberikan supir terbaik jika ada emergency pada supir biasa,sebab kami memang stanby 2-3 orang untuk support abg Ad.

Sepertimana bosnya begitu jugalah anak buahnya,dedet menerima pujian dari Kak Hani.

Alhamdulilah kak Hani pun bagi feedback yang positif tentang hotel.Hotel yang di Bukit Tinggi memang selalu dapat pujian pengungjung.Cuma di Padang,ada sedikit yang perlu penambahbaikkan.Thank You kak Hani for your feedback,pasti kami akan unjurkan pandangan akak pada pengurus HOTEL di Padang ya.

Masa kak Hani pergi pada tarikh ni,Jam Gadang tengah renovation selepas kebakaran pasar atas tempoh hari.Irda pun baru tahu,tapi dapat jugalah sedikit gambar lambang kemegahan orang Bukit Tinggi di Jam Gadang ni.

testimoni kak hani

Keseluruhannya ,terima kasih kak Hani kerana telah menggunakan khidmat supir dari Irda.Segala kekurangan irda kesali,dan segala kebaikan moga ia menjadi jalinan silaturrahim bertambah lagi.Terima kasih juga atas feedback ikhlas dari akak.


Senyum irda bila kak hani kata"Next time nak datang lagi ke Padang bawa anak-anak pula dan memang akan deal dengan Irda je,sebab senang dah kenal kan"

Alhamdulilah kak..keep in touch ya,halal kan semua ya kak..Thank you

daaaa...


Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

1 comments

  1. Assalamualaikum kak Irda, boleh tak saya nak tahu harga total supir dengan hotel untuk 2 orang? Tiket kami 09 Feb 2019-12 Feb 2019.

    ReplyDelete

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

COWAY PROMO

COWAY PROMO