minggu ini ingin bebas dengan aktiviti,mungkin kerana sudah hujung bulan dan target sudah pun  dicapai.ingin meluangkan masa di rumah untuk berehat.sudah dua minggu yang lalu kepala saya agak serabut dengan pelbagai isu personal dan kerja,minggu ini saya ingin jadi lebih positif dan tersenyum...penat pulak rasanya kalau 7 hari seminggu asyik sibuk diluaran..ingin meluangkan masa bersama anak-anak.Eh anak...bukan anak-anak..:)

pagi-pagi selepas solat subuh,sambung mendobi.actualy pagi pukul 3 am saya sudah terjaga.terjaga terus rendam kain baju warna putih supaya nanti selepas subuh boleh cuci terus lepas direndam dengan clorox.

terjaga dari tido,alya sudah demand apa hendak dimakan pagi sabtu ini.keadaan di luar masih sunyi.rasa bahagia sebenarnya bila anak bangun pagi minta makan.alya mmg susah makan dan mood makan nya kadang-kadang tak ada.

janji diberikan untuk membawanya ke aquaria klcc dan naik basikal di taman tasik titiwangsa petang nanti.

bila dijanjikan dari pagi sampai tengah hari tak habis mulut murainya berkicau"mama pukul berapa nak pergi ni.."kesian melihat si anak.selera makannya juga bertambah.almaklum  dijanjikan untuk dibawa berjalan.kesian..mama pun lupa sudah sampai cuti sekolah.dan sepatutnya memang masa untuk dia berjalan-jalan.Dia tiada kawan di rumah

'alya solat zohor dulu ya..nanti mama call papa bawak alya jalan ya"

"ok..alya rasa macam nak tengok wayang lah mama".hehe si anak sejak hari tu bawa tengok cerita paddington dan cinderella,dia begitu sinonim dengan panggung wayang

"mama keluarkanlah duit dalam tabung alya,alya belanja mama tengok wayang"..saya hanya tersenyum..

saya hanya membalas,buat masa ini tengok wayang tiada cerita best untuk
budak-budak,jadi alya kena simpan duit dulu.nanti duit belanja sekolah pun kena ada balance dan simpan dalam tabung ya.boleh tengok hari lain.

dia hanya mendiamkan diri,mungkin tidak suka suruh berjimat cermat bila belanja sekolah.dia hanya dibekalkan RM2 untuk satu sesi persekolahan.kadang2 saya bekalkan makanan atau roti untuk dibawa

alya tidak pandai belanja makanan dan dia agak selektif dalam memilih makanan.kadang-kadang saya pening kepala memikirkan seleranya.nasiblah pipinya bam bam,kalau dilihat secara fizikalnya,dia agak kurus,mungkin kerana kekurangan zat,kerana sifatnya yang suka memilih untuk makan
saya cuma berdoa semoga ALLAH melindungi anak saya.kerana kadang-kadang saya mungkin terleka dalam pengurusan makananya.




selepas solat dia tertido

selepas makan(dia hanya minta makan nasi dan telur mata cair)disuruh solat dan terus tertido.mungkin bosan kerana menunggu waktu yang dijanjikan

saya bila anak tido,itulah masa untuk diri sendiri.tengok tv tiada pulak rancangan kegemaran.akhirnya blog menjadi sasaran untuk meluangkan sedikit masa senggang.

alya bangun terus berkicau lagi..dia mula merungut.kerana mungkin merasa tido sudah lama dan tanda-tanda untuk keluar masih belum ada.

wassap di hp personal sy ada vibrate"mama jerebu teruk kat luar,bangunan pun tak berapa nampak,jadi kita batalkan bawak alya berjalan di luar lagipun papa ada kerja sikit ni"

hp saya tutup,alahai kesian anak.dari pagi excited sungguh.

saya yang tidak sampai hati melihat excitednya dia,terus menyatakan."alya.papa ada work sikit.lagipun jerebu ni,nanti alya batuk sebab jerebu tak baik untuk kesihatan.nanti nak skul demam pulak"

ada nada protes dari nya.muka mula memberontak.saya yang serba salah dan berasa belas,terus katakan"ok,kita mandi kolam kat bawah,main kat taman ok"

dia tersenyum kembali.Sebenarnya saya begitu malas untuk turun ke bawah untuk duduk disitu melihat anak-anak bermain.saya ambil beg saya isi tuala,sedikit bekalan makanan,air dan majalah solusi dan sebuah pen untuk menemani saya di kolam nanti.alya begitu ceria.

"takpalah mama,xdpt pegi jalan pun xapa,dah lama alya xmandi kolam"

ceria sungguh,


saya yang terpaksa memenuhi kehendak anak,hanya duduk sendiri di pondok berhampiran kolam.newsfeed fb saya selak satu satu.bosan dengan fb,saya buka majalah dan terus membaca,mencatat info2 yang menarik untuk rujukan

saya terus leka dan membiarkan alya dengan kawan-kawannya.mungkin dia berasa seronok kerana kalau di rumah dia tiada kawan untuk berborak.kalau main masak-masak pun dia akan bercakap dengan bearnya.

alya ada  bear yang rapat yang di panggil pucu.dan cumi,jadi kemana-mana dia akan membawanya hinggalah saat ini.
 
bear dipanggil pucu yang sering menjadi pilihan,kemana saja pasti ini yang digendong.ini picnya semasa berusia 4 tahun,dan hingga sekarang bear ini masih putih gebu seperti ini

                           
saya ternampak beberapa ibu juga menemani anaknya.ada yang menggendong anak kecil di ribanya dan ada juga yang hanya sembang kosong dengan ibu2 yang lain.saya merapati mereka,mungkin kerana tidak mahu dianggap sombong dan seperti kera sumbang.

salam saya hulur,dan saya bertanya itu dan ini.layaknya sebagai salam perkenalan.

kebanyakan ibu-ibu disini adalah seorang suri rumah.kerja mereka pagi menyediakan keperluan anak-anak dan seperti suri rumah lain.

"awak kerja ke suri rumah"tanya mereka pada saya

saya hanya mengiyakan saya bekerja.mereka bertanya lagi kerja di mana?dan buat apa?

saya agak malas menjawab  dengan begitu detail,saya hanya memberitahu saya kerja di kl,keje ofis biasa je.

ada juga ibu yang menjawab,saya dah letih lah kerja.anak-anak pulak dah banyak.nak hantar anak orang jaga pun dah berapa,tolak jalan sesak nak pergi kerja.serabut lagi.

saya hanya tersenyum.mungkin sedikit mengiyakan pendapat mereka.saya tidak membangkang.mungkin kerana anak saya baru satu,jadi saya masih boleh mengendalikan semua itu.mungkin jika saya seperti mereka,kelelahan itu makin terasa.

tapi saya lebih penat kalau tidak bekerja" cetus saya dalam hati..tapi saya tidak luahkannya.baru berkenalan...buat apa nyatakan pendirian..hehe iyakan saja lawan bicara kita,ia akan menghasilkan satu permulaan hubungan yang baik.

saya lihat alya sudah mulai kesejukan.

sebelum saya akhiri perbualan dengan ibu-ibu di kolam ini,

saya serahkan flyers coway untuk mereka.saya tersenyum.saya katakan ini kerja sambilan saya,saja untuk cari income lebih,kalau berminat contact lah saya.bagi saya marketing itu dimana-mana dan dimana saja.saya tidak malu walau sedikitpun,memang flyers itu sentiasa saya bawa kemana saja saya keluar rumah

saya berikan sedikit penerangan kepada mereka

ada yang menjawab
"kena tanya suami dulu ni"ada juga yang menjawab"saya duduk rumah ja,masak je air "

saya hanya senyum,saya hanya berkongsi apa yang saya jual.kalau berminat contactlah ya.

saya pun memujuk alya untuk naik ke atas rumah.kerana hari semakin gelap menandakan waktu magrib tak lama lagi.

alya yang mungkin sudah puas berendam dalam kolam,tidak menolak mahupun membantah.

saya puas hati bila alya sudah mandi,saya sediakan milo panas dan dua keping roti bakar.mungkin kerana kelaparan dia makan dan minum hingga habis.

saturday yang bermakna untuk minggu ini,semuanya berjalan baik bila saya positifkan minda.walaupun tidak seperti perancangan,tapi memenuhi kehendak anak buat saya happy apalagi bila alya makan dengan berselera.

dan alya...memenuhi malamnya dengan menconteng dan melukis,dan saya masih lekat dengan buku-buku kegemaran.

saya cuba duduk dengannya untuk bermain masak-masak atau colouring sama-sama,tapi lumrahnya saya cepat berasa bosan dengan semua itu.dan alya seperti sedia maklum akan berkata"mama pergilah baca buku,biar alya colour semua ni"

saya hanya senyum,dan dalam hati berkata,alangkah bahagianya dia jika dia mempunyai seorang adik untuk bermain atau bersembang dengannya...

rezeki ALLAH,masih menjadi rahsia ALLAH.. 

27.09.2015
 sunday
 13:07pm

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post