bila malas melanda,pic ini mengingatkan saya tentang kerja saya dan visi saya setiap bulan |
wah rajinya mama alya ni update blog,untuk hari ni je dah tiga topic,maybe dua hari ni berkabung di rumah dan tiada sebarang aktiviti pertama kerana september akan berlalu dan ke dua jerebu sangat teruk diluar.sudahnya,hanya di dapur,di sofa dan di katil.tapi best rasanya mungkin otak agak tenang minggu ni,jadi banyak pulak idea nak membebel.
tadi siang masak sup ayam sempoi untuk alya.mama alya ni punyalah excited amik pic setiap bahan dan cara nak masak,untuk dimasukkan dalam blog,tetiba cam segan pulak nak kongsi.so tak jadi lah ya.tapi hari ni rasa perasan pulak,walaupun bahan banyak yang tidak cukup di rumah,sup ayam mendapat pujian.mungkin hari ni masak dengan senyuman.:).dan selalunya pujian kanak-kanak adalah ikhlas...
siap anak jiran makan di rumah.sup yang dimasak dengan nasi beras wangi,sampai mereka berkata"auntie nak tambah nasi"..saya memang suka jemput anak jiran makan di rumah.mungkin sebab boleh makan dengan alya supaya alya boleh selera makan,dan selepas tu boleh main-main dengan alya.alya bila ada gang,tak kacau mama sangat.jadi boleh lah mama layan hobi mama pula.if not alya kalau bosan,mesti ade je yang nak diminta itu ini sebab minta di layan kan.
jerebu yang teruk untuk hari ini.dan esok alya cuti sekolah lagi.sukakah dia?actually dia tak sabar nak sekolah tu,tapi kena cuti pulak lagi.kesian alya
ok esok isnin...28.09.2015,tak sabar rasanya untuk bekerja.dua hari di rumah sudah cukup berehat.esok ada event gegar'di office.tema nya adalah sempoi.jeans dan tshirt & sport shoes.wah bestnya pergi office macam pergi jalan-jalan.esok breakfast &lunch provide by branch.dan seperti biasa saya yang selalu datang lewat ni dapat reminder datang seawalnya.at least pukul 8am.nampak seperti orang penting disitu.(perasan jap)text boss sy reply noted sahaja.
tapi esok saya juga ada agenda untuk team coway saya,tak apa,tengok mcm mana saya uruskan hari esok ya.walaupun pack,saya yang controlnya,jangan biarkan masa control saya!
ok september akan berlalu beberapa lagi.october akan muncul lagi.october...maknanya ada dua bulan lagi akan berlalu musim 2015!alahai cepatnya masa.
dan october adalah Q4(october-december)adalah masa untuk pulun KPI saya.SAYA YAKIN at least 3.5-4.0 utk sesi 2015 ini walaupun takat ini baru 2.65!risau???of course...tapi jika tahun lepas kpi saya adalah 4.85!kenapa tidak untuk tahun ni.positif irda...ada 3 bulan lagi...u can..
ok malam ni saya nak tutup blog dengan satu kata-kata,lepas ni saya nak solat isyak,saya nak makan maggi,minum teh o panas dan fries.saya xnak tengok tv,saya tak suka melayan drama di tv,sbb akan buat saya berkhayal je ..saya nak jelajah nameeroslan n dr halina blog(isteri kepada angkasawan negara)..dan saya mulai lapar lagi malam ini..
kata-kata yang saya petik
'seseorang yang baik mungkin membuat pilihan yang buruk,bukan kerana dia jahat tetapi kerana dia adalah manusia"manusia mana yang lepas melakukan kesalahan dalam hidupnya?dan setiap hari untuk kita memperbaiki diri,
september berlalulah pergi dengan indah,october datanglah dengan seribu janji.kerana saya mengharap keajaiban dari setiap bulan-bulan yang saya lalui..
hope fully tahun 2015,saya tersenarai dalam csd annual convention&dinner lagi.. saya rindu moment ini.chasing moment |
27.09.2015
sunday
22:35pm
Post a Comment
Thank you,come again :)