Khamis lepas aku terpaksa mengambil cuti tahunan syarikat tempat aku bekerja kerana ada agenda kerja luar bersama team aku.Ini pertama kali aku akan mendengar briefing secara berhadapan dengan seorang tokoh yang disegani di coway..dulunya dia seorang engineer di sime darby,lulusan utp.hari ini dia adalah GM di coway.incomenya?usah dipertikaikan..kalau tidak takkan dia diberi kepercayaan oleh coway mempunyai office sendiri di bangi.sempat berbual dengannya yang ku rasa lebih kurang usia ku.dia pernah memberitahu dulu masa mula2,iaitu 4 tahun lepas dia amat berat untuk mengambil keputusan untuk berhenti kerja,lagipula tidak mendapat sokongan ibunya,tapi dia dengan yakin,kalau dia bekerja dia tidak akan kemana2,walaupun gaji yang sudah cukup stabil,ye lah masa tu gaji engineer 4 tahun lepas sudah cukup untuk digahkan,tapi dia pernah duduk semeja dengan wallace iaitu yang lebih dulu berkecimpung dengan coway,yang sama2 study di utp,masa tu wallace (chinese guy)memberitahu kita sama2 graduate,awak bekerja makan gaji dan dia terjun dalam dunia perlumbaan hidup,antara tenggelam dan timbul iaitu sales dan so far dua tahun berkecimpung saya sudah ada saving more than 100k,dan sudah ada property dan kamu?saat tu GM ku ini hanya mampu trsenyum dan masih belum yakin.baginya apa nak dikejar sangat,tidak pernah terlintas untuk hidup terkejar2 begitu,baginya dapat gaji tiap bulan,pergi pagi balik petang dan tidak perlu rungsing memikirkan ada income atau tidak kerana yakin setiap bulan pasti kad atmnya penuh kembali untuk dikeluarkan.Namun satu hal yang menyebabkannya berubah dan sedikit telinga merah apabila kawannya ini memberitahu bukankah itu kamu hanya hidup untuk diri kamu sendiri,keperluan sendiri,tidakkah kamu berkeinginan untuk menjadi contoh kepada orang lain dan bukankah dalam agamamu jika kamu berkemampuan lebih kamu akan mampu memberi zakat lebih?dan bukankah 9/10 punca kekayaan adalah melalui perniagaan?dan ini adalah perniagaan yang modalnya hanya lah paling minimum dan dalam perniagaan ini kamu hanya perlu sediki skill yang perlu digilap,kurangkan sifat malu dan selebihnya mencuba nasib.dan dari situ bermulalah perlumbaan hidupnya sebagai ejen coway yang tiada langsung latar belakang dunia marketing dan di coway jugalah dia bertemu jodohnya.Bermulanya dia dari awal dengan zero dan sekarang dia adalah hero,dan cukup disegani di coway.begitu juga isterinya merupakan SM(senior manager).Rezeki mereka terbuka di coway dengan hanya modal RM100,dan mungkin saat ini simpanannya dan nilai hartanahnya adalah jutaan.siapa sangkakan??tuah ayam nampak di kaki tuah manusia hanya ALLAH yang tahu.
Dalam perjalanan pulang,aku sempat berbual dengan leader group aku,berbincang tentang future planning dan juga target yang diberikan kepadaku.leader ku adalah kawan sekolah ku sendiri.siapa sangka dulu dia adalah orang paling pendiam di sekolah,pemalu dan tidak banyak bercakap.sekarang dia juga mempunyai pendapatan yang lumayan.semuanya di coway.dan bertemu jodoh juga di coway.ermm betullah love coway kan?oleh kerana dia adalah kawan sekolah aku lebih bebas bersuara dan kadang2 membangkang,dan kadang2 selamba memberi idea ntah apa2.aku tahu leader dan GM semuanya beriya2 untuk menyuruh aku menghantar surat letak jawatan dan memberi sepenuh tumpuan di coway.kerana mereka memang meletakkan harapan itu pada aku sebelum coway menembusi pasaran indonesia tahun 2016 dan mereka memerlukan lebih ramai leaders yang berketrampilan dan penuh semangat dan aura.mungkin aku terpilih dengan semangatku,tetapi sehebat2 perancangan orang pada kita,kita diri sendiri juga harus mempunyai prinsip sendiri.bagi aku,aku sukar untuk dipengaruhi untuk apa-apa keputusan sehingga betul-betul aku bersedia.Dan setiap keputusan diri aku sebenarnya akan melibatkan banyak pihak,bila aku yakin dan cukup bersedia,tiada pula seorangpun yang mampu menahannya.
Bagi aku,macam mana hebat pun strategi orang pada kita,kita sendiri dulu harus ada strategi yang lebih sistematik.ini kerana ini diri kita,kita yang lebih kenal diri kita,lebih kenal potensi kita dan kita tahu apa kelemahan dan kekuatan kita dan oleh kerana itu jangan ibarat lalang,dimana dibawa angin kita goyang.Tapi jadilah seperti akar,walaupun ranting dan daun bergoyang, tetap kukuh pada pendirian dan prinsip hidupnya.mereka ada visi dan misi,dan begitu juga diri aku,mana boleh disamakan dengan visi mereka yang lebih lama berkecimpung,sedangkan aku baru setahun jagung.
Agak tegang sedikit perbualan aku dengan leader ku,aircond dalam kereta tidak mampu menyejukkan hati muda kami yang agak panas tetapi masih cuba bersikap profesional
"Tetapi Irda,kamu semua nak buat,nak dikatakan tamak tidak,tapi kamu caca marba,buat tu sedikit2,emcee,kerja full time,menulis blog pun macam tak bermaya dan dan sekarang sudah fulltime di coway tapi masih hilang ,kejap ada kejap xde,mcm biskut chipsmore,jadi kami tak tahu mana satu yang kamu ingin fokus dulu,cuba kamu beri satu2 tumpuan dulu pasti kamu akan berjaya"
Aku terus menghela nafas panjang sambil menghirup,air yang dibelinya tadi "limau nipis" blended yang berharga 5.50!ntah apa2 mahal pulak air ni dalam hati aku.aku lihat bekas air itu,tertulis "inilah idea kami".dan aku berfikir membiarkan leader aku membebel dan aku tenggelam dalam berfikir,"air ni modal limau nipis baru 50 sen,letak sedikit susu dan air batu,di blend dan dijual RM5.50!kalau 100 orang beli setiap hari?fuhh kaya...betul kata orang perniagaan ini tiada hadnya.Ini baru cerita satu jenis air belum lagi makanan"..aku terus bermonolog sendiri dan mencongak2 kadar keuntungan tolak kos untuk kedai yang kami singgah makan tadi.ya kedai makan adalah perniagaan yang menguntungkan.yang penting sedap,bersih dan pantas .
khayalan aku dalam mengira2 tersentak bila aku terus diajukan soalan,dan aku tidak pasti sampai mana dah leader aku mengomel tadi.Yang aku dengar hanya ayat terakhirnya"kau kena pantas irda...jangan tunggu2..kalau lambat orang lain ke depan dulu.aku pilih ko sebab aku yakin ko boleh.aku tahu ko boleh buat,cuma ko tak beri 100% komitmen"
Ada ayat pro n contra disitu,sekejap hidung aku yang kembang semakin kembang dipuji,kejap2 hati sentap pulak dengan ayat yang menikam.sebelum aku semakin berkerut,sebab cuaca di luar kereta agak panas,ditambah tiada sunglass,maka semakin sepetlah mata ku.Terus nafas dihela panjang.ku sudah sedia mengatur kata-kata.Dari tadi ku biarkan saja dia berkata-kata walaupun ku tenggelam timbul mendengarnya.sekarang biar aku pulak memberikan hujah konkrit ku.
"Siapa kata ku tidak berikan komitmen?kalau tidak beri komitmen tidaklah aku sekarang disini bersama kamu.Kita kan sama2 keturunan orang minang,tahu tidak apa kehebatan orang minang?"
1.mereka tidak pernah suka diperkotak-katikkan,tidak suka diarah2,lagi sanggup menjadi tukang kasut ditepi jalan tapi tidak mahu bekerja makan gaji dgn orang.marahnya itu diam,diam bukan kerana dendam,diam kerana cuba mencontohi orang.dan aku sekarang masih bekerja makan gaji bukan kerana gaji semata-mata tetapi ada nilai ilmu dalam pekerjaan itu dan aku masih belajar,sampai suatu saat pasti aku akan tinggalkan semuanya akan berlaku dengan izinnya waktu.
2."Kalau terkurung nak diluar,kalau terhimpit nak di atas"maksudnya dalam apa kesulitan pun mereka sentiasa mencari ruang dan peluang.Harus kreatif mengubah kesulitan atau kegagalan kepada peluang.mereka tidak pernah mengalah..dan aku sedang cuba tidak mahu mengalah.setiap kesuiltan itu hanyalah cabaran,alah bisa tegal biasa,melakukan pelbagai kerja pada satu masa hanya perlu sedikit tenaga dan kepantasan dan juga kekuatan mental dan fizikal.siapa kata kita tidak mampu mencapai banyak perkara dalam satu masa?semua boleh kalau kita dah set di minda,dan aku akan buktikan aku akan naikkan samarata antara kerja ,keluarga,hobi aku menulis dalam blog,dan kalau ada jemputan pengacaraan .semuanya boleh berlaku serentak asalkan aku bijak mengatur langkah.bukankah ada satu kata-kata"kamu akan menjadi seperti apa yang kamu fikirkan"kuasa minda itu penting.apajua perkara yang perlu kita buat dulu adalah niat.dan juga untuk mencapai sesuatu apajua kita buat perlukan pemikiran positif.kalau positif kita,maka impaknya positif..
3. "Indak Ado Rotan Aka Pun Jadi, Indak Kayu Janjang Dikapiang. "Aku teruskan dengan falsafah ini.kebijaksanaan orang kita dalam perniagaan sama dengan orang cina.lihat saja perniagaan di tepi2 jalan masjid india,siapa sangka ia dimonopoli?Walaupun ia bukanlah perniagaan korporat,hanya perniagaan ditepi kaki2 lima,,siapa sangka mereka yang dilihat biasa2 sebenarnya luar biasa bagus.dan mereka mampu beri persaingan yang hebat pada orang cina sampaikan mereka juga timbul rasa kagum.Kerana apa?kerana mereka mampu menggunakan kemahiran dan bijak mencuri peluang,dengan modal yang hanya cukup2 makan(itupun hasil kutipan bantuan sedara mara)sebab kita tahu kekuatan mereka adalah semangat kekitaan dan kekeluargaan"seikat seperti pisang,serumpun seperti serai,gunung sama didaki,lautan sama direnangi,hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicicah,"itu semangat mereka dalam berkeluarga,
bijak mengambil peluang maksudnya,,aku sedang menggunakan fasiliti dan setiap ruang dan peluang untuk memberi kebaikan dalam kumpulan kita,kalau tidak dapat secara A ada cara B dalam mencari kejayaan.dan aku tidak mahu melepas ,yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran.sebijak-bijaknya kita adalah bijak mencuri ruang dan peluang dalam kesempitan.asalkan kita tidak menganiaya orang dan tidak merugikan sesiapa,selebihnya terpulanglah dengan cara kita bagaimana.faham?aku harap fahamlah hendaknya yang cuba ku sampaikan.
perniagaan tidak semestinya harus ada kedai,harus ada sentiasa si penjaga kedai disitu,kedai harus dibuka setiap hari untuk mendapatkan pelanggan.tapi perniagaan itu adalah peluang!bagaimana untuk mendapatkan peluang itu walaupun kedai tidak disewa?maksudnya walaupun kehadiran aku wujud dan tidak wujud di coway,tapi aku harus sentiasa mencari peluang agar sentiasa ada sales yang masuk?dan siapa kata aku tidak boleh?sedangkan sebelum ini aku sudah buktikannya?dan sekarang aku hanya perlu sokongan dan kepercayaan untuk meneruskannya.dan aku tidak mampu bergerak sendiri,aku akan mampu capai jika ada sokongan dan semangat kekitaan itu.kita ini dalam satu kumpulan ibarat simbiosis antara satu sama lain.saling memberi manfaat,bukan parasit yang hanya memikirkan keuntungan sendiri.dan bukankah sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat untuk orang lain??matlamat kita bukan saja untuk mempunyai "kebebasan pendapatan"yang tiada hadnya tapi matlamat kita juga membantu orang lain khususnya bangsa kita untuk mempunyai bebas kewangan dan bebas dibelenggu hutang?bukankah itu matlamat kita?dan apabila orang lain sama-sama kaya dan berjaya ,maka makin ramailah umat Nabi Muhammad yang berjaya dan disitulah ada nilai ibadah dalam kerja kita.dan semua itu untuk dicapai tidak semudah kita menulis di atas kertas,tidak semudah proses kejadian air hujan,tidak semudah makan nasi berulam..ia perlukan strategi,masa dan sedikit kebijaksanaan mencuri peluang dalam kesulitan!dan berikan aku masa itu,kerana aku juga ada strategi itu untuk terjun ke dalam perlumbaan antara tenggelam dan timbul itu dengan lebih konsisten..berikan aku masa...
dan aku ingin meneruskan hujah ku lagi,ternyata yang disebelah ku hanya berdiam,aku sempat melihat airya sudah habis dihirup,samaada benar2 haus atau sebenarnya hanya melegakan kepanasan hati.
baru aku hendak teruskan ,,ternyata aku sudah sampai di destinasi ku untuk diturunkan.Suria KLCC.Dan aku akhiri perbualan ini dengan ucapan salam dan sebuah senyuman.dan leader ku pun tersenyum,kami masih profesional walaupun kadang2 kami saling bercanggah pendapat.sempat dia mengusik,"manja sungguh pergi berjemput,balik berhantar"dan aku sempat menjawab"bukan tidak mahu memandu,cuma suatu masa nak memberi pekerjaan pemandu pada orang bila dah berjaya nanti,bukankah itu kita membantu orang..hahaha"
Dan saat itu semangat ku semakin membara,dan ternyata kepala ku ligat dalam merangka setiap teori.dan aku sedang melangkah ke LRT utk sesi pertemuan dengan seorang rakan di kl sentral.dan ini adalah rakan ku kedua yang ingin join under aku sebagai ejen coway.Alhamdulilah.aku melangkah dengan senyuman,walaupun kiri kanan ku penuh dengan barang2,aku terus berjalan dengan senyuman.dan disebalik senyuman ada sesuatu yang aku fikirkan.ada sesuatu dalam jiwa ini.dan semuanya HAnya pada ALLAH lah sebaik2 berserah.dan aku hanya terus melangkah.Dan langkah ini masih jauh.semoga ada sesuatu untuk masa nanti untuk aku ceritakan lagi
06.09.2015
07:52am
Post a Comment
Thank you,come again :)