Perlukah No telefon di blog?

14:21:00

As salammulaikum,

Lama rupanya tak menaip.Bukan menghilang,tetapi atas faktor kesibukan juga sedikit kemalasan heheh,banyak media sosial ditinggalkan untuk dikemaskini.Sudahnya last entry April 2019.

Dekat blog ni Irda memang letak number hp di header.Alhamdulilah melalui itu sentiasa lah no hp irda diterjah no-no yang tak dikenali.call and email juga ada .Selain ia peluang business dan menjana pendapatan,tak kurang juga no ni bagaikan kaunter pertanyaan.Kadang-kadang soalan nya kebanyakan sama berulang-ulang.Ada juga soalan tentang travel,coway dan yang paling banyak mengenai banking.



Jadi irda pun set lah whatsapp tu sebagai business whatsapp.Bila business whatsapp,ia akan ada auto reply,away message and quick reply.Alhamdulilah sangat membantu semua fungsi yang ada.

Bagi irda ,memang perlu blogger letak no telefon jika ia adalah sebahagian strategi marketing.Jangan lupa set sekali true caller,bolehlah berhati-hati dari scammer juga.No Irda sudah 2x diterjah scammer,nasib ada group whtasapp yang diorang selalu share pengalaman berhadapan dengan scammer ni.Alahai scammer..ingat boleh ke kaya dengan cara buat duit macam tu?Moga irda dan anda sentiasa dilindungi oleh ALLAH swt daripada tipu daya dunia online marketing.

kena marah sebab set auto message..hehehe

sebab selalu yang message tanya pasal hal banking..jadi set auto message ni untuk memudahkan sebenarnya "🙋🏻‍♀Terima kasih wassap Irda.maaf irda tak dapat reply sekarang.Tinggalkan dulu soalan nanti bila berkesempatan irda akan reply/call terus ya.🙏🏻.sebelum tu boleh irda tahu.

Nama cik:

Dari mana:

Umur:

Pekerjaan:

Soalan:


Selain soalan-soalan yang menjurus kepada punca pendapatan,Irda juga bagaikan customer service banking yang menjadi tempat soalan terutamanya ASB LOAN dan credit card.Walaupun ambil ASB LOAN dengan orang lain dan bank lain,kadang-kadang hati terjentik untuk membantu juga bilamana katanya orang yang sebelum ni tidak membantu mereka.Nak call customer servis bank kadang-kadang credit dah habis kena tekan 1,tekan 2,tekan 3 masih lagi untuk pilih menu.Jadi bila wassap irda,dapatlah irda bantu berdasarkan pengalaman yang ada.

Tetapi atas faktor kesibukan kadang-kadang tak sempat nak balas,maka set auto message sangatlah membantuTetapi ada juga yang tak faham,dah lah bertanya,minta dijawab segera pula.Dah tulis"will reply bila free"tanya 2-3 kali adoohai.dah jadi kemestian untuk menjawab soalan itu jam jugakah?Maaflah..memang kadang-kadang Irda tak dapat jawab segera.Lagipun adatlah  kita minta tolong kan..kena lah tunggu orang tu bersedia untuk membantu.

Bila kerapnya dapat soalan berulang-ulang dari pembaca .Banyak juga masa diperuntukkan untuk sesi soal jawab mahupun kaunseling kewangan.Bayangkan kalau satu hari kadang-kadang lebih dari 10 orang pembaca blog yang whatsapp bertanya itu ini,bukan sahaja perlukan masa untuk menjawab,tetapi ia juga kadang-kadang  mengganggu rutin harian.

Tetapi atas faktor menyantuni orang yang bertanya,sedaya upaya irda akan cuba reply walaupun kadang-kadang ada yang terlepas pandang,maafkanlah ya.

Terdetik satu idea,lepas ni siapa-siapa yang irda dah bantu menjawab soalan mereka di whatsapp,Irda akan minta mereka transfer seikhlas hati atau minima RM1 ke akaun yang memerlukan sumbangan orang-ramai..oopss bukan akaun irda tau! .Sekadar menjadikan perbualan itu lebih bermakna,yang bertanya dapat penerangan,yang memberi penerangan pula telah menggunakan masanya,jadi bila mereka dermakan RM1 contohnya atas sebab perbualan itu,mungkin ia jadi ladang pahala lebih lagi antara kami.

Samaada mereka sudi beri atau tidak,itu terpulang..tidaklah pula irda memaksa atau minta bukti transfer mereka.Selalunya irda hanya minta selepas mereka ucapkan"terima kasih "atas jawapan Irda.Jadi sebagai last conversation baru irda minta mereka transfer ke akaun tersebut.


"Jika penerangan sy dpt serba sedikit membantu saudara/saudari bolehkah 

Dermakan seikhlas hati walau hanya RM1 ke akaun dibawah.

Maybank:5628 834 640 983
AC rasmi:Persatuan cinta Syria Malaysia.

Moga masa yang sy peruntukkan dan wang yang saudara/saudari hulurkan menjadi asbab kebaikan untuk kita bersama.aamin

Terima kasih
Irda
Banker blogger"

Jadi bila ada konsep macam ni,irda rasa lebih semangat membantu.Yerlah kadang-kadang kalau kerap sangat diterjah soalan sama,muak juga..im HUMAN hokay...Nak datangkan mood jadi baik sentiasa tu bukanlah ibarat magik.Kita ni mood pun ada pasang surutnya bukan?,sebab kita bukan malaikat.Jadi bila buat macam ni,automatik diri ni lebih rajin menjawab soalan mereka..yerlah kalau diorang derma,irda pun dapat pahala juga kan.InsyaALLAH..
Jadi bagi Irda itu juga salah satu kelebihan letak no telefon di blog,selain tujuan marketing business mungkin dengan cara tersebut bagaikan sebuah jalan menuju kebaikan.

Hmmmm..ke uols ada cara dan cadangan lain?Rasanya ini idea sesaat irda yang datang tiba-tiba terus laksanakan...Hope sesiapa lepas ni minta tolong atau bertanya itu ini,sudi-sudilah sekiranya memberi respon pada permintaan irda tu.Jadi lagi besarlah matlamat no telefon terpampang di blog.

Semakin bertambah usia,semakin hari kita hanya fikir apakah kebaikan yang kita boleh berikan.Walaupun sebenarnya diri bukanlah baik mana,tetapi sedaya upaya untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Jika ada yang baik contohi,jika tidak maafkanlah diri ini.


Appreciate your time reading this entry.

You Might Also Like

1 comments

Thank you,come again :)

CLICK MY LOVE COWAY

COWAY PROMO