Pertemuan dengan dua anak muda yang berusia 20an++ ini adalah hasil dari email yang dikirim oleh salah seorang dari mereka beberapa hari yang lalu.Allah mengatur pertemuan ini dan semuanya berjalan dengan baik.

Adik muda ini adalah jurutera yang baru bekerja dalam 3 bulan dengan company oil&gas,sebelum ini mereka bekerja dengan syarikat lain.Salah seorang daripada mereka sebelum ini pernah bertanya dengan bankers lain tentang kelayakan untuk buat pinjaman ASB  tetapi soalannya dijawab hampa menyatakan gaji nya tidak boleh untuk proses ASB loan.

Bila dia jumpa blog Irda dan kami berhubung melalui aplikasi wassap selepas email dijawab.Semua soalannya irda cuba jawab dengan baik.For me,untuk tahu kelayakan kena mohon dahulu,sediakan complete document dan submit pada bank yang terpilih.

 Baru kerja boleh buat ASB LOAN KE?

Walaupun baru bekerja 3 bulan di company baru,tidak mengapa kerana sebelum ini pernah bekerja dan ada pengalaman di company lama,kecuali fresh graduate,jadi kena tunggu at least 6 bulan.
Dokumennya mudah,3 bulan latest payslip dan ic,kalau ada EPF dan employment offer letter lagi bagus.

Bila document diorang dah complete,gigihlah irda pagi-pagi singgah di kompleks dayabumi pagi tu sebab mereka bekerja disitu.Pagi-pagi hari dikala hujan renyai buat pagi agak dingin dan sebenarnya malas nak keluar pagi-pagi,tetapi sebab nak settlekan cepat dan banyak kerja lain irda nak buat,langkah tetap irda hayun untuk jumpa mereka di area office mereka.

Irda tunggu mereka di lobby bangunan sebelum salah seorang turun dan ajak irda ke Ground Floor.Bangunan kompleks dayabumi ni dekat juga dengan Maybank.Bank yang juga jual ASB LOAN,cuma current promo ASB LOAN daripada Irda lebih rendah interest rendahnya dan memang sudah tertulis itu rezeki Irda.

Walaupun di wassap irda dah explain details,sebelum mereka sign up,irda explain lagi bagi faham,dua-duanya mengangguk tanda faham apa yang mereka buat dan apa facility yang mereka ambil.Kelebihan dan kekurangan satu-satu product dan irda berikan sedikit nasihat juga untuk mereka.

Kadang-kadang sebagai consultant,client depan mata irda tak anggap macam client,lebih macam adik atau family sendiri,jadi apa juga yang irda consult irda akan cuba letak diri sendiri pada kedudukan mereka.Dan semestinya irda mahukan yang terbaik untuk mereka.

Tak sampai 3 hari permohonan mereka sudah lulus.Alhamdulilah,kedua-dua sahabat ini dipermudahkan untuk buat disiplin simpanan melalui ASB LOAN.

Jadi macam mana awal-awal lagi ada banker reject application mereka?Patutnya bantulah dulu buat submission,walaupun anggaran kasar kita nampak macam tak lulus dan hanya menambah kerja kita,tetapi tak salah sebenarnya kita mencuba dengan niat membantu mempermudah urusan orang lain.

Selain dari pembaca dari Kuala Lumpur,ada juga yang irda jumpa di Shah Alam ,Melaka dan pembaca dari Johor untuk ASB LOAN.Alhamdulilah ditemukan dengan pembaca blog yang tak banyak karenah dan senang menerima pandangan.


Ada juga irda dapat wassap pertanyaan ASB LOAN dari orang jauh,kadang-kadang tak bagi salam pun terus bertanya itu ini,tanpa kenalkan diri.Bila irda dah jawab soalan,ada juga yang irda tak dapat jawab contohnya berapa anggaran refund,sebenarnya jika cancel ASB ke apa,anggaran refund harus anda tanya pada banker yang menerima borang permohonan pembatalan anda tu.Sebab lain bank lain interestnya,jika dapat semak menggunakan sistem dari bank berkenaan lagi bagus.

Lagipun irda tak tahu berapa insurance yang bank bagi korang kan.Jadi bab refund ni ,kalau dah lebih 3 tahun buat asb insyaALLAH ada refund tetapi berapa dapat tu bertanyalah di bank yang anda buat.

Thats all for today,bertemu lagi di lain lembaran ...daaa




Appreciate your time reading this entry.

3 Comments

Thank you,come again :)

  1. boleh la ray rujuk akak in the future.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sangat my dear..anything wassap2 okeh :)

      Delete
  2. Terbaiklah Irda..kalau belum ambil dulu, dah lama rujuk Irda ni hehe..best kan dapat membantu !

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post