Untuk melengkapkan agenda harian supaya otak x jammed kerana tekanan kerja...ku mencari2 juga aktiviti yang boleh dilakukan.FIRST sekali beli raket konon nak jadikan aktiviti hujung minggu di pagi hari bersama family selain berjoging..selain keep fit just nak keluarkan peluh..untuk sekali dua mmg buat.tapi lama2 raket tah kemana peluh tah kemana sbb hujung minggu ada sahaja hambatan kerja..kalau tak kerja sampingan atau ada saja jemputan apa2 event.akhirnya raket tersandar di belakang pintu..sedih gak tengok raket tu.takpe akan disentuh juga lagi nanti..jgn biarkan raket tak disentuh terlalu lama...

Tahun 2015 ni masih trcari-cari lagi apa aktiviti yg boleh buat bdn berpeluh.nak masuk salsa tp kat mana ya..nak cari gim xnaklah kan berketul2 lak badanku...nak main badminton hambatan waktu.akhirnya trfikir untuk zumba
 zumba adalah aktiviti dance+aerobik.Sejarah senaman zumba bermula dr colombia apabila jurulatih kecergasan,Beto Perez memperkenalkannya keseluruh dunia.Selain lebih santai n lebih fun. dengan diiringi muzik rancak ia juga boleh membentuk postur badan yg menarik..itu yg kubacalah..hati tergerak untuk mencuba kerana ku xsuka sgt nak pergi gim..niat di hati nak kurangkan lemak degil  dan menghilangkan stress kerja...dgn hati yg tekad memang nak join jugak..

 mula2 cam xde idea waktu dan tempat yg sesuai almaklum ku ni busywoman sentiasa.(kdg2 buat busy).nak bahagi masa urus rumah lagi n kerja lagi..tercari2 waktu yg sesuai..

akhirnya Allah mendengar permintaan..hati tergerak nak upload status tentang zumba di fb..sahabat ramai gak yg komen disana disini ada..tp waktu pulak tiada...utk time yg mereka sebutkan dan dengan jarak yg tidak mengizinkan..

 Salah seorang sahabat dr FB   dan merupakan sahabat  dr hq kenalkan aku pd seorang teman.yg mmg aktif zumba.dengan aplikasi whastapp..ku pun terjah no diberi..ternyata ibu kepada dua anak ini peramah mcm aku..hehehe...(org yg ckp ku peramah...peramah takpe jgn banyak mulut sudah).then alhamdulilah info yg diberi mmg terbaik,dan sahabatku mamamia ku save no nya pun tinggal dekat dengan area rumahku.c...sekali lagi ALLAH permudahkan kerjaku..n the best thing time untuk zumba tu mmg kena sgt timenya dengan timetableku...after office hour 6.30-7.30.(magrib boleh g solat teruskan).sbb ku boleh rasakan kalau time lain n kena balik kerumah dulu mmg tak jadilah ku berzumba mahu ku tengok bantal terus dan berzumba dlm mimpi...Dan ku rasa time tu mesti boleh punya.Dulu masa ada class partime pun time tu jugak aku berkejaran cari tren(sila maklum driver personalku ada lah abg pembawa tren)

jangan jadikan tiada masa itu alasan
 Tiba di hari dijanjikan..ku begitu teruja nak berkenalan dgn kwn2 baru..bagi aku dengan ringan mulut ni bukan susah sgt nak cari kwn..dengan penuh keterujaan aku pun menunggu sahabatku yg baru ku kenali di whatsapp & fb di tepi jalan raya..hati dah teruja duduk sila panggung pun ku sanggup tau.di tepi jalan ni..xsampai bapa minit mamamia datang...heheh senyum n we all hug tanda mula berkenalan secara realiti..xsangka dia kenal gaks aku ni ye..almaklum aku ni fotogenic(betul ke aku spelling ni..kalau salah maafkan je lah erk) ..dlm fb nampak lain sikit..comel sikitlah(mempasankan diri jap)..kalau kat luar biasa je...almaklum muka ku xlah selicin kuih pau..tp xkisahpun yg penting ada org syg..hahaha ahaks:p

Best thing zumba class ni under company ku bekerja..n bayarannya amatlah termurah di  pasaran...eheh save cost gitu..tu yg aku suka tu...


siapa org xnak bende murah kan..nak yg murah dan berkualiti.kalau free lagi bagus..so bermula lah episod zumba class ku pd 3.08.2015.class dua kali seminggu..so harap2 ku sentiasa rajin menghadirkan diri ..bukan hangat2 tahi ayam.

first day kelas ku agak terkesima dengan trainer yg berusia 45 tahun.tangkas cergas dan seperti usia 17tahun.dan first day kelas juga aku tersenyum2 sendiri lihat aksi2 di cermin..org lain ke utara ku keselatan,org ke depan ku kebelakang..masih byk step ku harus belajar.lagipun aku ni mana pernah join semua aktiviti ni...ini pengalaman pertama kot..

semoga ada perkembangan yg lebih baik lepas ini.stay tune

07.08.2015
21:43pm

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post